Followers Remaja Purba

Sunday, June 28, 2015

#Cabaran20Hari Pengalaman Sahur


Selepas berjaya menyahut cabaran dengan entry di SINI..
Makin seronok pula aku rasa..
Dapat berkongsi cabaran dengan mereka yang turut menyertai..
#Cabaran20Hari..


Tajuk: Pengalaman Sahur..

Zaman budak-budak dulu..
Selagi tak kena kejut, selagi itulah aku tak bangun untuk makan sahur..
Mak akan pastikan kami bersahur..
Sebagai sumber tenaga siangnya..
Zaman budak-budak, mana reti dok dendiam..


Kemudian..
Zaman Remaja Purba..
Mak dah jarang kejutkan..
'Belajar bangun sendiri.. awak bukan budak-budak lagi..'
Dalam pada mak bebel-bebel manja, mak tetap siapkan hidangan untuk kami..


Kini..
Zaman Mak Budak..
Hidup macam roda..
Bila dah jadi mak budak ni, aku pulak yang kejutkan family kecikku..
Kalau aku tak bangun, confirm semua terlajak sahur.

Pengalaman tinggal di tempat aku sekarang ni..
Tiap kali bulan Ramadhan pasti akan kedengaran jeritan..
SAHUR.. SAHUR..
Suara bekas anggota tentera kedengaran di SINI..
Setakat ni baru dua kali aku miss tak dengar suara beliau..
Terlewat bangun.. hehehe..
Moga beliau sentiasa kuat dan sihat dalam menjalani rutin harian hendakNYA..

Terlewat bangun..
Melompat dari katil aku rasa..
Susah hati kalau semuanya tak bersahur..
Kalau aku sorang je takpe.. bila melibatkan family kecikku memang tak sampai hatilah..
Tetap berusaha agar semua sempat bersahur..

Terlajak sahur..
Ini memang cukup dikesalkan..
Biasa berlaku dah dekat nak raya.. tapi baru hari keempat puasa dah terjadi..
Nasib baik hujung minggu jadi takdelah ralat sangat..
Kalau tak, kesian anak-anak.. kekurangan sumber tenaga..
Memang bertabahlah telinga dengar rengekan anak-anak 'lapar' sebab tak bersahur..


Menghayati sunnah sahur ada pelbagai hikmah di dalamnya..
Melatih diri untuk bangun sebelum waktu fajar untuk beribadah kepadaNYA.. selain dari memberi sumber tenaga di siang hari..

Keberkatan dari bersahur..
Memperoleh ganjaran dan pahala dariNYA..
Satu sunnah Rasulullah S.A.W..
Memberi kekuatan dan mengurangkan keletihan di siang hari..
Memberi sedekah kepada mereka yang turut bersahur..
Malaikat mendoakan mereka yang bersahur..


psstt: Berusaha untuk menenangkan diri..



10 comments:

  1. kalau kita terlepas sahur mmg boleh bertahan..kalau anak2 kecik..mmg kesian..

    ReplyDelete
  2. Bila throwback semua.....mmg seronok dizaman kita kecik2 dulu kan..

    ReplyDelete
  3. mmg suka dgn cabaran ni dpt membaca pengalaman kawan2 blogger menulis tajuk yg diberi...wah kat taman perumahan ai ada insan baik yg sanggup bersuara membangunkn mrk yg sepatutnya bersahur ya...bagus sekali khidmatnya...moga Allah memberkati n merahmati kehidupannya. untung ai xperlu set jam....gurau jer.

    ReplyDelete
  4. ohhh .. seronok pulak tau baca pengalaman org bersahur nih.. heheh..
    ai cerita cerita pasal pengalaman sahur,kita yang baca ni mengimbau sekali kenangan lama gituh..

    ReplyDelete
  5. bersahurlah walaupun dengan sebiji kurma

    ReplyDelete
  6. Teringat kat ostel kengkawan dok sebut sahur sahur

    ReplyDelete
  7. Lupa nak bagi tau adik memang contest kat blog akak ye pi terjah cepat...tahniah :)

    ReplyDelete
  8. kan kalau terlajak sahur dah jadi mak budak ni alahaiiiii. perot sendiri takpe lagi tapi bila terkenangkan perot mereka rasa menyesal sepanjang hari tu!!!

    ReplyDelete
  9. Kalau dulu emak yang kejutkan kita tapi sekarang ni memang kita pulak yang kena kejutkan suami dan anak-anak. Kalau kita tak sedar, memang semua pun tak bersahurlahkan.

    Saya selalu bersahur pukul 5 pagi. Kebetulan pulak pagi ni letih sangat lepas sahur terus tidur balik! Akibatnya 6.30 pagi tersedar terus lompat katil. Anak nak kena pergi sekolah sebelum 7 pagi sebab tak suka kalau kena tulis nama kat pondok pengawal katanya!

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...