Followers Remaja Purba
Thursday, June 2, 2016
Misi Crash Diet
Baru semalam program The Biggest Loser dilancarkan di tempat kerjaku..
Hari ni.. dah macam-macam makanan yang aku rasa..
Tu belum kira nak test rasa biskut raya yang mula memasuki pasaran..
Fuh.. gosok perut.. errr.. tanjat gegurl.. dah muncit weh..
Itu menandakan yang berat badan sedang naik dengan jayanya..
Walau pada pandangan mata kasar nampak #perasanslim tapi hakikatnya masih ada yang perlu dikecilkan lagi..
Takpe.. bulan Ramadhan dah nak menghampiri.. Peluang terbuka luas kurasa. Misi crash diet akan cuba kulakukan seperti kata DaddyZiyyad sebelum raya tahun lepas..
Misi crash diet untuk buang 1.5 - 2kg dalam masa 3 hari sebelum raya bermula. Misi crash diet ni ialah sebab dijangka dari Syawal 1 - 5, sure tambah 1.5 - 2kg. So kalau dah buang awal-awal, tak la rasa bersalah.. (kononnya)..
Tapi itu untuk raya tahun lepas.. ni aku cuba buat sepanjang Ramadhan tahun ni cuma misi crash diet aku tu nanti pasti berhadapan dengan jalan sukar..
Waktu makan takde masalah sebab aku dah biasa sikit tapi masalah paling besar pastinya datang dari dak Nuha yang suka makan bersuap..
Bila dah makan bersuap secara tak langsung pasti tersuap ke mulut sendiri jugak.. adeh.. ni yang den lomah ni.. tapi demi misi crash diet tu apalah sangat kalau tersuap dua tiga kali ke dalam mulut sendiri kan.. kehkehkeh..
Apa-apapun.. tunggu dan lihat hasilnya nanti..
Kalau berjaya.. Alhamdulillah..
Kalau tak berjaya.. lepas raya aku buat post mortem..
Semangat kena kuat sambil tepuk dada.. uhuk.. uhuk..
StatusHati: Berdebar-debar nak bertemu Ramadhan kali ini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ingatan Purba
The author will not be responsible for any comment left by the readers.
Please comment using polite language.
Thank you.
hahaha samalah bila dah suap anak, confirm 2 3 suap tu masuk kat mulut sendiri
ReplyDeletedana nih kalau lah dpt istiqamah diet time puasa msti dpt turun banyak kg time raya... tp compom raya nnti naik berganda... mampus hahahha
ReplyDeleteINSYAALLAH BERJAYA MISSI AI TU..BERKAH PUASA RAMADAN
ReplyDeleteSalam ramadhan,maaf zahir batin ya aiza, moga berjaya🎯🎯
ReplyDeleteHah, itulah masalahnyakan. Yang suap ke mulut anak lain, yang suap-suap ke mulut sendiri lain pulak. Dan bila anak tak habis makan, haruslah nak suap ke mulut kita juga tak mahu membazir katanya.
ReplyDeleteApa-apa pun, semoga berjaya dengan misi diet kali ni!