Dulu..
Ketika aku tinggal di kampung..
Mak pernah minta aku beli ikan bilis di pasar..
Aku yang kali pertama pergi tanpa orang tua waktu itu, belilah ikan bilis yang telah disiap dikopek..
Itupun penjual tu berjaya 'meracun' fikiran aku suruh beli yang dah siap dikopek.
Tanpa fikir panjang, aku beli dengan niat nak menyenangkan kerja mak..
Tapi.. apa yang aku dapat..?
Sampai kat rumah, kena bebel beb..
'Orang pemalas je beli ikan bilis ni..'
Perghh.. sentap aku..
Rupanya baru kutahu harga ikan bilis yang telah siap dikopek lagi mahal dari yang belum dikopek..
Mak bukan seorang yang kedekut tapi kami hidup tidaklah sesenang mana, jadi kenalah berjimat-cermat..
Itu yang kena bebel..
Mak.. kalau dah start bebel.. eemm.. tadah jelah telinga..
Sekarang..
Tiap kali beli ikan bilis, aku pasti akan beli ikan bilis yang belum dikopek..
Balik rumah gigihlah aku mengopek sehingga selesai..
Tapi hubby pulak bising.. kenapa nak susahkan diri..
Beli jelah yang dah siap dikopek tu..
Pernah kat pasar.. hubby suruh beli ikan bilis yang dah siap dikopek..
Memang taklah kan.. bila teringatkan bebelan mak dulu..
Walau dah berpuluh tahun berlalu tapi ianya berbekas di hati..
Beli buat stok untuk bulan puasa..
psstt: Hati ini takkan lepaskan kau pergi..
Mak i pun sama Aiza...memang dia x suka beli ikan bilis yang dah siap kopek....macam kita nak senangkan dia kan...tp xdenya..yang blom kopek tu la yang sedap kat dia...
ReplyDeleterse ikan bilis belom kopek lg sedap.
ReplyDeleteyg dah siap kopek pun balik kene belek jgk sbb tak berapa bersih kopeknya..hohoh
tiap kali balik kampung, mak saya bagi kami ikan bilis mak dah siap kopekkan.. mak saya meniaga kedai runcit.. so kalau ada masa takde buat apa tu dia duduk kopek ikan bilis.. bila saya balik dia bungkus kat kami siap2.. rindunya kat mak saya kak..
ReplyDeleterumah akak pon sama dik bulan pose kene beli ikan bilis lebih2 sebab tiap kali time sahur mesti goreng dgn bawang cili....pembuka selera
ReplyDeleteSaya pun selalunya beli yang dah siap berkopek. Saya suka yang kecil-kecil tu tapi kalau tak berkopek, masak weyh nak mengopeknya sendirian di rumah. Mahu menangis tension kopek ikan bilis je pun ^_^
ReplyDeletekira memang tak lah nak beli yang tak siap kopek. pasal pemalas hahahahaha :p
ReplyDelete