Aku kongsikan satu sesi ceramah yang telah diadakan di tempat kerja aku. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Elyas bin Ismail - Pengurusan Masa.. Berintegritikah kita?
Bagaimana kita nak menghadapi dengan suasana yang penuh dengan penipuan yang banyak ini?
Nyawa seruan Allah s.w.t di dalam Al-Quran. Allah s.w.t menyuruh kita:
- Saling ingat-mengingat di antara kamu dengan kebenaran.
- Saling ingat-mengingat di antara kamu dengan kesabaran.
Maknanya nak menyampaikan benda benar, mesti sabar. Siapa yang kena sabar? Mereka yang bercakap dan mereka yang mendengar. Dua-dua pihak kena sabar.. sebagai contoh:
- yang bercakap: 'Jangan menipu dalam pekerjaan nanti duit tak berkat..'
- yang mendengar: 'Alah, engkau pun tadi dengar ceramah.. tiber..'
Dalam Islam: Orang yang ada sifat integriti, ia adalah rangkuman core values, sifat-sifat mahmudah (tepati janji, dedikasi, buat kerja penuh disiplin, kerjasama, fokus pada kerja, bertanggungjawab atas kesilapan, bersungguh dalam usaha, jauhi penipuan), semua ini terangkum dalam satu perkataan yang disebut integriti.
Apa kelebihan pada mereka yang ada sifat integriti ini?
Tiga kelebihan orang yang bekerja penuh integriti, tak kira apa pangkat, jawatan dan kedudukan mahupun posisi.
PERTAMA:
Dapat ganjaran syurga.
'Dan orang-orang yang beramanah dan berpegang pada janjinya akan dapat syurga. Syurga yang bakal dia akan dapat adalah syurga Firdaus'.
Ini termasuk mereka yang menyantuni anak-anak yatim. Besar pahalanya tapi lagi baik ambil sekali dengan maknya, ni tak tahulah syurga mana yang dia akan dapat nanti. Ini cadangan, ini manifesto syurga punyalah.
KEDUA:
Berlaku jujur, buat kerja dengan penuh integriti dan berpegang pada janji.
Waktu temuduga:
'Bila kerja nanti, kena kerja lebih masa, boleh'?
'Oh!Saya boleh je takde masalah, saya memang keturunan kerja lebih masa, saya workaholic'.
Banyak golongan sembang bulan, bintang, langit semua ada. Masuk kerja apa pun takde. Misi, Visi pun lupa dah.
Ada dosa-dosa kita yang dosa itu takkan boleh diampun hanya dengan sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah kecuali kamu buat amalan ini:
Amalan yang boleh diampun yang dimaksudkan adalah kesedihan, keletihan, kepenatan dalam bekerja.
'Penatnya, stress dalam meeting, mengadap individu mana-mana yang kita tak berkenan tapi kita kena hadap juga dia'. Anda bersabar, bertahan, penat, letih jiwa dan raga menghadapi dalam suasana bekerja membayangkan demi masa depan kelangsungan hidup dan anak-anak, Allah ampunkan dosa-dosa yang tak boleh diampun dengan sembahyang, puasa, zakat dan haji. Anda punya kepenatan dan keletihan semasa bekerja selama ini, Allah pandang dan Allah nilai sebagai penghapus dosa-dosa yang tak mampu diampun dengan ibadat-ibadat tadi.
Biasa dosa yang tak boleh diampun yang membabitkan antara kita dengan hubungan kemanusiaan. Hubungan kita dengan manusia-manusia lain as long as dia masih hidup takpe, kalau dia dah meninggal, lost contact, facebook tak ada, nak cari dekat mana? Dulu TV3 bolehlah buat jejak kasih.
KETIGA:
'Orang yang bekerja penuh integriti, kesungguhan, semangat, kejujuran, apa kelebihan yang dia dapat?
Doanya mudah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Kejujuran seseorang itu mampu membuatkan doanya diterima oleh Allah'.
Kalau selama ini berdoa tak makbul-makbul, kena insaf tu. 'Apa menda zalim aku buat dekat orang selama ni'. Kita nampak zalim orang pada kita tapi kita tak nampak zalim kita pada orang. Nauzubillah.
Apakah tahap integriti paling penting dalam kehidupan kita?
Sekurang-kurangnya ada tiga tahap integriti paling penting yang kita nak kena ambil berat, ambil cakna bersama. Tiga tahap integriti ini kita perlu diperhalusi, muhasabah bersama.
PERTAMA:
Integriti terhadap pekerjaan yang kita lakukan selama ini atau yang diamanahkan kepada kita. Kebiasaannya terdapat tiga salah laku yang berkait dengan isu:
- Wang
- Masa (tidak jujur, amanah, integriti terhadap masa) 'dia menemani orang yang minum dan menemani orang yang belum minum lagi'. Macam mana rezeki nak berkat. Allah boleh tarik balik rezeki yang ada. Jadi, mencegah lebih baik dari mengubat (prevention better than cure).
- Penggunaan aset pejabat. 'Guna untuk kegunaan peribadi'. 'Haram boleh adjust'.
Jangan sesekali terlibat dengan isu-isu rasuah ni semua. Orang yang terlibat dengan isu rasuah ni bukan isu kecil, bukan dikira soal nilai tetapi isu rasuah ini, Nabi doa laknat 'semoga laknat si pemberi dan si penerima rasuah'. Jahanam hidup. Kalau mak punya doa pun takut makbul, nabi punya doa sudah tentu makbul. Laknat hidup.
Hati, jiwa nakkan kekayaan lebih dari orang lain, dia nak disaat ada kuasa dia ada peluang dan ada yang memberi.. lagilah..
'Siapa yang mengumpul harta dengan duit haram dan digunakan untuk bersedekah, hubungan silaturrahim, buat family day, tiup tepung tarik tali, booking chalet resort semua. Nabi kata - dia dengan hartanya lempar masuk dalam neraka'.
Manusia kalah dengan tiga TA:
WaniTA
HarTA
TakhTA
weekneses setiap orang akan ada.
Doa pertama yang paling Nabi suka iaitu doa:
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Ya Muqallibal Qulub Thabbit Qalbi A'la Dinik Wa'ala Thaa'tiq
"YA!Allah yang membolak-balikkan hati, tetap teguhkanlah kami atas agamamu dan ketaatanmu".
Doa kedua:
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Ya Allah! Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari siksa neraka".
KEDUA:
Integriti terhadap diri sendiri.
Kita jangan sampai jadi orang yang dipanggil tiga kehancuran. Nabi kata andai terjebak dengan tiga perkara ini, hidupnya akan hancur.
- Orang yang terlalu kedekut dalam hidup.
- Orang yang takjub, syok sendiri. 'dia perasan best' (Narcissist - a person who has an excessive interest in or admiration of themselves).
- Jangan terjebak dengan apa jua bentuk fitnah.
Di akhirat nanti, Allah sebut dalam Al-Quran, ada golongan yang tiada cahaja, gelap. Salah satu penyebabnya adalah kerana dia di dunia sering menjebakkan diri dengan fitnah. Contoh: Seorang tok imam suara sedap macam mana pun jangan masuk pertandingan
karaoke apa peringkat sekalipun.
Jujur bukan bermakna lurus macam pembaris, pertahankanlah - maruah kita kan.
Contoh:
Pernah satu hari Nabi di masjid dalam suasana suram bersama isteri nabi. Tiba-tiba sayup di sana ada geng orang Ansar. Mereka nampak nabi dan isteri nabi, gaya seperti orang baru dapat 'content/bahan'. Tapi disebabkan itu adalah nabi, mereka bersangka baik dan cepat nak mengelak macam tak nak kacau daun.
'Nabi dengan perempuan mana tu?'
Nabi dari jauh nampak kelibat dorang, Nabi panggil dan berkata.. 'Ini isteri aku, dia nak balik rumah, aku sebagai suami, aku hantarlah'.
'Takkan kami ingat dengan perempuan lain, kami bersangka baik'.
Nabi kata.. 'Tidak, walau pun kau kata kau bersangka baik tapi syaitan sentiasa bergerak laju highway dalam darah engkau'.
Kita ada pegang rahsia sesiapa tak? Terjaga selagi masih baik hubungan kan? Gaduh punya time kalu, semua kasi letup. Semua keluar time tu. Hati-hati.
Tampillah dan buat kenyataan 'saya tak mengambil atau saya..' - jelaskanlah, isytiharkanlah situasi sebenar. Kalau tak, ia menjadi desas-desus, cakap-cakap orang yang bersangka-sangka.
KETIGA:
Integriti dalam memberi nafkah kepada keluarga.
Alhamdulillah, hidup dalam suasana bahagia rumahtangga sebab kadang kalau tengok suami isteri hidup dia bahagia.. cara duduk pun kita nampak, tenang.
Apa makna nafkah terhadap keluarga juga termasuk dalam integriti?
Kata para ulama, antara Imam Nawawi 'seorang suami bertanggungjawab dan ada integriti punya sifat dia mesti menunaikan tanggungjawab nafkah kepada isteri dan anak-anaknya'.
Tujuh perkara WAJIB, antaranya:
- Memberi makan dan minum.
- Tempat tinggal.
- Pakaian.
- Menyediakan bahan memasak.
- Perkakas rumah.
- Menyediakan alat pembersih badan. (toiletteris: compliment: melengkapkan).
- Pembantu rumah - jika mampu.
Wajib:
Berapa kali sehari wajib suami sediakan makan?
Enam? Hang ingat kursus ke? Kalau kursus bolehlah enam kali sehari (sarapan, kudapan, cicipan, malamkapan), sampai enam kali.. patutlah. Lepas tu sibuk cari ubat pelangsing badan.
Suami wajib sediakan makan dua kali sehari dan pastikan isteri makan.
Integriti seorang suami, cerita pung pang, pung pang menepati masa, disiplin di tempat kerjanya tapi dengan isteri buat lebih kurang, tak sempurna hidup.
Sepanjang dua jam berlangsung, kami yang mendengar tak kering gusi dibuatnya. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Elyas bin Ismail dalam suasana santai memberi satu kepuasan buat yang mendengar.
Alhamdulillah, sebahagian besar yang aku kongsikan di sini adalah apa yang disampaikan oleh ustaz tersebut yang sempat aku rakam dan inilah hasilnya.
#RemajaPurba: 16 November 2022..