Followers Remaja Purba

Tuesday, July 21, 2020

Kedai Dobi 'Berhantu'


DAY 123 (18 Julai 2020 - Sabtu)

Pagi:
Aku ni kalau datang mood malas untuk sidai baju yang telah dibasuh, ke kedai dobi aku hantar untuk cucian kering. Mudah.. balik rumah terus lipat. Biasa memang liat nak lipat baju tapi kalau hantar ke dobi memang tiba-tiba jadi rajin. Tak nak bagi baju berkedut seribu kalau dibiarkan tak berlipat.

Sementara menunggu itu, aku seperti biasa, lelapkan mata sekejap. Di kedai dobi ni seperti 'berhantu', aku mesti nakπŸ’€πŸ’€πŸ’€.. dengan kawasan yang luas + kawasan kampung bertambahlah rasa seperti bersantai di beranda rumah. Memang berhantu sungguh kedai dobi itu.

Dalam masa menunggu itu,
'Dik, yang ni adik punya ke?' Ada serorang makcik ni bertanyakan kepada aku.
'Tak, bukan saya punya'. Merujuk pada mesin pengering yang dah berhenti ketika itu.

Dalam hati kenapa makcik tu tak nak tunggu mesin lain yang ada. Tak lama mana pun, lima minit pun tak sampai sebab ada di antaranya itu dah nak berhenti. Kalau makcik tu tunggu tanpa perlu keluarkan pakaian orang lain dari mesin tersebut bukan ke lebih baik.

Bukan apa, sebelum tu aku perasan makcik itu dok mengelap hidung, lagak gaya seperti orang kurang sihat. Itu yang aku rasa tak selesa dengan keadaan makcik tu. Sehingga selesai urusan aku, tuan punya pakaian itu masih belum muncul.


DAY 124 (19 Julai 2020 - Ahad)

Waktu di awal kematian si Hitam dulu, bawah kerusi kecik inilah tempat si Oyen tidur. Seolah-olah mencari di mana si Hitam sebab dulu si Hitam marah kalau si Oyen ni cuba tidur dekat situ.


Sekarang.. Terlentang terlangkuplah dekat situ takde siapa nak marah tapi kalau dapat dek dak Nuha, dah macam main dengan anak patung dibuatnya. Si Oyen pasrah je, jangan kata gigit, cakar jauh sekali. Eleh.. Takut tak dapat makanler tu.. πŸ˜†

#KisahKita: ...

3 comments:

  1. dah lama tak hantar baju ke dobi. masih ada sisa kerajinan walaupun kadang2 kene seret gak kaki ni

    ReplyDelete
  2. Rajin nya lipat baju.. Akak sampai sekarang baju semua pakai hanger je. Nak pakai ambik gosok. haha..

    ReplyDelete
  3. Melipat tu la yang selalu dilengahkan oleh saya hehe

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...