Followers Remaja Purba
Monday, October 19, 2015
Masih kabur lagi pandangan rupanya
Tiup kiri..
Hembus kanan..
Lap depan..
Sapu belakang..
eerr.. masih kabur lagi pandangan rupanya..
Jerebu masih melanda..
Lagi sekali sekolah di beberapa buah negeri terpaksa ditutup..
Berlaku ketika pelajar menghadapi peperiksaan utama..
Dari Peperiksaan UPSR membawa ke PT3..
Minggu ni bermula pulak peperiksaan akhir tahun..
Akan datang.. SPM dan STPM..?
Nauzubillahi minzalik..
“Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).”
Tak banyak sikit pasti emosi terjejas..
Bertabahlah buat semua anak-anak..
Aktiviti luaran terpaksa dihadkan malah dipantau demi kesihatan..
Ni kalau berterusan, nampak gayanya makin menggebulah kemalasan nak jogging..
Rutin yang kupandang sepi kebelakangan ini..
StatusHati: Pahit untuk ditelan tapi itulah hakikatnya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ingatan Purba
The author will not be responsible for any comment left by the readers.
Please comment using polite language.
Thank you.
jerebu ada lgi kan? kena tgktkan immune sistem dan jaga diri la gitu hehe... sy mimi, salam perkenalan :)
ReplyDeleteEsok tutup lagi sekolah.
ReplyDeleteRugi masa.
Tu lah aiza dah jadi acara tahunan menghadap jerebu ni..
ReplyDeleteYang tak tahan bila dapat sakit ni.. akak batuk tak elok2 lagi ni..
Kesian adik2..yang nak hadapi peperiksaan..Allahu..
ReplyDeleteMy boys pun patut exam minggu ni, tp darjah 1 je lah pun. Tp in a way, rasa lega juga sbb mcm ada extra time utk ulangkaji pelajaran lagi. Moga moga semua students dpt pandang penangguhan ni dari segi positif
ReplyDeletehah?Ingtkan dah slow slow berambus dah jerebu..rupanya ada lagi.Alhamdullilah kat tempat saya belajar (Kedah) ni tak effect sgt..kalau ada pon hrtuh je.....tuh pon bole dikira tak teruk sgt........Sabarlah!lama2 hilang la tuh......
ReplyDeletetu lah..
ReplyDeletekabur tak bereti nak hujannn
jerebu msh berjerebu tu...
ReplyDeleteMujor pun sekolah kat johor ni tak cuti,risau juga anak kakak yg sekolah rendah sedang pekse akhir tahun ni.
ReplyDeleteIngatkan haritu dah pulih jerebu,tapi ia kembali semula.
Tempat sy pun dh teruk sikit jerebu..adoi bilalah nak selesai kes jerebu ni..bawak penyakit n terbantut aktiviti..harap cepatlah reda
ReplyDeleteanak2 dah selamat dlm rumah tp mak yg bekrja sdg berperang dgn batuk yg teruk..adoiii
ReplyDeleteKan kak..baru nak bawak qisya jenjalan melaka..semalam dh clear tp arinie teruk balik..hurmmm..
ReplyDeletehari ni masih teruk..dijangka lambat lagi nak ok kan..
ReplyDelete