Followers Remaja Purba

Friday, March 20, 2026

SUNTIKAN TAHAN SAKIT SEHARI SEBELUM RAYA


PETANG SEMALAM..

Selepas mendapat kebenaran bekerja separuh hari, petangnya aku balik rumah, hantar dak Jasmine ke hotel penginapannya. Seminggulah dak Jasmine di situ. Aku tak nak serabutkan kepala. Nak tenang-tenang balik kampung nikmati masa yang ada tanpa beban di fikiran.


Aku memang tak pernah beli lemang, Alhamdulillah.. nak makan, request je.. hehehe..

Masak dalam ni, jadi takde siapa yang tahu..


Lemang Homemade by en. Hubby dah siaptinggal nak bawak balik untuk family. Tak banyak tapi cukuplah untuk semua merasa.

Berbuka puasa dengan lemang panas


HARI INI..

20 Mac 2026 - Jumaat [30 Ramadan 1447H]

Jumaat terakhir dalam bulan Ramadan.
Banyak kenangan yang tertinggal sepanjang Ramadan kali ini tapi moment paling bahagia bila:
  • dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha ada di rumah menyambut Ramadan bersama aku dan babah deme.
  • Tidak terlajak walau sehari untuk bersahur. Alhamdulillah..

Dalam tak sabar menyambut hari raya, ada satu kejadian telah terjadi pada aku. Orang lain terkena benda panas masa memasak, aku pula terkena seterika panas — hadiah pre-rayalah kiranya ni. Tapi.. jauh di sudut hati, apalah sangat jika nak dibandingkan dengan dak Adik ketika kecil dulumeninggalkan kesan hingga sekarang. Tak perlu nak overact sangat bila terkena sedikit benda panas.

Hari ketiga..
Dak Nuha kata 'bentuk hati tak jadi..'


AKTIVITI AKU HARI NI?

Pagi tadi.. 
En. Hubby menemani aku ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Bukan sebab kena seterika tapi pinggang aku tengah sakit sampai nak berjalan pun kena sengetkan badan. Doktor cadangkan untuk mengambil suntikan tahan sakit memandangkan esok dah nak raya. Selain itu, doktor juga bekalkan ubat tahan sakit dan ubat sapu untuk luka kena seterika.

Lepas selesai di klinik, kami bawa Mr. Black pergi grooming sebab hampir dua minggu tak mandi. Selesai semua, terus balik rumah. sementara en. Hubby mengemas di depan rumah, aku rehat dan terus tertidur tanpa gangguan.


Malam nanti..
Nak gosok baju pun kena ada mood, sama macam nak melipat baju. Bila tengok baju yang banyak untuk digosok lagi rasa takde mood tapi, aku kena gagahkan diri sebab aku memang jenis yang suka siapkan awal sebelum balik kampung. Sampai kampung nanti. tinggal nak pakai je tanpa perlu fikir nak menggosok lagi. Balik kampung, aku cuma nak lepak sambil chit chat bersama family. Jadi, penuh bergantunganlah baju dalam kereta nanti tapi takpe.. asalkan tak ada yang tertinggal — mahu murung sepanjang raya jawabnya.


Lewat malam nanti..
Masa untuk susun dan packing baju. Macam biasa, anak-anak akan turut membantu. Aku cuma bagitahu nak berapa pasang, selebihnya deme pilih sendiri ikut apa yang deme suka. Tapi lain pula dengan en. Hubby.. tiap kali balik kampung, mesti ada je yang tertinggal. Kalau bukan baju, seluar, kadang pernah juga seluar dalam tertinggal

Dalam gembira, masih ada yang sedang berdukacita. Moga mereka terus diberi kekuatan untuk menjalani rutin harian, walau hakikatnya hati sudah tidak sekuat mana. Kadang kita tak nampak luka yang ditanggung orang lain tapi doa itu tetap boleh kita kirimkan — moga ada sedikit tenang yang sampai ke jiwa mereka.


@RemajaPurba: Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.

BEHIND THE SCENE - VIDEO KHAIRUL AMING


19 Mac 2026 - Khamis [29 Ramadan 1447H]

Sambungan dari [SINI]

Adakah dia ini akan kembali mewarnai Ramadan tahun hadapan?

Anieq Rosdi | Mekyah


di [SINI]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 

Dalam diam dak Anieq ada geng 'silent on set'

Firdaus Yasin | frdausyasin


di [SINI]


Terima kasih buat korang yang menceriakan kami — gaya makan tu bukan main lagi tapi cukup buat hati kami geram dan terhibur.


#RemajaPurba: ..

Thursday, March 19, 2026

PENGHUJUNG RAMADAN 1447H


19 Mac 2026 - Khamis [29 Ramadan 1447H] 

Tiga hari berturut-turut, aku berhadapan dengan kesesakan jalan raya yang teruk ketika balik kerja. 

16 Mac 2026 ]26 Ramadan 1447H]
  • Tiga jam tersangkut gara-gara berlaku kemalangan hingga dua lorong terpaksa ditutup — bayangkan lebuh raya bila dah jem, aku sampai boleh tarik handbrake sebab tak bergerak.

17 Mac 2026 [27 Ramadan 1447H]
  • Dua jam disebabkan hujan lebat, angin kencang dan pandangan jadi terhad — sampai rumah terus masak tanpa sempat menukar baju, mengejar masa sebelum waktu berbuka. 

18 Mac 2026 [28 Ramadan 1447H]
  • Dua jam.. penatnya lahai.. lututku pula berdenyut sakit. Kisah di [SINI]

19 Mac 2026 [29 Ramadan 1447H]
  • Hari ini masih lagi bekerja..


Aku..? Kenapa tak cuti lebih awal?
Setiap tahun, lokasi sama juga untuk beraya. Bermula dari rumah sendiri, kemudian menuju ke rumah MIL sebelum bergerak ke selatan.

Perasaan..?
Bagi anak-anak, semuanya biasa aje. Apa yang aku sediakan, itulah yang mereka gunakan. Bersyukur seadanya. Tak merungut, deme ikut je. Moga Aidilfitri kali ini berjakan dengan tenang tanpa sebarang tekanan. Aku tak peduli apa orang nak kata — biarlah, aku tak kisah.


#RemajaPurba: ..

KHAIRUL AMING - 28 Ramadan 1447H


18 Mac 2026 - Rabu [28 Ramadan 1447H]

Berakhirlah sudah sesi pembelajaran bersama KA sepanjang bulan Ramadan. Tahniah diucapkan buat semua student bagi sesi 2026. Pelbagai moment indah telah dikongsikan — daripada yang muda hinggalah yang tua, masing-masing membawa cerita tersendiri. Setiap detik yang dilalui itu bukan sahaja memberi ilmu, malah mengukir kenangan yang sukar dilupakan.


Sepanjang Ramadan tahun ini, aku faham kenapa KA keluarkan banyak resipi sampai rasa macam kena 'tekan' tiap-tiap hari. Logiknya mudah — KA tak nak satu Malaysia serbu kedai beli bahan yang sama pada waktu yang sama dan sebab itu KA susun sampai tiga resipi sehari supaya aliran untuk membeli bahan tu tak bertembung serentak. Tapi kita semua tahu kan, student KA ni macam mana.. tetap juga ada barang yang licin kat rak. Bijak strategi dia.

Apa pun, memang kena bagi kredit — KA fikir jauh untuk mudahkan semua orang, walaupun studentnya rasa macam tengah marathon dengan silibus yang padat. Nak ikut? Kena kuat mental dan fizikal walaupun ada yang 'derhaka' pada resipi yang diberikan.


Mari kita tengok apa resipi pada hari ke-28 bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 28 Ramadan 1447H


Alhamdulillah.. 

Tamatlah sudah cerita kami..
Terima kasih dan jumpa lagi..



Aku…?
Cukuplah sekadar puding roti yang dibuat oleh dak Kakak dan dak Nuha. Itu pun dah cukup buat aku rasa seronok tengok mereka gembira mencuba. Cuma dalam diam, ada sedikit rasa sedih bila aku tak mampu nak sediakan bahan untuk pelbagai resipi yang dikongsikan oleh Khairul Aming. Bukan tak nak tapi keadaan tak mengizinkan. Tak semua benda perlu diceritakan tapi satu je — selagi aku masih mampu bersabar, aku akan diam. Andai satu hari nanti kesabaran itu hilang, kau bukan lagi sesiapa dan waktu itu segalanya juga akan berubah.


#RemajaPurba: Penat..

Wednesday, March 18, 2026

SYASYA RIZAL - INIKAN HARI RAYA


Dulu, aku bukanlah peminat hardcore DOLLA tapi hampir semua lagu mereka aku dengar  sampai yang terakhir lagu DAMELO sebelum Syasya keluar daripada Dolla. Sejak itu aku jadi makin kurang mengikuti perjalanan mereka. Mungkin salah satu sebabnya kerana Syasya. Bukan bermakna aku tak sokong yang lain, cuma ada sesuatu yang terasa berbeza bila salah seorang yang pernah jadi sebahagian daripada warna kumpulan itu sudah tiada.

Ok.. kita lupakan kisah sewaktu bersama Dolla. Ramai sedia maklum, Syasya kini telah memilih untuk berhijrah selepas berkahwin. Part yang ini aku tak mahu sentuh, biarlah itu menjadi perjalanan hidup dia. Aku cuma nak kongsikan tentang lagu raya yang dinyanyikan oleh beliau. Kalau tahun lepas beliau berkolaborasi dengan Fazura, kali ini lagi mantap dan menarik klip videonya.


Lagu dari [SINI]


Lirik - INIKAN HARI RAYA

[Verse 1]
Bila hari raya, janganlah tamak haloba.
Dalam bergembira, biarlah berpada.

[Pre-chorus]
Oh! Tak kisah, baju lama
Asalkan masih boleh beraya
Bersyukur sentiasa

[Chorus]
Salam lebaran pada semua
Dengan senyuman dan juga tawa
Meriahkan suasana, inikan hari raya

Raikan dengan sanak saudara
Yang berkunjung datang tak dilupa
Penuh riang gembira, indahnya hari raya.. ooooo..

[Verse 2]
Oh! Sudah tiba hari yang dinanti
Confirm riuh semua kumpul sekali
Makcik yang belah sana, sepupu yang belah sini
Pak long Pak Ngah pun ada
Eh! Memang kecoh sekali

Beraya hujung ke hujung kampung
Semua rumah kalau boleh memang nak dikunjung
Yang tampan dan segak datang berbaju melayu
Yang cantik pula berbaju kurung

ULANG
[Pre-chorus]
[Chorus] 2x

Hari raya..
Ooh..
Indahnya hari raya..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
Komposer: Amirul Azhar, Amir Firdaus & Syasya Rizal
Lirik: Amirul Azhar, Amir Firdaus & Syasya Rizal



Aku jarang berkongsi lagu raya di sini tapi lagu daripada Syasya Rizal ini benar-benar memikat hati. Sekali dengar, terus rasa melekat di kepala.

Tahniah buat Syasya dan seluruh team yang berjaya menghasilkan lagu yang sedap didengar  dengan video klip yang juga menarik untuk ditonton.

Kadang-kadang lagu raya tak perlu terlalu rumit. Cukup ada melodi yang kena dengan jiwa, itu pun sudah buat orang ulang dengar berkali-kali.


#RemajaPurba: ..

KHAIRUL AMING - [Resipi] 27 Ramadan 1447H


17 Mac 2026 - Selasa [27 Ramadan 1447H]

Hari kedua berhadapan dengan kesesakan jalan raya. Dalam keadaan badan yang sudah letih hampir melanggar kereta di hadapan kerana terlelap — ditambah pula dengan sesuatu yang berlaku awal pagi tadi (yang ini akan aku kongsikan di entry lain). Daripada terus memandu dalam keadaan mengantuk dan lesu, lebih baik aku berhenti sekeejap. Aku tahu.. aku tak boleh paksa diri untuk teruskan pemanduan.


Recharge tenaga

Biarlah jalan makin sesak, hujan makin lebat.. asalkan aku dapat pejamkan mata seketika untuk mengambil nafas, mengumpul tenaga. Entah kenapa, waktu itu aku rasa nak menangis. Mungkin sebab terlalu penat atau mungkin sebab terlalu banyak yang dipendam.




Jika semalamnya sesak kerana berlaku kemalangan dan sampai di rumah tiga jam kemudian, hari ini pula hujan lebat bersama angin kencang yang mengehadkan pandangan ketika memandu. Dua jam memandu baru sampai di rumah..


Ok, berbalik kepada resipi KA..


Mari kita tengok apa resipi pada hari ke-26 bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 27 Ramadan 1447H


Resipi: Puding Buah Naga


di [SINI]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 

Dak Kakak dengan dak Nuha pun geram tengok dia..

Anieq Rosdi | Mekyah


di [SINI]

Rehat sekejap bukan bermaksud kita mengalah .. tapi tanda kita masih mahu terus bertahan.

#RemajaPurba: ..

Tuesday, March 17, 2026

KHAIRUL AMING - [Resipi] 26 Ramadan 1447H


16 Mac 2026 - Isnin [26 Ramadan 1447H]

Kenapa aku lambat update resipi KA?
Sejujurnya, aku memang tak larat, penat teramat. Puncanya.. balik kerja berhadapan dengan kesesakan jalan raya yang luar biasa buat perjalanan yang sepatutnya sejam lebih, jadi hampir tiga jam. Sampai rumah, badan dah menggigil kepenatan — rasa macam drive balik kampung pula. 

Waktu berbuka pula, aku makan seadanya saja. Badan letih, otak penat buatkan aku kurang selera nak makan. Malam.. selesai semuanya, aku tidur kepenatan hingga ke sahur. Ada cerita di sebalik sahur tapi nanti aku kongsikan di entry lain. Kena cool dan santai baru mampu bercerita.

Ok, berbalik kepada resipi KA..


Mari kita tengok apa resipi pada hari ke-26 bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 26 Ramadan 1447H


Resipi: Kuah Kacang


di [SINI]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 

Ketika orang lain berhempas-pulas, dia santai je menikmati hidangan yang dimasak oleh KA.

Anieq Rosdi | Mekyah

di [SINI]

#RemajaPurba: Penat sangat..

USIA BLOG #REMAJA PURBA

 
17 Mac 2026 - Selasa [27 Ramadan 1447]

Hari ini genap lapan belas tahun usia blog ini.
Pelbagai kenangan aku simpan di sini — tentang kehidupan, tentang rasa, tentang jatuh bangun yang kadang tak terlihat di mata orang. Ketika orang lain telah mula bertukar arah tapi aku masih lagi di sini.

Blog ini ibarat diari perjalanan aku.
Mungkin pada orang lain tiada yang luar biasa tapi bagi aku, setiap baris yang tertulis ada ceritanya sendiri. Sekurang-kurangnya, di sini aku punya ruang untuk meluah dan blog menjadi teman yang setia mendengar luahan hati ini.

Ada yang aku tulis dengan senyuman, ada yang aku tulis dengan air mata — semuanya membentuk pelbagai rasa. Menulis tak pernah menyelesaikan segalanya tapi sekurang-kurangnya membantu aku bernafas sedikit lega.


Happy Birthday Blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba.

Tahniah untuk lapan belas tahun yang penuh cerita.


#RemajaPurba: Entry pertama aku di [SINI]

Monday, March 16, 2026

DUA JAM BERMAIN, SEBULAN MENANGGUNG


Sepanjang berada di tempat kerja baru ini, aku belum pernah lagi bermain ping pong. Bukan sebab tak mahu tapi belum ada partner yang benar-benar serasi — tak seperti di tempat kerja lama dulu. Waktu itu terasa sangat berbaloi, hampir setiap hari kami akan bermain ketika waktu rehat dan kadang-kadang sambung lagi selepas waktu kerja. Ada teman yang sekepala, jadi setiap perlawanan terasa seronok dan penuh semangat. Sekarang semuanya tinggal kenangan.


Sekarang..?
Bermain ping pong bukan lagi keutamaan aku. Jarak perjalanan pergi dan balik kerja membuatkan masa untuk itu hampir tiada. Namun.. bulan lepas ada perlawanan ping pong di tempat kerja, aku tidak turut serta tapi sempat juga memanaskan badan — bermain hampir dua jam tanpa henti. Kisahnya berlaku pada bulan lepas di [SINI].

Tapi.. bukan itu yang aku nak kongsikan. Kisah disebalik aku bermain ketika itu membuatkan badan aku sakit untuk beberapa hari. Paling teruk kesannya adalah pada lutut kiri aku. Dua minggu lepas, setiap kali aku berjalan mesti berbunyi, kuat pula tu tapi sejak beberapa hari lepas tidak lagi berbunyi — risau pula aku. Pergi klinik sudah cuma belum pergi ke hospital.


Kadang-kadang, badan ini cuma mengingatkan kita sudah tidak sama seperti dulu. Semangat ada cuma badan tidak lagi sekuat dahulu.


Serik tu taklah. Cuma kena slow down sikit. Dah masuk kategori Remaja Purba, kena juga sedar diri supaya nanti tak menyusahkan orang lain. Lagipun dah lama tak join apa-apa aktiviti lasak. Bukan sebab kononnya dah insaf sangat tapi sebab dah tak ada kawan yang sama-sama 'naik'.

Kadang bukan badan yang tak mampu, cuma geng yang dulu sama-sama buat benda gila tu dah masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri.


#Remaja Purba: Masa untuk perlahankan langkah.

Sunday, March 15, 2026

KHAIRUL AMING - [Resipi] 25 Ramadan 1447H


15 Mac 2026 - Ahad [25 Ramadan 1447H]

Semalam dah puas shopping kan.. hari ni student kena masuk semula kelas KA untuk assignment seterusnya.


Mari kita tengok apa resipi pada hari ke-25 bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 25 Ramadan 1447H


Resipi: Chocolate Chip Muffins

di [SINI]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 

MC pulak dak Anieq hari ni..


Anieq Rosdi | Mekyah

di [SINI]



#RemajaPurba: Penat shopping hari ni..

Saturday, March 14, 2026

KHAIRUL AMING - [Resipi] 24 Ramadan 1447H


14 Mac 2026 - Sabtu [24 Ramadan 1447H]

Menu paling senang dan mesti ada di mana-mana rumah yang dikunjungi.


Mari kita tengok apa resipi pada hari ke-24 bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 24 Ramadan 1447H


Resipi: Bihun Goreng

di [SINI]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 

Seperti biasa - wajib ada..

Anieq Rosdi | Mekyah

di [SINI]


Aku..?
Baru sekali en. Hubby masakkan bihun goreng ketika sahur. 


#RemajaPurba: ..

KHAIRUL AMING - [Resipi] TIADA KELAS HARI INI


13 Mac 2026 - Jumaat [23 Ramadan 1447H]


Mari kita tengok apa resipi pada hari ke-23 bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 23 Ramadan 1447H


TIADA RESIPI

di [SINI]


KA pun faham.. masing-masing nak membeli-belah keperluan raya, jadi ini kali ketiga kelas dibatalkan demi student semua.




Hanya ada satu KA sahaja di Malaysia. Jika ada yang buat duit melalui giveaway guna QR atau DM itu bukan KA  itu SCAMMER! Berhati-hatilah kita semua..


#RemajaPurba: ..

Friday, March 13, 2026

SELEPAS LAMA BERTAHAN DALAM DIAM

 
13 Mac 2026 - Jumaat [23 Ramadan 1447H]

Dulu masa zaman bujang, aku dah hidup susah. Mak ayah aku pun orang susah. Aku membesar dengan serba sederhana tapi itu cukup mengajar aku macam mana rasanya hidup menahan banyak perkara. Sekarang umur pun makin meningkat. Takkan masih lagi nak hidup dalam kesusahan yang sama? Tak penat ke asyik hidup susah?

Bukan aku mengejar untuk jadi kaya. Cukuplah kalau sekurang-kurangnya bila nak beli sesuatu, aku mampu beli tanpa perlu terlalu banyak berfikir atau menahan diri.

Nak suruh sabar.. aku pernah berada di tempat itu. Pernah melalui hari-hari yang terasa begitu penat. Pernah juga sampai ke tahap rasa sesak di dada — seolah-olah arteri ini tak cukup besar untuk memberi ruang bernafas, hanya kerana kau! Ada luka yang orang nampak kecil tapi bagi aku yang menanggungnya.. setiap hela nafas pun terasa berat.


Alhamdulillah.. di tengah persiapan dan debaran menjelang hari raya, aku menerima satu berita gembira — En. Hubby akan kembali bekerja, walaupun bukan di tempat yang sama seperti sebelum ini. Moga langkah baru ini membawa perubahan yang lebih baik dan membuka jalan yang lebih positif untuk masa depan kami.

Kadang-kadang Allah tidak mengembalikan kita ke tempat lama kerana Dia sedang menunjukkan jalan yang lebih baik daripada yang pernah kita rancang.


Moga Allah mudahkan setiap langkah selepas ini.
Percaya setiap yang Allah atur pasti ada hikmah yang lebih indah.


Tak apa bermula semula. Asalkan kali ini, jalannya menuju hidup yang sedikit lebih lapang dari sebelum ini.

#RemajaPurba: Sekurang-kurangnya ringan sedikit beban aku..

Thursday, March 12, 2026

KHAIRUL AMING - [Resipi] 22 Ramadan 1447H


12 Mac 2026 - Khamis [22 Ramadan 1447H]

Student KA bukan semuanya derhaka pada resipi yang diberikan. Sebenarnya boleh aje guna brand apa pun tapi disebabkan student KA ni ada yang lurus, mesti nak cari brand yang sama juga - itu yang dekat rak kedai habis licin.


Mari kita tengok apa resipi pada hari ke-22 bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 22 Ramadan 1447H


Resipi: Puding Jagung Creamy bersama Kuah Custard

di [SINI]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 

Anieq Rosdi | Mekyah

di [SINI]


#RemajaPurba: Penat tapi kena sabar..

Wednesday, March 11, 2026

KHAIRUL AMING - [Resipi] 21 Ramadan 1447H

 
11 Mac 2026 - Rabu [21 Ramadan 1447H]

Jika sebelum ini, KA dah cukup pening melayan kerenah student yang buat puding caramel, kali ini risau KA makin bertambah jawabnya. 


Mari kita tengok apa resipi pada hari ke-21 bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 21 Ramadan 1447H


Resipi: Salted Caramel Cornflakes

di [SINI]

'Tolong buat elok-elok ye guys.. jangan sampai dapur berasap pula nanti'.
Kita buat Salted Caramel Cornflakes, bukan eksperimen asap.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 

Anieq Rosdi | Mekyah

di [SINI]


Rasanya aku je yang konsisten masuk kelas semata-mata nak cukupkan kehadiran.
Homework? Masih lagi dalam fasa 'akan dihantar'.

#RemajaPurba: ..

BELAJAR MENAHAN DIRI


Aku cuba menahan diri dari menaip yang bukan², menambah dosa, jahanam jadinya. Ini pun cara Allah nak uji hati aku. Bukan dia yang diuji tapi aku yang teruji!

Kadang-kadang terfikir juga, mudahnya orang buat hal tapi yang menanggung perasaan ini orang lain. Namun mungkin inilah cara Allah menguji hati aku — sejauh mana aku mampu menahan diri, menjaga lisan dan memilih diam walaupun hati sebenarnya sakit.


Tidak semua perkara perlu diluahkan.
Ada waktunya lebih baik diserahkan kepada Allah kerana DIA lebih tahu apa yang tersembunyi dalam hati kita.



Kadang-kadang yang paling kuat bukan kerana melawan tapi yang mampu menahan diri daripada berkata apa-apa.

#RemajaPurba: Tak mahu kalah dengan emosi sendiri.

Tuesday, March 10, 2026

KHAIRUL AMING - [Resipi] GOOD NEWS FOR TODAY

 
10 Mac 2026 - Selasa [20 Ramadan 1447H]

Memandangkan KA telah membatalkan kelas hari ini, student bolehlah menarik nafas lega sekejap. Inilah masa untuk menyiapkan assignment yang sudah berlambak sebelum ini.


Mari kita tengok apa resipi pada hari ke-20 bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 20 Ramadan 1447H


TIADA RESIPI

Today's class has been cancelled

di [SINI]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
Anieq Rosdi | Mekyah

di [SINI]


#RemajaPurba: ...

Monday, March 9, 2026

KHAIRUL AMING - [Resipi] 19 Ramadan 1447H


09 Mac 2026 - Isnin [19 Ramadan 1447H]

Silibus hari ini — assignment pertama daripada KA untuk para pelajar menghasilkan biskut raya.


Mari kita tengok apa resipi pada hari ke-19 bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 19 Ramadan 1447H


Resipi: Butter Cookies

di [SINI]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 
Anieq Rosdi | Mekyah

di [SINI]


#RemajaPurba: Penatnya..

Sunday, March 8, 2026

KHAIRUL AMING - [Resipi] 18 Ramadan 1447H


08 Mac 2026 - Ahad [18 Ramadan 1447H]


Mari kita tengok apa resipi pada hari ke-18 bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 18 Ramadan 1447H


Resipi: Macaroni Goreng

di [SINI]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 
Anieq Rosdi | Mekyah

di [SINI]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 
Resipi 1: Tembikai Rose Sparkling
Resipi 2: Watermelon Orange Cooler

di [SINI]


#RemajaPurba: Sabar..

KHAIRUL AMING - [Resipi] KELAS DIBATALKAN

 
07 Mac 2026 - Sabtu [17 Ramadan 1447H]


Mari kita tengok apa resipi pada hari ke-17 bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 17 Ramadan 1447H


TIADA RESIPI

di [SINI]


'Maaf tengah malan baru nak inform class cancel hari ni' - KA


Bila ada perkara yang tidak dapat dielakkan, memang kelas terpaksa dibatalkan dan akan diganti pada hari lain. Adakah mungkin KA akan menambah resipi bagi menggantikan kelas yang terpaksa dibatalkan?

#RemajaPurba: ..

Saturday, March 7, 2026

DARI LANGIT TURUN KE HATI

 
07 Mac 2026 - Sabtu [17 Ramadan 1447H]

Setiap kali tibanya Nuzul Al-Quran, mengingatkan kita tentang detik turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW. Dari peristiwa itulah bermulanya cahaya petunjuk yang menjadi panduan hidup umat manusia hingga ke hari ini.

Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca tapi untuk difahami, dihayati dan dijadikan panduan dalam setiap langkah kehidupan. Dalam kesibukan dunia, kadang-kadang kita terlupa untuk kembali membuka dan memahami isi kandungannya.

Bulan Ramadan adalah waktu yang paling indah untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran. Walau hanya beberapa ayat sehari, semoga hati kita sentiasa terikat dengan kalam Allah yang penuh hikmah.


Al-Quran diturunkan sebagai cahaya.
Siapa yang mendekatinya, hatinya akan diterangi.
Siapa yang menjauhinya, hidupnya akan terasa gelap tanpa arah.

Moga hati  kita sentiasa terbuka untuk menerima dan berjalan di bawah sinar petunjuk-Nya.



#RemajaPurba: Sabar..

KHAIRUL AMING - [Resipi] 16 Ramadan 1447H


06 Mac 2026 - Jumaat [16 Ramadan 1447H]

Ada masa fikiran terasa berat, jadi aku cuba pujuk diri sendiri untuk perlahan-lahan cari ruang bertenang. Jika bercerita dalam keadaan marah, bimbang terkeluar kata-kata yang tak sepatutnya diluah. Biarlah orang nampak bahagia daripada mereka nampak sisi negatif yang belum tentu mereka faham. Mereka tak perlu tahu.

Sementara itu, aku cuba sibukkan diri dengan melayan video masakan KA, komen-komen dari student KA pun buat aku tersenyum sendirian.


Mari kita tengok apa resipi pada hari ke-16 bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 16 Ramadan 1447H


Resipi: Spaghetti Bolognese

di [SINI]


Saya bukan orang Itali, tidak dilahirkan di Itali dan tidak pernah ke Itali. Resipi ini dibuat menggunakan bahan yang jumpa di kedai runcit sahaja. Tiada tomato Itali digunakan dan tiada daging fresh digunakan. Kita guna daging beku dari freezer kedai runcit sebab ini yang paling sesuai dengan bajet orang ramai. Ini bukan resipi authentic. Try at your own risk.
- KA -


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 
Anieq Rosdi | Mekyah

di [SINI]


#RemajaPurba: Sabar..

KHAIRUL AMING - [Resipi] 15 Ramadan 1447H


05 Mac 2026 - Khamis [15 Ramadan 1447H]

Menu ni sebenarnya menarik juga. Tapi sayangnya aku tak ada oven untuk menyiapkannya, jadi untuk kelas kali ini aku terpaksa skip dulu.


Mari kita tengok apa resipi pada hari ke-15 bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 15 Ramadan 1447H


Resipi: Pretzels

di [SINI]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Macam biasa, haruslah ada video ini..

Anieq Rosdi | Mekyah

di [SINI]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Resipi: Bandung Cincau Soda & Cucur Crabsticks

di [SINI]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Macam biasa.. KA masak dia ni habiskan

Anieq Rosdi | Mekyah

di [SINI]


Aku bukan saja tunggu video dari KA, dia ni pun sama. Memang lucu.. bertambah lucu bila ada yang komen 'marah + geram' dengan perangai dia.

#RemajaPurba: ..

Friday, March 6, 2026

KHAIRUL AMING - [Resipi] 14 Ramadan 1447H


04 Mac 2026 - Rabu [14 Ramadan 1447H]

Bila berada dalam kelas KA, group assignment memang perkara wajib. Nak tak nak, student kena hadap juga.

Mari kita tengok apa resipi pada hari ke-14 bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 14 Ramadan 1447H


Resipi: Tauhu Sumbat Crispy

di [SINI]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Anieq Rosdi | Mekyah

di [SINI]


Semua ini akan menjadi kenangan manis group assignment buat student KA.

#RemajaPurba: Aku penat..

KHAIRUL AMING - [Resipi] 13 Ramadan 1447H


03 Mac 2026 - Selasa [13 Ramadan 1447H]

Sambungan dari [SINI]

Selepas sembilan tahun, KA tidak pernah sekali pun menggunakan tempoyak sebagai salah satu bahan dalam resipinya. Namun kali ini, buat pertama kali beliau berkongsi resipi yang berasaskan tempoyak.


Mari kita tengok apa resipi pada hari ke-13 bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 13 Ramadan 1447H


Resipi: Udang Masak Tempoyak Petai

di [SINI]


Menarik juga menu ni, cuma kalau tiada tempoyak lagi sesuai untuk aku sebab aku memang tak makan menu yang berunsurkan durian. Jadi untuk silibus kali ini, aku kena derhaka sikit dengan tidak menggunakan tempoyak. KA pun dah izinkan, jadi takde alasan untuk tidak mencubanya.

#RemajaPurba: ..

KHAIRUL AMING - [Resipi] TEGUR SECARA HALUS

  
03 Mac 2026 - Selasa [13 Ramadan 1447H]

Resipi kali ini sangat mudah. Hanya menggunakan empat bahan iaitu Cooking cream, chocolate chips, whipping cream dan effort mencuba. Tiga bahan utama boleh kita beli tapi bahan keempat memang takkan dapat di mana-mana.


Seperti kata KA di dalam video di bawah:
Bahan yang keempat itu adalah effort kita semua untuk mencuba. Video memasak yang dibuat ini bukan standard profesional, bukan untuk dijual di restoran dan bukan untuk orang yang ada access bahan dan kelengkapan yang level industri. Tapi sebenarnya ia dibuat cukup untuk kita create moment di rumah.
  • Ada yang jadikan resipi itu kenagan dengan anak-anak sebelum dorang mula membesar.
  • Ada yang guna peluang ini untuk masak bersama family sebab nak berkumpul ramai-ramai bukannya senang.
  • Ada yang masih bujang, yang masih baru nak belajar.
  • Ada juga yang buat semua ini sebab nak bina kenangan dengan kawan masing-masing.
Jadi, resipi ini bukan dicipta untuk jadi sempurna tapi cukup untuk kita luangkan masa dengan family.



Mari kita tengok apa resipi pada hari ke-13 bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 13 Ramadan 1447H


Resipi: Instant Chocolate Mousse

di [SINI]


Ada yang tak cukup bahan, ada yang tak cukup ilmu, ada yang tak cukup kelengkapan tapi takpe  kita buat dengan apa saja yang ada.. yang penting kita kena mula cuba. Kalau nak pakai imaginasi sekalipun takpe, buat.. takde masalah. Kalau fail memasak sekalipun.. tak apa.. at least you try.

Kalau kita letak mindset yang memasak itu susah, kena sempurna, macam mana kita nak tarik anak muda masuk ke dapur nanti. Mungkin dari sini, dorang belajar berdikari, belajar buat silap dan belajar berinovasi.


Dalam hidup ini kita jangan tengok dunia kita sahaja. Kita kena jenguk juga situasi kehidupan orang lain di luar sana dna dari situlah kita akan mula wujud kesefahaman.
- KA -


Bila kita faham satu sama lain, dari situlah rasa empati akan wujud sesama kita. Dengan apa yang terjadi di seluruh dunia sekarang ini, memang mustahil tidak dapat kita selesaikan dengan video masak simple macam ini. Tapi.. sekurang-kurangnya kita dapat satukan semua walaupun video itu hanya seminit dua sahaja.


'Ulasan sangat membina dan protective untuk @chesayang dan semua orang yang masak untuk orang yang tersayang. Kita masak untuk family bukan nak dapat Michelin stars. Nasi dagang pun banyak version. Keropok lekor pun ada yang buat dengan bilis dan tepung kanji. Pizza pun disesuaikan dengan selera tempatan. Kita raikan sahaja perbezaan.. yang mana nak kekalkan resepi asal, teruskan buat. Buat dan tunjuk pada orang lain cara original. Biarlah dengan berhemah dan mendidik - bukan dengan menghukum'. - komen netizen.


Buat yang terpaling chef itu.. Kalau nak ikut piawaian master chef mungkin jauh bezanya tapi ini bukan tentang bahan yang digunakan tapi tentang moment dan kenangan yang tercipta.

#RemajaPurba: Tak perlu nak jadi joykiller.. hargai effort mereka.

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...