Memancing..?
Bila sesekali hubby ajak pergi memancing.. anak-anak pasti teruja..
Aku apatah lagi..
Setakat ni hanya dak Adik yang hubby bawa pergi memancing di kolam ikan..
Satu-satunya anak bujang hubby.. sanggup temankan babah dia sampai awal pagi..
Dak Kakak tak puas hatilah bila dia tak dapat ikut..
Bukan apa.. kalau pergi siang aku tak kisah lagi.. ni the whole night ok..
Memang taklah aku izinkan.. hubby pun memang tak akan bawak..
Sudahnya, nak lepaskan gian dak Kakak..
Hubby bawak ke tasik dekat area rumah..
Oklah kan.. aktiviti santai di hujung minggu..
Belajar cara-cara nak tangkap ikan..
Riuh-rendah dengan gelagat dorang.. hubby cuma memantau je..
Bagi dorang rasa kata hubby..
Aku..?
Memancing boleh hilangkan stress..??
Yes.. sangat-sangat..
Memang sangat melegakan..
Sebab apa..
Rumah akan sunyi sekejap bila hubby ajak dak Kakak dengan dak Adik pergi memancing..
Kalau tak.. macam Tom and Jerry dalam rumah..
Dak Adik memang kuat menyakat.. sekarang yang jadi mangsa dak Nuha..
Dak Nuha pulak pelakon terhebat.. kuat mengadu.. huhuhu..
Memang tenang hilang stress sekejap bila dorang takde..
Tapi bila lebih 2 jam dorang tak balik mulalah aku dok mesej dok call hubby bila nak balik..
Mana boleh wei.. sunyi sepi rumah.. aku pulak mati kutu rasanya takde point nak membebel..
Hubby siap belikan pancing sorang satu..
psstt: Kuatkan semangat.. demi mengejar impian bertabahlah..
Ohhh....hilangkan stress mama dialah yeh hihi... Senyap sunyi kat rumah. Betul tu AM, sebenarnya best tau duk sorang sorang kat rumah hihi....
ReplyDeleteTak pernah memancing pun....dulu masa kecik adalah
memancing boleh hilang stress eh...mancing lama sangat la Aiza...baik menjala...sekali tebar je banyak dapat...
ReplyDeleteahaha. seronoknya.. rajin hubby layan anak anak.
ReplyDeleteDak Uwais tu seronok kak abi dia dah ada sama. makin kembaQ siam jadinya. langsung taleh ilang depan mata. semua Abi...
Hohoho... ingatkan apalah tadi. Baru nak kata inilah perempuan pertama yang I tahu suka memancing. I memang tidaklah sesuai jiwa raga dengan hobi memancing ni.
ReplyDeleteBudak-budak kalau ada kat rumah memang suka bercakaran sampai penat kita ni lontar suara tapi bila takda, rindu pulak riuh rendah suara mereka tu!
sesekali memancing ni pun best juga, tpi stress bula tak dpt ikan hehehe
ReplyDeletehahahahahaha kannnnnn bila ada kita bingit telinga bila lamaaaa takde pulak kita panas bontot tak senang duduk
ReplyDeleteAssalam aiza,
ReplyDeletekaaaaaaaaaannnn
bila ada stress
bila takda rindu gitew he3