Followers Remaja Purba

Thursday, April 23, 2015

Seorang wanita bersalin di tepi highway NKVE


Dulu... lama dulu..
Pernah terdetik di hati..
Macam best je kalau dapat anak yang lahir Tahun Naga..
Takdelah percaya dengan mitos disebaliknya..
Dan.. aku takdelah taksub dengannya..

Siapa sangka siapa menduga..
Preparation untuk dia pun aku buat last minute..
Takdelah beria bagai..
Sekadar mencukupkan keperluan yang ada..

Masih kuingat..
Betapa beraninya aku ambil risiko melewat-lewatkan untuk pergi ke hospital..
Dalam sakit contraction yang semakin kerap ketika itu..
Aku juga bernasib baik, sepanjang perjalanan jalan tak sesak..

Bayangkan.. kalau jalan sesak..
Aku rasa.. tercatat dalam sejarah..
"Seorang wanita bersalin di tepi highway NKVE ketika berhadapan kesesakan dalam perjalanan menuju ke Hospital"

Alhamdulillah..
Selamat sampai.. selamat check in di Wad Bersalin, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)..
Sempat fikir macam mana nak meneran untuk melahirkan selepas 5 tahun tak melahirkan..
Segala peralatan untuk menyambut kelahiran belum sempat disediakan.. akhirnya aku dah bersedia nak meneran..
Sangat mudah.. sangat senang..
Berkat doa hubby, family kedua-dua belah pihak..

Kronologi:
9:00 pm dari rumah..
9:45 pm sampai di Wad Bersalin, PPUM..
10:15 pm dah serah diri dalam bilik bersalin..
10:33pm detik kelahiran..
Nampak tak jarak di antara masa tersebut sangat dekat..



Kisah 3 tahun lepas boleh baca di SINI..


Hari ini...
23 April 2015..
Genap 3 tahun usiamu..

SELAMAT HARI LAHIR BUAT DAK NUHA..
Moga menjadi anak solehah dan dilindungiNYA sentiasa..
Nak peluk tak boleh..
Nak cium apatah lagi..
Sebab la ni dak Nuha kat kampung.. huhuhu..


psstt: Dak Nuha yang cemburu bila aku sebut 'sayang baby..'


15 comments:

  1. pengalaman yang indah kan sis...happy birthday nuha.. semoga membersar dengan sihat..

    ReplyDelete
  2. Happy birthday sayang...
    Sama hari dgn anak sulung auntie tapi dia dah 19 tahun.

    Kental dalam mengejar cita-cita. Berani tampil dikhalayak ramai, selalu dijadikan ketua dlm perkumpulan sejak di sekolah rendah hingga di U dia sekarang ni.

    Mungkin Nuha pun begitu agaknya.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum
    singgah pagi khamis
    sangat indah :)

    ReplyDelete
  4. waaa...sngnya bsalin...fuhhhh...

    mcm kwn sy x sakit cuma turun darah setompok.
    p spital check dh 7 cm.x smpai stgh jam dh bsalin tnpa jahit.

    hepi besday Nuha :)

    ReplyDelete
  5. Selamat hari lahir untuk Dak Nuha yang comel. Ruginya Dak Nuha takda kat sebelah, kalau tidak... habislah pipi kena cubit, dik oi :)

    Saya ingat Dak Nuha ni sebaya Adik Cute rupanya Adik Cute setahun lebih tua!

    Suspen je tajuk. Ingatkan betullah ada perempuan bersalin di tepi highway. Huhuhu....

    ReplyDelete
  6. Happy birthday Nuha... mana gambar?

    Makchaq mula baca blog Ai masa Ai dalam pantang lepas bersalinkan Dak Nuha.. maknanya dah 3 tahun la makchaq baca blog Ai..

    ReplyDelete
  7. nasib baik tak terberanak kat tgh highway ... hehehe


    selamat ulang tahun kelahiran dak nuha ..semoga jd ank yg berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  8. happy bday nuha=)) semoga membesar jadi anak yang solehah dan berbakti pada kedua ibu bapa

    ReplyDelete
  9. selamat ulang tahun nuha...:-))

    semoga membesar dengan baik....

    ReplyDelete
  10. happy birthday nuha...moga jd anak solehah..

    ReplyDelete
  11. Hepi bisday Nuha, semoga dia membesar sebagai muslimah yang solehah hingga ke jannah...

    ReplyDelete
  12. ye ye je baca tajuk, suspen plak..
    selamat ulang tahun dak nuha..cian mama rindu tak dapat nak peluk..

    ReplyDelete
  13. hepy besday Nuha sayang. moga berjaya jadi anak solehah yang berjaya dunia akhirat

    alhamdulilah sekejap je kan kak dah selamat keluar

    ReplyDelete
  14. Assalam aiza,
    waaaaaaaa
    title uols kerlas he3

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...