29 Disember 2019, Hari Sabtu
Kali kedua menghadirkan diri ke sekolah ini untuk sesi orientasi persekolahan dak Nuha selepas dak Adik dan kali pertama tanpa en. Hubby di sisi kerana en. Hubby sedang bergelut dengan Majlis Aqiqah dan Kesyukuran dua orang anak buah beliau dalam waktu yang sama.
Hati kena kental beb..
Agak mendebarkan kerana dak Nuha anak bongsu kami, risau takut dak Nuha tak boleh nak menyesuaikan diri dengan keadaan yang begitu ramai kawan-kawan yang lebih dari biasa. Sebenarnya aku yang rasa begitu, dak Nuha tak pun.. kahkahkah..
Selesai urusan di sekolah, berkejar pulak balik kampung mertua di SINI.. Ketika aku tiba, waktu dah melepasi tengahari, terasa dah macam tetamu pulak. 😅 Mungkin sebab aku letih dan lewat makan punca utama sakit aku menyerang kembali. Itu punca aku hanya berehat di dalam rumah dan hanya keluar ketika tetamu dari Singapura tiba. Selebihnya hanya berehat di dalam rumah.
StatusHati: Penghujung Tahun 2018..
semoga dipermudahkan urusan persekolahan anak :)
ReplyDeleteBila tengok anak pakai baju sekolah...rasa macam cepatnya masa berlalu
ReplyDeleteMudah2an dak Nuha suka ke sekolah
ReplyDelete