Simpan sini sebagai kenangan
03 Ogos 2024 - Sabtu (28 Muharram 1446H)
Notis Pemberitahuan bagi kerja-kerja menurap semula jalan telah diterima. Pihak Majlis meminta supaya dapat mengosongkan, mengalihkan, tidak meletakkan kenderaan dan apa-apa halangan di atas jalan bagi melancarkan turapan jalan tersebut.
Untuk hari ini, hanya melibatkan bahagian belakang rumah setiap lorong. Manakala, untuk bahagian hadapan rumah, akan dibuat kemudian.
Sambil memasak sambil mengintai di sebalik tingkap rumah.. 😃
Anak-anak taman bergotong-royong mengalihkan pondok di lorong kedua
Ini pula pondok di lorong ketiga
13 Ogos 2024 - Selasa (08 Safar 1446H)
Kerja-kerja menurap semula jalan di sambung semula pada bahagian hadapan kawasan perumahan kami. Warga taman memberi kerjasama yang baik bagi memudahkan kerja-kerja turapan dapat disiapkan seperti yang dijadualkan.
Pondok telah di alihkan ke tepi laluan rumah yang diangkat oleh anak-anak taman sebelum ini
Petang..
Terpaksa menunggu di tepian jalan kerana jalan masuk masih ditutup. Menunggu sampai terlelap dibuatnya dek kepenatan memandu balik kerja.
Apa-apapun, terima kasih buat semua petugas dan pekerja yang bertungkus-lumus menurap jalan di taman perumahan kami.
Alhamdulillah nampak ada kemajuan dri PBT.. bagus ramai2 tlg angkat pndok tu.. dah macam cerita upin ipin pulak hihi
ReplyDeleteAlhamdulillah sama2 membantu mana boleh, permudahkan kerja turap jalan.
ReplyDeletealhamdulillah, rezeki tu dpt jln yg luas selesa dan baru berturap
ReplyDeletesy pula yg terhidu2 bau tar smpi ke sini🤣🤣sejenis penggemar bau tar selain bau hujan😁🤭
ReplyDeleteSemua saling membantu.
ReplyDelete