Followers Remaja Purba

Tuesday, May 16, 2023

Mental dan Gangguan Emosi - Forensik atau Psikiatri


12 Mei 2023 - Jumaat

Bukan aku tapi dia.
Aku faham isu ini tapi sekadar untuk memuaskan hati mereka.

Soalan:
  • Apa tindakan yang perlu diambil bila berhadapan dengan orang yang ada penyakit panic attack?
  • Macam mana nak tahu yang dia tu ada panic attack (simptom yang buatkan dia ada penyakit tu)?
  • Orang yang macam ni, adakah salah satu simptomnya dia akan menangis dan terus menangis, kalau kita usaha pujuk/sabarkan dia, adakah makin teruk keadaan dia atau kita hanya biarkan dia stabil/cool balik sendiri.
  • Adakah sebab banyak berfikir sampai otak tak boleh nak terima apa yang difikirkan, boleh mengakibatkan serangan tersebut?
  • Macam mana kita nak tahu dia memang benar ada penyakit tu atau sekadar menipu untuk mendapat simpati orang?
  • Adakah dia kena bergantung dengan ubat? kalau tak makan, penyakit tu boleh menyerang balik?
  • Doktor psikiatri yang uruskan kes panic attack ni, kenapa ye? bukan doktor lain?

Antara jawapan yang aku terima dari Odc Specialist, mereka yang mempunyai latar belakang di dalam bidang perubatan. Soalan mudah tapi dijawab santai oleh mereka.


'Panic Attack' ni melibatkan mental dan gangguan emosi, jadi betul la doktor psikiatri (psy) yang 'handle'. Doktor psy ni bukan setakat kes tidak siuman je dia 'handle'. Nak lagi senang dan mudah faham, tanya doktor yang 'handle'. Lagi bagus dia terangkan satu-persatu.

Itu memang kepakaran doktor psikiatri, kalau doktor telinga yang uruskan memang tak kena la. Kalau forensik pula yang uruskan, 'confirm' dah Innalillahiwainnahilaihirojiun.. 🤣😆


A: Ni kalau bawa sekarang pun bolehlah ye, tak semestinya bila kena 'panic attack'?
O: Boleh, bagitahu je apa yang dia dah buat.
A: Maksudnya boleh bawa ke 'emergency' lah kan?
O: Boleh, bawa je.

Ini kalau tanya orang yang bukan bidang tu, jadi sesat pulak.
Bawa terus ke kecemasan hospital, itu dah halusinasi tu.


Kena pergi ambil rawatan. Pasang ruqyah pun kalau takde rawatan tak boleh juga. Bukan gangguan luar tu. Pergi hospital dulu, jangan tangguh nanti jadi lagi teruk. Bawa terus cepat-cepat, kalau dia melawan call polis sebab memang dalam tugas polis dah tu. Nanti dia bawa ke hospital. 'Macam nak kena 'start' ubat juga tu'.

================

Disebalik semua itu:
Selama ini dia buat macam tu sebab takut dengan bayang-bayang sendiri, cuba untuk selesaikan masalah itu tanpa bantuan sesiapa tapi bila tak berjaya mulalah jadi seperti ber'halunisasi'. Sanggup pula berkongsi 'derita' bukan dengan keluarga sendiri.

Sekarang ni biarlah semuanya jadi rahsia, yang dah lepas tu biarlah lepas. Kita sama-sama ambil iktibar atas apa yang terjadi, kita fokus demi masa depan.
-case close-

#RemajaPurba: Jangan 'berlakon' hingga menyusahkan orang lain.

1 comment:

  1. Pernah kena masa duduk Vietnam dulu. Depress kata doctor, mungkin sbb dah lama duduk sana, kawan2 rapat & lama, ramai dah pindah, datang kawan baru, bertukar2. Dah boring kot lama hampir 10 thn di sana, tak redha dgn keadaan pun ya kata mereka yg berilmu. Bila macam tu, yang tak baik pun sekali menggoda ganggu. Moga yg terkesan cepat sembuh, Aamiin.

    Taqabbalallahu minna waminkum. Maaf Zahir Batin. Salam Aidil Fitri.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...