DAY 76 (1 Jun 2020 - Isnin)
Hari kesembilan Syawal
Tengahari:
'Ibu, Nuha Lapar..'
'Ok kejap Ibu masak'.
Hari ni aku masak lewat dari biasa. Bila dah siap masak, dak Nuha tak nak makan pulak, sibuk main dekat depan rumah.
'Ibu, Nuha Lapar..'
'Ok kejap Ibu masak'.
Hari ni aku masak lewat dari biasa. Bila dah siap masak, dak Nuha tak nak makan pulak, sibuk main dekat depan rumah.
Menu hari ini:
Ikan pelaling masak taucu
Sambal udang campur petai
Malam:
Ambil ikan talapia di rumah Adik. Ikan segar dari kolam yang dihantar oleh ayah.
Ikan telah siap disiang oleh ayah.
Dari dulu ayah yang akan siang ikan sebelum masak. Ayah memang tahu anak-anaknya takkan siang ikan. Dari zaman #BudakPurba memang ayah yang akan buat.
'Kalau nak harapkan ibu korang, tak makanlah jawabnya'. 🥴 en. Hubby selalu cakap macam ni. Nak buat macam mana abang, isterimu ini telah dimanjakan sedari dulu. 🤭
Dalam perjalanan balik, dak Nuha nampak pulak huruf M besar ni, memandangkan dia tak makan lagi maka tersinggahlah kami membeli set Shogun Burger McD yang sebelum ini kami tak berjaya di SINI..
Aku beli set daging dengan ayam, sengaja nak rasa kedua-duanya walau hakikatnya aku lebih suka dagingnya.
McShakee Fries, boleh tahan juga rasanya. Dak Nuha tak bagi aku habiskan, nak makan dekat rumah katanya.
Untuk set Shogun Burger ni aku bagi empat ⭐⭐⭐⭐ sebab kena kongsi dengan dak Nuha. 🤭🤭
#KisahKita: ...
#KisahKita: ...
Bestnya! Ayah bersihkan ikan talapia sekali... boleh terus masak!
ReplyDeleteSejak PKP takde lagi makan MCD, Ramai betul orang kat MCD area rumah ni.
ReplyDeletesedap tak burger shogun tu?
ReplyDeletebaru makan yang samurai...sedap