Followers Remaja Purba
Friday, June 19, 2015
Jumaat Pertama Ramadhan 1436H
Semalam..
Alhamdulillah smooth je perjalanan pergi dan balik kerja..
Rutin harian pun takdelah terbalik teruk sangat..
Gagah bersilat di dapur menyediakan menu berbuka puasa walau tidak sihat..
Hari ni..
Masih gagah menyediakan juadah bersahur..
Menjadi supermom ni memang kena kuat sentiasa walau diri tak sihat..
Migrain pulak datang tanpa segan-silu menyerang..
Bertambah rasa berat kepala ni bila tersekat dalam kesesakan jalanraya pagi tadi..
Kronologi pagi tadi..
6:50am - Tol Subang Jaya..
Masa ni masih mampu tersenyum lagi.. cerah harapan sampai awal ke pejabat..
Tapi..
Lepas tol menuju susur Federal Highway.. kesesakan bermula..
SATU JAM kemudian baru sampai ke pejabat yang pada kebiasaannya ambil masa tak sampai 20 minit pun..
Harapan yang cerah terus kelam rasanya..
Betapa sesaknya Federal Highway..
Betapa bertabahnya aku hadap kesesakan tersebut dalam menahan sakit kepala..
psstt: Nak duduk dalam gelap.. huhuhu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ingatan Purba
The author will not be responsible for any comment left by the readers.
Please comment using polite language.
Thank you.
Perghh dulu sy penah duk kelang taula federal hway ni camana...sabor ajela ye...hee
ReplyDeletesabar ya
ReplyDeletesabar ya
ReplyDeleteikut nyimak gan
ReplyDeleteAi ni selalu sakit kepala. Tak boleh makan luar yg banyak ajinomoto/garam tu kakak rasa. Elakkan. Pelan-pelan kurangkan.
ReplyDeleteSatu lagi cubalah blend daun inai, tepek seluruh kepala - bau tak sedap tapi dia ubat tau. Kena buat selalu mana tahu serasi. Jgn bimbang rambut kita hitam kalau guna daun inai dia tak merah pun pada rambut, lainlah org yg ada uban memang akan jadi perang.
dah la sakit kepala.setakat masak tu oK lagi.kena harung jam memang tak Boleh handle
ReplyDeletefederal highway memang sentiasa sesakkk
ReplyDeletedekat sini walau jem seciput tu je pun dah bebai rasa nya
ReplyDeleteBulan puasa ni paling saya tak tahan kesesakan luarbiasa. Walaupun waktu habis pejabat sama saja, kesesakan dek bulan puasa bermula lagi awal yang menyebabkan saya boleh terlewat 30 minit daripada biasa. Mujurlah tahun ni jalanraya tak sesak sangat dari pejabat ke rumah saya. Syukur bab itu!
ReplyDelete