Followers Remaja Purba
Monday, October 5, 2015
Bahan Eksperimen Jerebu
Hari ni dan esok semua sekolah di Negeri-negeri Semenanjung Malaysia kecuali Kelantan, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak perlu ditutup kerana bacaan IPU berada pada tahap Tidak Sihat.
Berkebetulan pengasuh pulak balik kampung minggu lepas..
Jadi.. minta tambahan cuti dari menjaga anak-anak..
Hari ni.. nenek saudara aku tolong jagakan..
Esok.. aku kenalah cuti..
Segan weh.. nak mintak tolong selalu..
Dahlah hari Jumaat lepas nenek tolong jagakan dorang..
Terima kasih banyak-banyak nek sebab sanggup tolong jagakan dorang..
eemm..
Berkenaan Jerebu..
Negara Indonesia sepatutnya buat hebahan sebaran pada rakyatnya kesan akibat dari pembakaran terbuka tu terhadap negara sendiri dan juga negara jiran.
Bagi rakyat depa celik mata, celik hati, celik IT sikit..
Negara jiran sepatutnya boleh ambil tindakan tegas terhadap Indonesia kerana mencetuskan keadaan berjerebu yang teruk.
Bukan sekali dua masalah jerebu ni melanda negara..
Dah macam acara tahunan pulak..
Inilah jadinya.. bila berlembut tak cuba nak bertegas..
Kalau nak baik pun, biarlah bertempat..
Janganlah sebab nak jaga sangat hubungan antara negara, rakyat pulak dijadikan 'bahan eksperimen jerebu..'
Semua orang beremosi..
Semua orang terasa hati..
Tapi selama ni takde tindakan yang diambil..
Apa pilihan yang kita ada..?
Sampai bila keadaan ini akan berlarutan..?
Tahun 2015 ni.. masalah jerebu paling teruk..
Tiap kali bangun dari tidur.. selak langsir.. hampa rasanya..
Keadaan masih sama.. masih sama.. masih sama..
Entah sampai bila..
StatusHati: Selamatkanlah bumi kita dari keganasan tangan yang rakus mengejar kemewahan tanpa mengambilkira kesan negatif terhadap semua..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ingatan Purba
The author will not be responsible for any comment left by the readers.
Please comment using polite language.
Thank you.
Betul tu aiza.. mcm jadi acara tahunan kan..
ReplyDeleteDah tu kita pulak tanggung sakitnya..
semua orang emosi tak stabil termasuk i..semua gara-gara jerebu
ReplyDeletebetul tu ... mau tak emosi? stress pun hado dah ni haa.. huhu..
ReplyDeleteTahun depan, saya 98% pasti jerebu macam ni akan berulang..
ReplyDeletedan skrip yg sama, dari pemimpin kita, pun akan berulang.
sangat giler kan..
ReplyDeleteBila jerebu semua berkira-kira siapa nak cuti untuk jaga anak.
ReplyDeleteBetul tu. Acara tahunan. Nak tunggu 3 tahun baru selesai, agak kelam juga merasa asap setiap tahun.
ReplyDeleteBila jerabu, ada pihak yang suka dan ada yang duka. Tapi rata-rata ramai yang duka.
ReplyDeletemasih sama masih sama..
ReplyDeletesangat samar jalan penyelesaian
Take care..!!!
ReplyDeletealhamdulilah ..kat tempat akak dah 2 hari nampak matahari.
ReplyDeleteada terbaca kat muka depan paper aritu. katanya jerebu ni kita kena hadap selama 3 tahun lagi. sebab dorang nak clearkan hutan dorang. dengan cara tebang dan bakar.
ReplyDeletegila la kan? menyusahkan orang.
Malangnya ada juga syarikat Malaysia yg terlibat dlm pembakaran terbuka di Indonesia, akhirnya kebakaran yg mereka buat balik pula ke Malaysia...Mereka dapat untung berbilion rupiah kita di sini dapat berbilion serbuk jerebu...
ReplyDeleteKita ni kan kadang terlalu baik.. huhu..
ReplyDeletetahun2 lah dok ngadap jerebu ni..masih takde penyelesaian..
kesian kt anak2 juga yg dewasa ni terkesan sbb jerebu...
bile tgk bacaan ipu kat indon tekejut kan ...sampai 2000 hah..gilelaaa ...tak nampak ape kot.... kita kat sini 200 pun dah pedih2 mate...hope tahun depan takde laa mcm ni lagi...tiap2 tahun nak kene hadap bende ni tensen lah....
ReplyDelete