Followers Remaja Purba

Monday, December 17, 2018

Ubi Kayu Belakang Rumah


Selama ni kalau nak makan ubi kayu kena beli dekat kedai. Kali ni dapat rasa dari hasil tanah sendiri. Batang ubi kayu yang asalnya diambil dari kampung bapa saudara di Masjid Tanah, Melaka.


Kawasan di belakang rumah yang telah dibersihkan untuk memberi laluan pada pokok ubi kayu dibantu oleh dak Kakak dan dak Adik.


Percubaan menanam batang ubi kayu di dalam bekas tong minyak tapi akhirnya tumbang kerana tak mampu menampung berat batang yang semakin membesar.


Baru-baru ini..
Dak Kakak dengan dak Adik yang bersungguh-sungguh menarik ubi kayu keluar..


Teringin nak merasa hasil dari tanaman yang diusahakan sendiri.


Putih licin ubi kayu lepas dibersihkan..


Hasil dari korekan di belakang tanah, isi taklah besar mana gara-gara tak sabar nak merasa hasil yang ditanam sendiri 🤗 Berbudi kepada tanah jauh lebih baik daripada menjadi kaki kipas.


StatusHati: Menghitung hari..


10 comments:

  1. SA tak makan ubi...tapi suka pucuk ubi....

    ReplyDelete
  2. ok dah tu kak, yg penting berisi jgk... cantik putih elok je kejadiannya

    ReplyDelete
  3. saiz macam tu sdap rebus..manis je..:)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya dapat makan ubi kayu rebus dari ubi yang masih muda dan lembut... :)

    ReplyDelete
  5. Wowww, bestnya..rebus makan dgn sambal ikan bilis ngan kelapa..

    ReplyDelete
  6. cicah dengan sambal tumis ikan bilis.. letup sedappppp :)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya rebus makan panas2 cicah kelapa parut bergaram atau buat sambal bilis tumis. Yumss pastu minum kopi o panas..layan lan hujan2 ni. Tak memasal drooling kat sini.

    ReplyDelete
  8. Kat rumah Mama Yan pun ada pokok ubi...tpi makan pucuk nya aje.

    ReplyDelete
  9. kalau malas sangat nak buat kuih muih,rebus ja pun sedap...

    ReplyDelete
  10. ada lagi tak pokok ubi belakang umah tu, nak tolong cabutkan :D

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...