Followers Remaja Purba

Friday, April 17, 2015

Tapi.. macam mana aku boleh jatuh cinta dengan kambing..?


Belek-belek.. godek-godek.. jumpa gambar ni..
Sebenarnya gambar ni gambar lama..
Masa ni hubby yang teringin nak makan so layankan jelah sebab aku memang tak makan kambing..
Hubby dengan anak-anak je yang makan, aku tengok jelah masa tu..

Sate Kambing..


DULU..
Aku bukanlah penggemar kambing, tak suka sebab bau dia..
Pujuklah macam mana, memang aku takkan makan..
Tapi.. macam mana aku boleh jatuh cinta dengan kambing..?
Chef Hubby punya kerja..

Kisah ni berlaku tahun lepas..
Hubby dajalkan aku dengan menu kambing setiap hari selama seminggu..
Dahlah tu, siap kena paksa makan kambing lagi..
Memula, jangan tanyalah.. memang kembang-membang tekak.. sebab aku bayangkan kambing tu kan tak mandi.. busuk pulak tu.. huhuhu.. macamlah ayam tu mandi..

'Tak baik kata macam tu.. Rasulullah S.A.W sendiri menyukai kambing.. kalau tak suka pun janganlah menghina apa yang diciptakanNYA.. kita ni pun tak sempurna mana..' Oh!Sentap aku dengan kenyataan HuBby macam tu..

At the end..
Aku cuba 'menyintai' kambing.. takmo dah bayangkan yang tak elok-elok pada haiwan yang diciptakanNYA itu..
Takmo aku.. insaf dah.. tak baik bersangka macam tu..


DAN.. sekarang..
Tak usah dipelawa..
Aku sendiri yang gedik manja pada hubby ajak makan kambing..
Dah semakin serasi aku dengan kambing..
Jatuh cinta tahap tertinggi dah ni..
Ni pun sambil menaip dok terbayangkanmu wahai daging kambing..
Tak dapat yang bakar, dapat yang golek pun jadilah.. tak pun kari jelah..
Dari perut kenyang boleh jadi lapar balik macam ni..
Hah.. amik.. penangan kambing..



psstt: HuBby.. I miss that moment.. Luv u till the end..


9 comments:

  1. Kakcik dulu pun tak makan kambing. Tapi dah lupa pulak bila kakcik mula suka makan kambing ni... :)

    ReplyDelete
  2. saya pun x suka kambing sis... bila kawin ngn en husben baru suka makan kambing gk,,,

    ReplyDelete
  3. Saya pun sekarang suke kambing.. dulu tak suke sebab bile makan daging jambing jer, kepala sakit.. huhhu

    ReplyDelete
  4. Akak tak makan kambing..so harap2 jgn la berjangkit perangai awak ya hehe

    ReplyDelete
  5. yan suka kambing..mee bandung kambing sedap sangat :-))

    ReplyDelete
  6. Haha.. samalah ya.. entah kenapa masa kecil lauk kambing tak nak makan..sekarang ni pulak pantang jumpa memang itu yang makan dulu.. lagi2 kambing golek ke kambing briyani ke ai lamb chop ke.. hai..sedapnya..

    ReplyDelete
  7. Metos orang Melayu menyatakan makan daging kambing boleh menaikkan tekanan darah. Tapi mengikut doktor kandungan lemak dan kolestrol dalam daging kambing adalah jauh lebih rendah berbanding daging lembu. Cuma nak makan daging kambing selalu boleh menyebabkan pening kepala (sebenarnya pening poket) kerana harga daging kambing lebih mahal dari daging lembu..

    ReplyDelete
  8. suka sgt dgn kambeng sejak menjak belajar makan nasik arab..huhu

    ReplyDelete
  9. Oh, samalah kita! Saya pun tak boleh makan daging kambing sebab bila nak makan aje terbayang kambing tengah meragut rumput. Bukan apa-apa pun tapi bayangan tu boleh jadi memualkan sampai tak lalu nak makan.

    Saya pun pernah kena 'pedajal' dek suami. Dimasaknya pilaf letak daging kambing. Yang kita ni buta daging, lembu dan kambing pun tak kenal makanya sedap alahai makan. Padanlah layanan suami sikit punya baik suruh dok tambah nasi rupanya ada kambing di sebalik nasi. Sempatlah gaduh manja sebab kena tipu :)

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...