Followers Remaja Purba

Friday, June 5, 2015

Walau aku bukanlah yang terbaik tapi percayalah..


Dah lama hubby tak outstation..
Bila sesekali takde dekat rumah.. anak-anak mencari..
Bangun pagi tadi..
Alhamdulillah.. memasing mendengar kata..
Pergi kerja pun smooth je jalan.. cuma bila dah masuk Federal Highway tu eemm.. pepaham jelah..

Rutin harian..
Macam biasa.. sesekali perasaan tak enak hadir, itu yang kekadang entry dalam blog pun jadi semacam..
Nak luah tak boleh.. kubagi hint..
Tak faham jugak ku print screen..
Malas nak faham.. ok.. ku cari lain.. kahkahkah..

Hari ni..
Sambil menaip ni sambil terfikir nak bercerita apa..
Bukan takde idea.. cuma kebanyakkan dari idea tu lebih menjurus emosi dalaman aku..
Jalan terbaik.. biarlah kita bercerita secara santai.. yang tidak melibatkan emosi bagai..

Maafkan aku..
Aku belum sempat nak membalas kunjungan..
Bila tengah free, aku uruskan hal aku.. jadi setakat ni blog bukan keutamaan aku..
Tapi di sinilah tempat aku luahkan perasaan pelik-pelik yang ada dalam diri ni..
Terima kasih pada semua yang memberi pandangan dan nasihat..
Aku cuba perbaiki mana yang kurang.. muhasabah diri kerana aku bukanlah sebaik yang disangka..

Dah lama sebenarnya aku tak berada di dalam keadaan macam ni..
Menaip apa saja yang terlintas difikiran..
Alah.. cakap jelah nak test kepantasan menaip.. kehkehkeh..

Moga aku berada dilandasan terbaik.. fikir yang baik-baik.. buat yang terbaik..
Walau aku bukan yang terbaik tapi percayalah.. kau tetap dalam hati dan ingatan..
'Menuju aku kepadamu.. jadi satu.. meraih kasih kita..'
'Jauh terbawa lukisan hatimu..'


psstt: Berdebar-debar kerana dirimu..



10 comments:

  1. sendirian lecih tenang untuk berfikir jauh merenung dalaman diri..

    ReplyDelete
  2. apakah itu.. yang pasti itu lagu akim.. :)

    ReplyDelete
  3. Slam Jumaat!

    Singgah Blogwalking....:)

    jemput baca entri tentang masalah "wanita"
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/06/hilangkan-keputihan-dengan-alfalfa.html

    ReplyDelete
  4. Kenapa berdebar debar ni? Moga semuanya baik baik saja

    ReplyDelete
  5. aik berdebar tunggu suami balik ke ... hehehe

    ReplyDelete
  6. Yer la...emosi akk pun terumbang ambing

    ReplyDelete
  7. sesekali berjauhan dgn suami..menambah rasa cinta dan rindu..

    ReplyDelete
  8. Apa yang buat berdebar-debar ni, Aiza? Sebab berjauhan dengan suami ke? Apa-apa pun semoga segalanya menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Kalau ada pun yang kita tak suka, moga ia cepat berlalu. Adatlah bila dah sibuk dan banyak urusan, kena tinggalkan blog sekejap!

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...