Followers Remaja Purba

Saturday, July 18, 2020

Selamat Kembali ke Sekolah - PKPP


Sambungan kisah dari SINI..

DAY 120 (15 Julai 2020 - Rabu)
Selamat kembali ke sekolah, selepas lebih 120 hari berehat dengan selesa di rumah. Mananya tak selesa hingga kena beli baju sekolah baru. Nampak tak bila anak-anak dijaga dengan baik.. 🥴 Aku pula mohon cuti rehat untuk dua hari.. 👏

DAY 121 (16 Julai 2020 - Khamis)
Hari kedua.. 😱😳
Melompat aku bila tengok jam dah pukul enam pagi. Terasa macam terlajak sahur reaksinya. Tak sampai hati aku tengok dak Kakak kelam-kabut bersiap takut tertinggal van sekolah.

'Kakak, biarlah ibu hantarkan. Tak sempat Kakak nak kejar masa naik van'. Dalam pada tak nak lambat, dah separuh perjalanan, dak Kakak boleh tertinggalkan face mask. Hailaa Kakak.. sabar jelah.

Lewat petang, dak Kakak mengadu sakit kepala. Ini gara-gara tak cukup tidur dek pulun siapkan tugasan yang diberikan oleh cikgu.

Dia ni sama macam aku, kalau dah teruk sampai menangis tu, jawabnya memang tak boleh tahanlah tu. Lepas makan ubat aku suruh tidur, rehat..


DAY 122 (17 Julai 2020 - Jumaat)
Dak Kakak aku cutikan dari pergi sekolah. Biar dia rehat di rumah. Pada cikgu dan acik van telah aku maklumkan.

Aku..?
Kembali bertugas seperti biasa.

#KisahKita: ...

3 comments:

  1. Assalamualaikum, saya dah follow blog ini.
    Lain bila mula sekolah semasa PKPP. Semua ikut SOP.

    ReplyDelete
  2. Selamat kembali ke sekolah setelah lama bercuti

    ReplyDelete
  3. sesi persekolahan dah mula..jgn lupa face mask dan hand sanitizer, dan penjarakan sosial :-)

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...