Followers Remaja Purba

Thursday, June 18, 2020

Kampung memanggil-manggil aku pulang


Kisah Hari Ini:
DAY 93 (18 Jun 2020 - Khamis)
Hari kedua puluh enam Syawal

Walau dah dipenghujung Syawal tapi raya tetap raya. 

Untuk hari ini sehingga Ahad, aku akan bersama keluarga. Banyak aktiviti nak buat ni terutama bila sebut bab makan.. 🤩

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. 


Kisah Semalam:
DAY 92 (17 Jun 2020 - Rabu)
Hari kedua puluh lima Syawal

Hari ni jasad je berada di tempat kerja, jiwa dah berkejaran balik kampung.

Petang..
Selesai urusan di pejabat, balik rumah bawa baju yang telah dibasuh awal oleh dak Kakak ke kedai dobi untuk dikeringkan. Ini memang kebiasaan aku sebelum berjalan jauh. Pakaian dan barang keperluan telah aku siapkan sehari awal supaya aku tak kelam-kabut dan yang penting takde barang yang tertinggal.

Malam..
Memulakan perjalanan balik kampung sambil ditemani lagu raya. Barulah ada feel..


Dalam perjalanan..
Moga urusan mereka dipermudahkanNYA.

Selamat tiba di kampung pukul sebelas malam. Badan lesu + letih bila seharian tak dapat rehat. Esok jelah kita sambung borak panjang..


Kisah Kelmarin:
DAY 91 (16 Jun 2020 - Selasa)
Hari kedua puluh empat Syawal

Kesiannya dekat dak Oyen. Boleh aku terlepas pandang stok makanannya dah habis. Ke depan ke belakang mengiow sambil menggeselkan badan dekat aku. Kesiannya lahai.

Alahai Oyen.. 😟

Lega bila ia dah dapat makanannya. Itupun en. Hubby kena tunggu kedai buka. Syukurlah..


DAY 90 (15 Jun 2020 - Isnin)
Hari kedua puluh tiga Syawal

Off Record..

#KisahKita: ..

2 comments:

  1. suroh oyen belajar berpuasa... hehehe

    ReplyDelete
  2. minggu ni pun saya balik kampung.. kali pertama sejak pkp diperkenalkan.. rasa syok sgt :-)

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...