Followers Remaja Purba
Friday, June 24, 2016
Kalau Dah Jodoh
Memandangkan rutin harian yang tak menentu padatnya, jadi aku ambil pendekatan dengan merakam mana-mana siri kegemaran di Astro.
Bila ada masa terluang, dapatlah menontonnya tanpa gangguan. Nak pause, nak ke depan, nak ke belakang, nak tengok banyak kali pun takde masalah. Anak-anak pun turut merakam cerita yang mereka suka tapi mana-mana yang tidak memberi manfaat aku delete je..
Dalam banyak yang dirakam tu terselit satu siri yang tak kurang hebatnya.. 'Kalau Dah Jodoh oleh Ustaz Kazim Elias..'
Dalam salah satu episod Kalau Dah Jodoh tu ada satu soalan yang diutarakan kepada beliau:
Apakah hukum jika seseorang itu dijauhkan anak-anaknya oleh keluarga isteri dan isterinya juga menjauhkan diri - bukankah seorang isteri sepatutnya berada disisi suaminya?
Jawapan dari Ustaz Kazim Elias..
Orang lelaki ni tak boleh hidup sorang-sorang, maka kita sebagai isteri kenalah ikut suami. Jangan berjauhan dari suami.
Sebagai contoh: Pada air tangan isteri ---> ada baraqahnya.. ada tautan kasih di situ. Ingatlah, macam mana susahpun, masaklah untuk suami, jangan bagi orang lain yang rasa..
Manakala suami, jangan berenggang dengan anak dan isteri. Ini kerana bila suami jarang bersama dengan anak dan isteri maka penghormatan ke atas dirinya akan hilang, kasih sayang juga akan hilang.. kemesraan akan mula pudar..
Kalau bergaduh di antara suami isteri ---> ingat pada anak-anak.. Cuba cari jalan penyelesaian. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.
StatusHati: Engkau dan aku nyata jauh berbeza..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ingatan Purba
The author will not be responsible for any comment left by the readers.
Please comment using polite language.
Thank you.
betol sangat tu dik...anak2 kene jadi keutamaan...macam mana teruk pon sesuatu hubungan tu cuba la betolkan utk anak2 ...kesian diorang
ReplyDeleteTapi kalau terpaksa nak buat macam mana lagi kan. Kena redha jela terima bila kena berjauhan. Huhu.
ReplyDeletesedih tgk kalau org cerai yg ada anak2..
ReplyDeletebhgn kita tak tau lg..minta jauh
moga segalanya baik baik saja....
ReplyDeleteyea..betul tu..
ReplyDelete