DAY 102 (27 Jun 2020 - Sabtu)
Memandangkan dak Kakak balik kampung dengan tangan kosong, kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu tidak dibawa bersama. Jadinya, aku ambil semula dak Kakak untuk dia mengambil buku sekolah untuk menyambung tugasan yang diberikan. En. Hubby suruh aku bawa je buku sekolah dak Kakak dengan menghantarnya terus ke kampung tapi aku tak nak, biar dak Kakak sendiri yang ambil semua keperluannya.
Buat sementara ni dak Kakak kena tinggal di rumah MIL untuk membantu myMIL yang tidak larat untuk membuat kerja rumah. Aku cakap pada dak Kakak 'Masa ni lah Kakak jaga tolong Uwan dekat kampung, dulu Wan jaga Kakak masa kecik'. 'Ye Ibu.. Kakak tahu..'
DAY 103 (28 Jun 2020 - Ahad)
Aku tinggalkan dak Kakak di kampung. Sunyilah rumah adik-adik dia takde geng gaduh. Aku pun sama takde geng 'airmata..'
DAY 104 (29 Jun 2020 - Isnin)
Jom kita sambung mood penceritaan kisah balik beraya di kampung dari SINI..

Hari Raya Pertama (dipenghujung Syawal)
Kali pertama merasa pengalaman tidur di #TeratakTokSu di kebun. Menyesal tak bawak selimut tebal, sejuk dah tentu, nak mandi pun menggigil badan.
'Kejap lagilah bangun ibu..'
Di beranda inilah kami tidur, masing-masing takmo tidur dalam bilik
'Eleh.. takutlah tu..'
Rasa berat je badan nak bangun dari pembaringan..
Tapi..
Mana boleh lepaskan peluang mencari durian gugur
Setakat ni ada lima batang pokok durian, tapi yang berbuah baru dua pokok
Tahun lepas tak menjadi, berbunga tapi gugur.
Tahun ni Alhamdulillah menjadi. Ini kira buah sulunglah ni.
Sarapan durian dulu sebelum makan nasi lemak telur kupas sendiri.
Hari Raya Kedua (di penghujung Syawal)
Awal pagi hujan turun dengan lebatnya hingga masing-masing tidur berselubung, mengerekot macam udang kena bakar. Kami tidur di bahagian anjung rumah di dalam kebun, lagilah sejuk ditambah dengan kena tempias hujan. Bila diingat kembali, rasa nak packing baju balik kampung je sekarang ni.
Tengahari, singgah pulak di rumah PakNgah di Tampin, di sini anak-anak makan lagi durian. Rezeki.. walau bukan durian mahal tapi dapat berkumpul bersama keluarga di kampung tidak ternilai harganya.
Halaman rumah PakNgah
Tiba-tiba teringin pulak nak pakai inai pokok.. ๐คจ
Dapat tumbuk pun jadilah ye dik.. ☺ Nak pakai tak boleh.. ๐
Sudahnya, dari sebelah tangan jadi dua belah tangan aku pakai inai. Sekali dengan en. Hubby aku paksa pakai.. ๐คญ
#KisahKita: Ada lagi sambungan..? Nantilah..
seronoknya kak dapat habiskan masa sama2 dengan family. anak2 pasti ingat momen ni.. bestnya dapat tidur kat rumah kebun, bangun kutip buah. impian kami ni.
ReplyDeletekami takde kebun.. dekat dengan pantai aje la rumah kami ni..
bestnya kak... mesti sejuk nyaman je situ kan
ReplyDeleteSarapan durian...? Adoiiii....! hahaha
ReplyDeleteDurian jadi pengikat silaturrahim
ReplyDeletemasyaallah bestnyaa
ReplyDeleteok
ReplyDelete