Followers Remaja Purba

Monday, March 23, 2020

Work From Home (WFH)


DAY 6 (23 Mac 2020 - Isnin)

Work From Home (WFH) digunakan sejak Arahan Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.

Dari tempat kerja aku:
Pemantauan status kehadiran pegawai dan kakitangan di tempat kerja mahupun yang bekerja dari rumah (WFH) dengan mendapatkan status secara live location mereka. Sekiranya ada perubahan tempat, ini perlu diberi perhatian dari masa ke semasa. Maklumat lengkap perlu diberi setiap hari sehingga berakhir tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

#MakBudak?
Sehari sebelum PKP, aku dah selamat kembali dari kampung en. Hubby. Kiranya hari terakhir aku bekerja pada 13 Mac 2020 (Jumaat). Apa sahaja kerja di tempat kerja, kekal pending sehingga kini. Bukan aku je, orang lain pun sama.

Bila berada dalam PKP ni, tekak dan perut memang takde belas kasihan langsung. Saling bekerjasama seperti belangkas.. 😭

Risau..? 😓
Jangan kata aku, en. Hubby pun sama. Bukan takat risau malah takut melihat keadaan aku > Makin kuat makan.. 😳

Dapat cicah dengan Lemon Tea, makin berulang anak-anak makan. Kalau tak, pandang pun tak biskut ni.

Nah Vitamin C - kata dak Nuha..

Untuk rekod, ini bukan 100% kucing kepunyaan aku.

Pertama kali si Oyen mendapat kebenaran khas berbaring di atas katil aku tapi sekejap je. Biasanya 'No Entry' ia takkan masuk walau pintu bilik terbuka. Alhamdulillah ia mendengar kata termasuk seekor lagi si Hitam (tiada dalam gambar).

#PerintahKawalanPergerakan
#RM0

#KisahKita: Alhamdulillah.. Rezeki..

1 comment:

  1. kalo dh memey jenis kurus langsing mkn byk2 pon xde efek gak kanns.. hehehe

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...