Followers Remaja Purba

Friday, June 26, 2020

Percutian Percuma


Sambungan dari SINI.. tapi buat sementara aku ringkaskan dulu. Segala gambar dan video nanti aku kongsikan kemudian.

DAY 94 (19 Jun 2020 - Jumaat)
Hari kedua puluh tujuh Syawal

Sejuk malam membuatkan aku tidur berebutkan selimut. Inilah pengalaman pertama kami tidur di #TeratakTokSu di kebun.

Tak gugur pula buah durian ni.. 


DAY 95 (20 Jun 2020 - Sabtu)
Hari kedua puluh lapan Syawal

Dari awal pagi hujan lebat, bersambung sampai ke pagi. Sejuk ya amat, tidur pulak diberanda, lagi sejuk kena tempias hujan.


Tengahari:
Rebung masak lemak cili api + daging.
Air tangan mak memang terbaik.
Mak siap bekalkan rebung untuk aku bawa pulang. Sebalang besar rebung yang telah siap dicincang panjang untuk bekalan aku di rumah. Rebung yang dibuat sendiri lagi sedap dan aku tak pernah beli rebung di pasar sebab sedari kecil memang kami proses sendiri rebung untuk dimakan.


DAY 96 (21 Jun 2020 - Ahad)
Hari kedua puluh lapan Syawal

Tak puas..
Tak puas..
Tak puas..
Bercuti di kampung, sebab itulah awal pagi baru sampai rumah.


DAY 97 (22 Jun 2020 - Isnin)
Hari kedua puluh sembilan Syawal

Kembali ke hutan batu, mengambil peluang cuti rehat terakhir dengan berehat sepuas-puasnya di rumah.


DAY 98 (23 Jun 2020 - Selasa)
Hari terakhir Syawal 2020

Kembali memulakan tugas selepas lama pulang berhari raya. Walau tak dapat pulang pada 1 Syawal tapi aku bersyukur masih dapat beraya bersama keluarga aku di kampung.


#KisahKita: ...

4 comments:

  1. Kalau balik kampung memang tak rasa puas kan... malas nya nak balik ke tempat keje semula. yang paling liat, nak bangun keesokkannya nak pegi bekerja semula.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    dapat pulang ke kampung

    ReplyDelete
  3. Tidur di kebun...sudah tentu keliling dipenuhi tumbuh-tumbuhan hijau. Menjeang dinihari, sejuknya pasti mengalahkan air cond...rindunya suasana itu,, nak tarik selimut sampai tutup sampai ubun-ubun!

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...