DAY 84 (9 Jun 2020 - Selasa)
Hari ketujuh belas Syawal
Hari ni hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan. Mulai esok bermula pula Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos 2020 seperti yang dinyatakan di SINI.
Di tempat kerja aku, kaedah Work From Home (WFH) pula hanya untuk mereka yang betul-betul memerlukan dengan kebenaran pihak atasan.. 😎
Petang:
Pukul dua petang aku WFH pula, menguruskan rutin harian di rumah. Untuk rekod, en. Hubby dah mula sibuk dengan jualan burger beliau dan untuk rekod juga hari ini adalah hari terakhir aku bekerja 5 jam sehari tetapi berselang hari.
Kisah Semalam:
DAY 83 (8 Jun 2020 - Isnin)
Hari keenam belas Syawal
Cuti Umum sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke XVI.
#KisahKita: Berehat di rumah bersama anak-anak.
Kami dah start keje sepenuhnya pada 5MAY. No more WFH. Jem kena hadap semula. Kami suka WFH sbb rumah jauh dari opis
ReplyDelete