Followers Remaja Purba

Monday, August 19, 2024

CARA MUDAH AKTIVITI WALKING AND BRISK WALKING


18 Ogos 2025 (Ahad) - 13 Safar 1446H)

Jika sebelum ni aktiviti walking and brisk walking yang aku buat lebih kurang 1.5 km dalam tempoh masa 30 hingga 35 minit tetapi gara-gara marah dan merajuk dengan en. Hubby..

Masa merajuk: 60 minit
Jarak merajuk: 3.26 km
Kalori: 231

Satu kesilapan aku, tidak warm up sebelum melakukan aktiviti ini, lepas tu mulalah mengeluh penat, sakit kaki. Adan uke. Siapa suruh merajuk.

Aktiviti untuk meningkatkan tahap kecergasan dan mengamalkan gaya hidup sihat ni bukan mudah bila ada je halangan menanti. Paling teruk bila brisk walking ke dapur mencari makanan, lepas tu tersandar kekenyangan hingga tak larat nak sambung berjalan.

Takpe.. perlahan-lahan dapatkan semula rentak yang dah lama aku tinggalkan. Bak kata en. Hubby. 'nak kurus, nak cantik kenalah usaha lebih..' Aku..? Kena usaha kembalikan #PerasanSlim ku yang dulu.

#RemajaPurba: ..

4 comments:

  1. saya dh berkurun la tak exercise...nak kena restart balik lah slow2 cuma tak tau bila

    ReplyDelete
  2. Brisk walk ke dapur paling banyak steps kan.

    ReplyDelete
  3. Niat dah ada tetapi masa tak ada untuk brisk walk. Kena curi masa juga nanti :)

    ReplyDelete
  4. Boleh tahan lama juga brisk walk masa merajuk :)

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...