16 Julai 2021 (Jumaat)
Tengahari tadi, selesai urusan en. Hubby dibantu oleh #GengJiran memasak nasi kukus + ayam goreng dan nangka masak lemak cili padi. Menyempurnakan hajat en. Hubby dan jiran 'saudara' sebelah rumah untuk diagihkan kepada warga taman perumahan kami. Alhamdulillah.
03 Julai 2021 hingga 16 Julai 2021
Hari ini genap 14 hari seluruh Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Dengan pertambahan saringan secara menyeluruh dan saringan kontak rapat membuatkan Selangor menjadi negeri yang tertinggi kes harian Covid-19 setakat ini.
Petang tadi, Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bersetuju tidak melanjutkan PKPD di kesemua mukim terbabit selepas mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dibuat.
"Tolonglah, jangan rentas daerah dan negeri ketika Aidiladha". pesan TPM di SINI..
Aku..?
Ada je ni, rutin harian berjalan seperti biasa.
#RemajaPurba: ...
Semoga dipermudahkan urusan sehariannya
ReplyDeleteSemoga kita semua patuh!
ReplyDeletehai. aida dtg ni blogwalking.
ReplyDeletetu la. viral jap kat fb, ari ni da start byk kereta masuk kelantan.
hu hu hu aduhai. moga jgn la merata lagi covid ni lepak.
malas da nak layan pkp ni :(