Followers Remaja Purba
Wednesday, July 1, 2015
#Cabaran20Hari Pengalaman Pahit di Bulan Puasa
Kalau boleh aku tak nak langsung cuba mengingat yang pahit..
Tapi yang pahit itulah banyak mengajar dan memberi pengajaran kepada aku.
Pengalaman pahit di bulan puasa bagi diriku..
Terkilan sangat-sangat aku rasakan..
11 tahun lepas..
'Wan tunggu along balik bawak cicit ye..'
Masa ni arwah Wan dah mula tak sihat namun masih sempat sentuh perut aku..
Tapi aku mengelak.. sebab tak nak sesiapa tahu masa tu..
Belum masa untuk semua orang tahu..
Tapi pandangan orang tua ni lain..
Wan boleh rasa.. sebab Wan yang jaga aku dari aku berusia 28 hari..
In between that, aku tak balik menjenguk arwah.. hinggalah aku selamat melahirkan dak Kakak..
Ngam-ngam aku habis pantang lagi beberapa hari nak raya..
Tak sabar nak balik kampung bawa berita gembira..
Tapi dalam pada tu, dua kejadian tak kusangka berlaku..
Kali pertama gelas pecah..
Kali kedua botol kaca pecah.. terlepas dari genggaman tangan..
Terdetik juga di hati tapi cuba menepis perasaan yang tidak elok agar menjauh..
Dipendekkan cerita..
Dalam perjalanan pulang berhari raya..
'Abang.. rasa bosanlah balik kampung kali ni..'
'Kenapa..?'
'Entahlah.. macam rasa kehilangan..'
Sampai di kampung, terus ku jenguk arwah Wan di dalam bilik..
Oh.. Terkedu aku melihat arwah..
YA!Allah.. aku tak sanggup nak melihat arwah masa tu..
Bapa saudara aku ambil dak Kakak dari dukungan aku bawa masuk jumpa arwah..
Aku tak sanggup nak tengok keadaan arwah lama-lama..
Tapi yang peliknya kenapa dak Kakak menangis..
Aku tak terfikir yang arwah akan pergi meninggalkan kami semua..
Rupa-rupanya arwah memang menunggu cicit seperti yang aku janjikan..
Arwah pergi meninggalkan kami selepas dua kali bapa saudara dekatkan dak Kakak pada arwah..
Ya!Allah.. Demi Allah..
Kalau aku tahu, aku takkan berjanji macam tu..
Aku menyesal sangat-sangat..
Terasa aku macam menyukarkan 'laluan' arwah untuk pergi..
Walhal arwah memang dah lama sakit.. cuma aku tetap rasa bersalah..
Masa mengarang entry ni pun berjuraian airmata keluar..
Alhamdulillah..
Urusan berkaitan arwah Wan dipermudahkan walau kejadian berlaku pada petang Hari Raya Pertama..
Dan.. hubby cucu menantu yang sambut arwah dalam liang lahad..
Bertambah terkilan aku tak dapat ikut serta ke tanah perkuburan..
Family tak izinkan disebabkan aku baru je habis pantang masa tu..
Arwan Wan pergi takkan kembali..
Al-Fatihah buat arwah Atok dan Wan..
Moga mereka tenang dan damai di sana..
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015.. Day 5
psstt: Aku yang bersalah.. maafkan aku..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ingatan Purba
The author will not be responsible for any comment left by the readers.
Please comment using polite language.
Thank you.
Semoga rohnya tenang dan damai di sisi Maha Pencipta lagi Maha Pengasih...
ReplyDeletesalam ramadhan, alfatiha juga utk arwah .,
ReplyDeleteSob..sob....akak teremosi pagi ni...sedihnya...
ReplyDeleteAl fatihah
ReplyDeletesemoga ditempatkan di kalangan yang beriman
ReplyDeleteaduh sedihnya lah kak... msti rsa terkilan tak sudah... dek kerana kekhilafan kita... sbb tu kalu mak atau atuk asik tanya2 bila nk balik dana cari jgk masa utk balik kg jenguk diaorg walaupun dpt duk kg semalaman je...
ReplyDeletealfatihah bt arwah wan akak moga rohnya dicucuri rahmat
:( alfatihah..
ReplyDeleteAllahuakhbar....
ReplyDeleteterkedu baca kak T___T
moga arwah tenang disana dan bersama para solehin amin amin
memang perit bila kehilangan orang tersayang....alfatihah untuk arwah semoga tenang di sana
ReplyDeleteAllahu...Deep story..with deep meaning..sabarlah kak..tu semua dugaan...sgguhpn tlh lama brlalu... Along tahu, pglmn sbgitu mg sukar dlupakan..
ReplyDeleteAku pun dah kehilangan abah lebih 5 tahun. Kerapkali aku merasakan kekilanan kerana abai dalam berbakti kepada dia.
ReplyDeleteNamun aku masih bersyukur kerana masih memiliki mak dan juga ke 2 mertua. Justeru itu, kali ini aku tidak mahu kekilanan itu berbuah 2 kali.
al-fatihah..;(
ReplyDeleteal fatihah untuk arwah.
ReplyDeleteterimakasih dtg ke blog saya.
Semoga rohnya tenang di sana. Lea yang baca pun menitis air mata
ReplyDeletesedihnya...tapi tu bukan salah sis...
ReplyDeletejangan terus rasa bersalah ok...
al fatihah...
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman..
ReplyDeleteYa Allah..sedihnya kisah ni. Tak dapat nk bayangkan sepenuhnya namun saya pasti sedih sangat keadaan masa tu.. dengan anak masih merah kehilangan nenek yang tersayang.. insyaAllah arwah tenang di sana bila ada anak cucunya yang baik2 dan mendoakan beliau..
ReplyDeleteal fatihah. tabahkan diri
ReplyDeletealfatihah... mmg perit tapi jgn hambatkan diri dgn rs bersalah
ReplyDeleteAlfatihah buat arwah Wan. Sebak pulak ketika membaca pengalaman pahit Aiza ni. Yalah, kita sebagai manusia biasa bukan tahu bila jodoh pertemuan, ajal dan maut. Mungkin sudah sampai masanya ketika itu, sebaik sahaja dapat melihat cicitnya...
ReplyDeleteAlFatihah, semoga arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang soleh...
ReplyDeleteSalam takziah... Al Fatihah Semoga roh wan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman... :(
ReplyDelete