DAY 13 (30 Mac 2020 - Isnin)
Sepatutnya aku berada di tempat kerja pagi tadi bagi menyiapkan dokumen penting yang berkaitan tapi last minute pengurusan tertinggi tempat kerja aku batalkan surat kebenaran tersebut berikutan perkembangan semasa situasi COVID-19.
Ada hikmah disebaliknya.
Aku masih bekerja dari rumah tapi kali ni membantu en. Hubby menyediakan makanan (atas permintaan seseorang) untuk barisan hadapan di RUKA, PPUM.
Menu: Nasi Ayam
Agihan ke PPUM..
Gambar..?
Dok kalut ke hulu ke hilir, en. Hubby dah gerak hantar makanan tersebut baru teringat. Bukan niat nak menunjuk, sekadar simpan di sini untuk dijadikan kenangan.
Maggi Brazil
Kali pertama aku merasa bayam Brazil ni. Sebelum ni sikitpun aku tak kisah tapi bila berada dalam tempoh PKP ni, mulalah tekak ni gedik pujuk perut terima makanan.. π Ada seikat dalam peti sejuk tu, tak tahu nak masak apa.
Selingan:
Kalau elektrik takde panas weh.. tapi kalau tanya nama artis, maaf saya tak kenal. Memang tak kenal pun sebab tak ikutpun berita semasa artis² ni. Baik layan drama Korean, Thailand, Chinese.. π€£π€£π€£
#KisahKita: Pukul 10:30 malam masih makan lagi..?
bayam brazil letak dalam maggi? nampak sedap....boleh la cuba....
ReplyDelete