Followers Remaja Purba

Wednesday, March 18, 2020

COVID-19: Perutusan Khas Perdana Menteri


Keutamaan Kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.

Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara.

Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi:

PERTAMA:
Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

  • Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.
  • Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

KEDUA:
Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (self quarantine) selama 14 hari.

KETIGA:
Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

KEEMPAT:
Penutupan semua TASKA, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

KELIMA:
Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

KEENAM:
Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Perintah Kawalan Pergerakan: (di SINI)


DAY 1 (18 Mac 2020 - Rabu)
Kisah pagi tadi:
Bangun tidur terus tuju ke pili air. Alhamdulillah air dah kembali ke pangkuan. Kemudian, buka pula peti sejuk tengok apa yang ada nak dibuat breakfast. Ku kerah tenaga en. Hubby beli bahan mentah untuk hidangan hari ni. Sudahnya, en. Hubby jugak yang tang tung tang tung dekat dapur.

La ni..
Kita rehat sekejap sementara nak tunggu lunch. Ok.. yang ini #MakBudak tak boleh mengelat - masak.

'Petang nanti nak buat apa abang?'
'Tidur jelah..'
Kalau cengginilah untuk 13 hari lagi mahu kembang tembam MakBudak.. 🤦‍♀ Tu belum lagi malam nanti.

Apa aku nak buat ni..? 😩 Belum setengah hari aku dah bosan tahap petala ke 8.


Tindakan terbaik:
Demi keselamatan dan kesihatan keluarga, duduk yo ontok-ontok dalam rumah. Tak usah nak mengada keluar kalau takde sebab yang khusus.

#KisahKita: Jangan degil..

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...