Kisah sehari sebelum raya..
1 Mei 2022 (Ahad)
Lemang.
Wajib ada dan dibakar sendiri untuk dibawa balik kampung. Kali ni en. Hubby tak ambil banyak tempahan lemang, sekadar memenuhi permintaan mereka yang menginginkannya.
Alhamdulillah.. selesai.
Kali ni tiada persediaan awal untuk menyambut raya. Bahan mentah untuk menu hidangan di pagi raya pun kami tak beli. Mood beraya..?
Hanya satu perasaan 'rasa tak bersedia nak beraya'. Dengan pengumuman yang menggemparkan walau dah boleh agak, terus terdiam sekejap, rasa macam mimpi. Satu apa pun aku tak buat dan memang tak bersedia langsung. TAPI,, syukur lemang dah siap awal, takdelah kelam-kabut nak membakarnya.
Kesudahannya..
Pukul 5:30 pagi baru siap semua kelengkapan untuk balik kampung. Mengantuk..? Jangan kata mengantuk, letih pun tak terasa sebab masih tak percaya yang kita dah raya.
1 Syawal 1443 Hijrah (2 Mei 2022 - Isnin)
Alhamdulillah..
Pagi raya - beraya di rumah myMIL.
Petang raya - balik kampung MakBudak.
Jalan sesak teruk tu biasalah. Raya kan.. dua tahun tak dapat balik kampung, semua balas dendam beraya sepuasnya.
Sebahagian dari family besar en. Hubby..
Lokasi seterusnya: Kampung mak aku.
Dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha serta en. Hubby di sisi.
Baru perasan kami takde gambar satu family kali ni, biasa dah ambil sesiap di rumah myMIL. Jadi, ini jelah gambar yang ada.
Baju Raya..?
Gara-gara aku sukakan warna baju dak Adik, itu yang jadi tak senada sesama kami. Takpelah dik, janji ada + kemas + handsome bila dah pakai. Aku pula..? Dah macam budak nak balik asrama pulak rupanya.
Familyku kecik je..
Nah.. Gambar eksklusif yang ramai tak tahu.
Bersama Mak dan PakNgah aku. Adik dan Ayah aku tiada dalam gambar.
2 Syawal 1443 Hijrah (3 Mei 2022 - Selasa)
Lokasi: Negeri Johor
Perjalanan menuju ke selatan, kami tumpang lalu ye orang kampung. Kampung kami nun dekat depan sana je, Ok, yang ini jangan percaya, aku tipu. Jauh lagi sebenarnya.
'Jauh berjalan, luas pemandangan'
Betapa indah ciptaanNYA..
Plaza Tol Bukit Gambir
Keluar susur sini untuk ke Melaka, sekali terpaksa menempuh lebuhraya yang sesak teruk. En. Hubby mengantuk, tak dibaginya aku pandu kereta, maka berehatlah sekejap di hentian rehat.
3 Syawal 1443 Hijrah (4 Mei 2022 - Rabu)
Lokasi: Negeri Melaka
Lokasi terakhir beraya. Kali ni hanya tiga hari aku beraya di kampung. Tak lama di kampung sebab nak mengemas rumah disebabkan yang INI..
Masih belum matang sepenuhnya buah durian TokSu.
Tak ingat baka apa.
Terkedek-kedek 'itik pulang petang'
'Hah!Itik.. Kamu cari kawan-kawan kamu ke? Tu ha.. ada dekat dapur, jadi rendang itik dan TokSu kamu buat'.
DAN..
Lewat malam, kami gerak balik. Pilihan aku sendiri, lagipun anak-anak tak teruja nak beraya kali ni dan ada sedikit masalah yang timbul buat aku rasa tak selesa kali ni. Ini off record. Kami tak ikut highway untuk mengelak sesak melekat. Dalam perjalanan balik tu, boleh pulak nampak yang ini. Bukan setakat berhenti tengok, aku dengan dak Kakak main sekali. Awal pagi naik menda ni, kerja gila.
'Jangan jerit ye Kakak, rileks je..'
Nah. sekali bila dah mula berayun, rasa nak turun.. kahkahkah..
Sudahnya, sepanjang perjalanan balik menahan rasa loya yang akhirnya muntah teruk bila en. Hubby berhenti di stesen minyak. Padan muka.. kena gelak lagi ye ada. Dak Nuha siap tanya.. 'Ibu muntah sebab dalam perut ibu ada baby ke..?' eeerrr..
4 Syawal 1443 Hijrah (5 Mei 2022 - Khamis)
Lokasi: Home Sweet Home..
Sesi mengemas rumah selesai sepenuhnya. Alhamdulillah.. walau tidaklah kemas berkilat, yang penting rasa selesa.
Sebagai balasan dari penat mengemas..
Sup Gear Box menjadi pilihan.
Pedas yang bukan sedikit dak Kakak buat.
Baki cuti yang ada kita gunakan dengan berehat sepuasnya di rumah.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022 buat semua..
Maaf Zahir dan Batin dari kami di sini.
#RemajaPurba: Alhamdulillah, selesai sudah kisah minggu pertama berhari raya.
Selamat menyambut raya terkezut
ReplyDeleteMeriah raya kali ini sampai kenyang makan jem
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin
ReplyDeleteSelamat Hari Raya 2022. Pengalaman raya terkejut tahun ni.
ReplyDelete