Followers Remaja Purba

Monday, April 6, 2020

Tugasan makin bertambah


DAY 20 (6 April 2020 - Isnin)
Dak Kakak:
Mengeluh kerja sekolah makin bertambah. Ini namanya #StudyFromHome kakak di mana platform whatsapp diguna sebaiknya oleh guru kelas.

Dak Adik:
Dia ni kena perlahan-lahan terangkan apa yang perlu dibuat, tak boleh terlampau tegas. Potensi untuk dia sentap dan aku naik angin amatlah tinggi. Just go with the flow..

Dak Nuha:
'Ibu bosanlah..'
Suruh baca buku, dia ambil segala macam mainan dia dan main dekat luar rumah.. 🤦‍♀

Aku..?
Kena pastikan semua tugasan yang diberi berjaya disiapkan sebelum #BackToSchool.

Moga semuanya berjalan dengan lancar hendakNYA.

#KisahKita: ...

4 comments:

  1. sama la kita. jadi guru disiplin.
    make sure semua siap by 13 april.
    beg skola ready lengkap.
    kakak-kakak tu ok la. buat keje sendiri.
    Ijat tu hah. bergaduh tiap kali nak suh buat homework! :)

    ReplyDelete
  2. boleh masukkan pengalaman menjadi cikgu semasa PKP dalam resume nnt :-)

    ReplyDelete
  3. Senyum saya baca entri ringkas ini.
    Macam-macam perangai anak time PKP ini ye.
    Saya ada dua anak yang masih sekolah pun, tak cukup mulut menegur minta siapkan kerja sekolah....

    ReplyDelete
  4. setiap anak, ada karakter t'sendiri.. so sweet..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...