Followers Remaja Purba

Monday, June 13, 2016

Ibu.. ibu.. tak sahur ke..?


Kebarangkalian terlajak sahur dalam bulan Ramadhan pasti akan berlaku walau hanya sekali. Setiap tahun pasti akan ada kenangan terlajak sahur. Tu baru terlajak sahur, belum lagi terlajak nak pergi kerja.. kihkihkih..

Dalam berjaga-jaga, terkena juga aku. Gara-gara keletihan teramat, seisi rumah boleh tak sedar pagi Sabtu lepas. Alarm handphone berbunyi pun aku 'diam'kan.. 

'Ibu.. ibu.. tak sahur ke..?' Kejut dak Kakak..
Terkejut aku.. rasa nak melompat dibuatnya. Tengok jam dah pukul 6 pagi. Nasib baiklah kejadian berlaku pada hari Sabtu lepas..

Cuba bayangkan kalau terkena pagi tadi, waktu orang sibuk nak pergi kerja awal.. waktu budak kembali ke sekolah.. mahu aku terkejar-kejar macam lipas kudung. Time tu.. lipas kudung tengok aku pun nangis agaknya..

Moga tiada lagi kejadian terlajak sahur Ramadhan kali ni. Kalau berlaku lagi, kesian kat anak-anak..


StatusHati: Berjaga-jaga dalam pengambilan makanan sepanjang Ramadhan..


13 comments:

  1. ckp psl missed sahur, i missed one today huhuhu

    ReplyDelete
  2. Betul kalau tak bersahur yg kesian tu anak-anak...

    ReplyDelete
  3. bila terlalu letih alarm kuat macam mana pun susah nak sedar biasanya..kalau sedar pun Allahu..tiada daya rasanya nak bergerak :)

    ReplyDelete
  4. sabtu tu pun kitorg pun nyaris terlepas sahur..huhuhu..betul2 lagi 5 min nak azan...

    ReplyDelete
  5. Baru ni sabtu ahad alarm xbunyi lgsg. Padahal dah set. Pikir punye pikir rupenye set weekdays je.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..
    Akak setakat ni belum terlajak sahur Aiza..
    Betul tu kan.. kesian kat anak2 kalau tak bersahur..
    Bila cuti ampun sikit terlajak sahur tu..
    Boleh depa baring2 kat rumah..
    Tak lah kepenatan sangat..

    ReplyDelete
  7. Hari ini (hari ke 8), nyeris-nyaris juga terlajak. Selalu dah terjaga sebelum pukul 4, hari ini En Suami tolong kejutkan lebihkurang jam 4.15...

    ReplyDelete
  8. itulah... benda tak blh dijangka... nsb lah cuti ye kak... blh la ddk umah je tak la pnt sgt...

    kalu kt kg bila kite tak bangun sahur blh la jiran2 tlg kejutkan... kt bando nih mana lah ada kejadian gtu

    ReplyDelete
  9. Yalah Ai kesian budak2 puasa kan bila tak dapat bersahur .
    Akak buat masa ni belum pernah lah terlajak,tapi kalau terlajak juga memang semua terlajak juga lah tak bersahur.

    ReplyDelete
  10. harap aku tak terlepas sahur..huhuu..

    ReplyDelete
  11. Kalau kita terlajak sahur tu takpalahkan tapi kalau anak-anak yang tak bersahur memang kasihan. Saya set alarm dua kali. Tak cukup dengan itu, saya suruh suami saya set alarm dua kali juga. Empat kalilah berbunyi. Kalau tak sedar juga, saya tak tahulah nak kata apa dah!

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...