Followers Remaja Purba

Friday, October 30, 2015

Bila sel-sel otak berhubung..


Kisah malam tadi..

Dalam nada pelatnya dak Nuha datang mendekati..
'Ibu.. boleh tak lukis dekat sini..?' Dak Nuha mengunjukkan kertas kosong kepadaku..
'Minta babah lukis ek, babah lukis lagi cantik dari ibu..'
'Babah.. lukis kat sini boleh tak..?'

Bila dah siap.. dia ambil dan baring dekat sebelah dak Adik..
'Ibu.. ibu.. tengoklah ni ibu..'
'Wah.. gambar ikan babah lukis.. Nuha nak buat apa dengan ikan tu..?'
'Nuha nak masukkan dalam airlah..'
'Mana airnya..?'
'Tu.. Adik tengah lukis air..' sambil muncungkan mulut ke arah dak Adik..

Hahaha.. tergelak aku mendengar jawapan dak Nuha..
Tak terbayang dek akal..
Itulah dia bila sel-sel otak berhubung..


Apa yang dak Adik buat, itulah yang dak Nuha nak..
Manalah dak Adik tak geram dengan dia..



Dorang berdua ni, susah nak melekat macam ni..
Perangai dorang ni lebih kepada Tom and Jerry.. bercekau tak kira masa..
Dak Nuha pulak gedik melampau bila kena usik sikit..
Tapi kalau takde dorang ni sunyi sepi rumah..

Dak Kakak..?
Bila dah penat seharian, dalam bilik jelah tempat dia..
Bila jenguk.. lena sudah.. nampak nau letihnya..


StatusHati: Tak mahu terlepas pandang perkembangan anak-anak..


9 comments:

  1. Bila bersama rumah riuh tapi mereka tak ada sunyi kan
    Nuha dah makin pandai dah.. Dia punya khusyuk tu macam betul-betul aje:)

    ReplyDelete
  2. comel sgt..ahaha...eiii mcm geram je ngan dak nuha tuh tauuuu...

    ReplyDelete
  3. Bestnye dah ade anak, hehe, mahu jugakkkk!
    tp...kawen pun belum lagii, hehehe

    ReplyDelete
  4. hahha..kalau lukis ikan dalam air kan senang.macam boleh pulak nak diangkat ikan tu bawak masuk dalam air..heheh..bijak Nuha..

    ReplyDelete
  5. chomeyy kanns., sian akak penat tuu ;p

    ReplyDelete
  6. Hahahah comelnya anak anak you! Imaginasi tinggi!

    ReplyDelete
  7. seronok bila anak membesar depan mata..macam i ni....erm...tau2 anak dah besar dah anak dara dah....

    ReplyDelete
  8. hahahahaha bijakkkkkkk!!!!

    pandai dia relate kan dengan lukisan abg dia ihihihihi

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...