DAY 3 (20 Mac 2020 - Jumaat)
Sehingga 31 Mac 2020 ini, Astro bermurah hati memberikan banyak channel untuk ditonton secara percuma sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini. Bila anak-anak mengetahui, sejam pertama ok lagi, lepas tu takde dah..
Dak Kakak:
Anak dara ni tak kisah tak dapat keluar, dah biasa sangat duduk dalam rumah.
Dak Adik:
Perintah berkurung terus aku berikan. Kawan ajak keluar..
'Mak aku tak bagi keluar'.
'Jomlah.. sekejap je'.
'Mak aku tak bagi.'
Eh!Dorang ni tak faham bahasa ke hape. Terus aku gunakan kuasa veto aku.
'Dia tak boleh keluar. Dah pergi balik rehat dekat rumah'. Lepas tu takde dah yang berani ajak dak Adik keluar. Nampak tak betapa garangnya aku.. ðĪŠ Beleklah basikal kau tu Adik. Hati ibu takkan cair.
Dak Nuha:
Paksa baca buku, itupun tak sampai setengah jam, lebihnya sibuk dengan pelbagai mainan dia. 'Dah main kemas, kalau tak.. tong sampah tempatnya'.
#MakBudak:
Workout Challenge from Home. Penat berdiri, duduk pulak. Penat duduk, baring sampai tertidur. Paling best workout, dekat bahagian dapur rumah. Memang tekak dengan perut saling bekerjasama membantu merealisasikan workout aku ni.
Asyik lapar je sekarang ni..
#KisahKita: Pertama kali tiadanya Solat Jumaat ð
No comments:
Post a Comment