Followers Remaja Purba

Thursday, April 30, 2020

Membantu peniaga kecil-kecilan


DAY 44 (30 April 2020 - Khamis)
Genap sudah seminggu Ramadan
Aku sangat jarang membeli kuih-muih pada bulan Ramadan. Takut terkena.. tapi untuk berbuka petang tadi..

Beli di mana?
Melalui jiran rumah aku. Selain dari pisang dan sayur-sayuran, dia juga turut menjual kuih-muih untuk berbuka. Dari pembekal dihantar terus ke rumah beliau. Senang + mudah, tambahan pula masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), secara tak langsung membantu peniaga kecil-kecilan mencari sumber pendapatan.

Dari segi harga?
Sangat berpatutan tapi yang tak sedapnya, beli sikit tak cukup. Dak Adik dengan dak Nuha berebut nakkan kuih yang dibeli.. 🤦‍♀ Aku tak nak beli banyak takut membazir, beli seadanya.

Dari segi rasa?
Puas hati, boleh repeat order lepas ni.

Pisang Berangan menjadi pilihan
Pisang ni memang laku keras di rumah.


Selingan:
Esok ada tempahan makan dari individu untuk dihantar ke sebuah rumah anak-anak yatim.

#KisahKita: ...

1 comment:

  1. Heheee... beli sikit tak cukup, beli banyak takut tak habis pula ye.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...