13 Ogos 2024 - Selasa (08 Safar 1446H)
Hari Kidal Antarabangsa disambut setiap tahun pada 13 Ogos untuk meraikan keunikan dan perbezaan individu kidal.
- Pertama kali disambut pada tahun 1976 oleh Dean R. Campbell, pengasas Left-Handers Club di Amerika Syarikat.
- Kelab ini ditubuhkan untuk meningkatkan kesedaran tentang cabaran dan pengalaman yang dihadapi oleh individu kidal dalam dunia yang yang lebih banyak direka untuk golongan tangan kanan.
Aku dan anak keduaku - dakAdik, kami team Kidal
Dulu..
Aku malu nak tonjolkan diri kerana takut dengan pandangan orang.
Sekarang..
Tak malu dah bila ada yang perasan aku kidal, cuma masih ada peralatan yang tidak boleh aku gunakan kerana memerlukan 'kemahiran' penggunaan tangan kanan.
Macam mana bila nak makan?
Makan menggunakan tangan kanan tapi jika menggunakan sudu + garpu, kedudukannya pasti terbalik - sudu sebelah kiri dan garpu sebelah kanan. Awalnya aku malu sebab 'melanggar protokol' di meja makan tapi lepas tu aku fikir biarlah orang pandai pelik, yang penting aku selesa dan happy.
Macam mana ketika memandu kenderaan?
Pertama kali belajar memandu kereta, aku takut tak boleh nak buat tapi rupanya takdelah susah mana.. hahaha.. yang penting tahu dan ingat kedudukan semua fungsi ketika memandu.
Motor pula?
Alhamdulillah, dak Adik mahir menggunakannya. Harapnya nanti dia boleh juga pandu kereta yang dicipta untuk pengguna kanan. Sekiranya tak boleh, kena beli kereta khas untuk dia.
Dak Kakak dengan dak Nuha tiada masalah, deme berdua satu team dengan Babah deme - team Kanan
#RemajaPurba: Pelik tapi aku kena biasakan diri..
Geng kidal hadir 😁
ReplyDeleteDulu masa sekolah rendah nak guna gunting terkial², masa di Uni, students chair yg lefhanded limited, terpaksa tulis menyenget bila mejanya sblh kanan
Nak drive auto awal² risau sbb byk guna kaki kanan (,kaki kiri lbh dominant) tp alhamdulillah semua okay je bila drive.
suami dan anak sulung tangan kidal..masa berkawan dengan suami, kene duduk dengan betul, kalau tak berlaga tangan...last2 duduk mengadap je lah senang...hahaha
ReplyDeleteDalam family besar sepupu2 tak ingat kalau ada yg kidal, macam tak ada.
ReplyDeleteSaya pandang orang kidal sebagai orang yang unik dan istimewa sebab berkebolehan guna tangan kiri dengan baik.
ReplyDeletedh biasa dgn org kidal .. hehe
ReplyDeleteBaru tau ada hari kidal....
ReplyDeletedlm my family, arwah ayah dan arwah abg MZ both kidal..dan kakak MZ pun kidal...cuma 3 org tu jer yg kidal laaa
ReplyDelete