Followers Remaja Purba

Monday, July 30, 2012

Rindunyeee nak BW..



Hari ni aku letih teramat ---> proses pemindahan dan pengemasan barang-barang aku..
InsyaAllah.. esok akan bermula tugasan dari tempat baru ---> pindah tingkat je pun..

Nak update pun tak sempat tapi nak bagi tau kat korang yang aku rindukan korang.. Nak baca entry-entry korang.. Rindu sangat-sangat ---> Korang jangan lupakan aku ek..

Kalau sebelum ni banyak je masa senggang sampai mataku jadi tamak nak baca entry kat blog mana dulu tapi sekarang rutin harian aku dah berubah 360 darjah..

Kalau ada option, aku lebih suka dok bersantai kat rumah tapi apakan daya.. masih belum mampu ke arah tu..




psstt: Letihnya badan..

psstt lagi: Petang ni nak pergi BARAM lah (Bazaar Ramadhan).. teringin pulak ---> padahal tak pergi pun tak ape, saje nak cuci mata..

last psstt: Menghitung hari nak cuti lagi..



Friday, July 27, 2012

Penat + Tertekan = SYMP


Sebelum cuti panjang hari tu, ura-ura untuk pindah (pindah tingkat je pun..) akan dilaksanakan dalam waktu terdekat cuma tarikhnya tak tau bila, kiranya aku standby kemas tempat incase kalau proses pemindahan tu berlaku time aku cuti panjang tu ler..

TAPI..
Ianya hanya berlaku selepas seminggu aku lapor diri..

DAN..
Sepanjang tempoh tersebut keadaan aku:

Penat ---> teramat.. nak pulak masa kejadian.. bulan puasa..
Tertekan ---> yes..  I am..!!
SYMP ---> saya yang menurut perintah ---> kalau tak turut nanti dikatakan ingkar..





psstt: Ni pun banyak aku off record.. jadi tak banyaklah korang tau keadaan yang sebenar..

psstt lagi: kalau takde apa-apa aral.. esok aku datang office, kemas buat kali terakhir..

last psstt: Nak luahkan perasaan tapi tersekat kat sini..



Thursday, July 26, 2012

Saya ok takde pape.. Ibu pergilah berbuka..



Ramadhan kali ni berbeza sejak hadirnya dak Nuha dalam lingkungan keluarga kecik aku ni.. Bertambah seorang lagi ahli keluarga.. Dan.. setakat ni dak Nuha takdelah meragam time waktu berbuka.. Macam dia tau-tau yang aku sibuk bersilat kat dapur..


CUMA.. yang tak bestnya + sedihnya..

Berbuka petang semalam..
Dak Kakak dengan dak Adik tanya babah dorang balik tak berbuka kat rumah.. Aku katakan yang babah tak balik, kerja jauh.. Spontan dak Kakak kata.. 'Ibu.. yang ni kita makan, yang ni pulak untuk babah ek..' ---> mintak aku asingkan untuk babah dorang..

Sedih aku.. tapi nak buat macam mana.. bukan babah sengaja nak tinggalkan kita tapi tuntutan kerja.. Nanti hujung minggu kita ajak babah keluar ek..




psstt: Rasa tenang je tengok dia kan.. ;)



psstt lagi: sssyyyy.. jangan ketuk kuat sangat keyboard tu, nanti Nuha bangun.. ;)

last psstt: Esok nak bawak dak Nuha ke PPUM, nak kena 'cucuk'.. nih confirm high note dia keluar macam hari tu.. kihkihkih..



Wednesday, July 25, 2012

Tauler Bil Air Tertunggak..



Boleh pulak aku tak perasan terpampang jelas bil air aku kat atas dashboard kereta.. Ni kes semalam masa parking kereta kat rumahler ni.. Nasib baik pagi tadi cuaca gelap lagi, takdelah yang perasan kot.. Kihkihkih.. ---> selingan di pagi hari..

Ok, sila abaikan tajuk di atas..



Dalam dua minggu ni aku memang takkan dapat BW, tengok pun sepintas lalu..

Ini penyebabnya:
  • Kerja memang tengah banyak nak catch up balik..
  • Tengah sibuk packing barang nak pindah tingkat.. ntah yang mana satu dulu aku nak clear kan aku pun tak tahu.. cuma bernasib baik aku dah siap pack sebahagian barang-barang aku sebelum cuti panjang hari tu.. ---> alah.. macam banyak sangat barang..
  • Balik kerja dah memang sibuk dengan rutin kat rumah pulak, cukup time <--- tidur..
  • Kena bangun awal takut lewat ---> maklumlah sekarang dah bertambah sorang lagi ahli keluarga, maka masa kena tepat dan cepat serta tangkas ---> yelah sangat..

DAN..
Aku cuma berharap hujung minggu ni aku dapat menghabiskan masa dengan singgah ke teratak korang.. Moga apa yang aku rancang berjalan dengan lancar, kalau tak semua.. sebahagian pun jadilah..



AKHIR Sekali..


Hari pertama bersahur.. ku umpan dak Kakak dengan menu ini.. Tajam betul selera pepagi sahur tu.. 
Dak Adik jangan tanya.. kejut takmo bangun.. sayang sangat nak tinggalkan selimut dengan bantal dia tu..


Aku sambil layan dak Kakak, masih sempat update sebaris dua masa tu..
(la ni masa memang mencemburui aku..)





psstt: Bulan puasa ni, sesaknya lain macam.. kelam-kelibut aku tengok ---> ke aku yang nak cepat..

psstt lagi: Bulan puasa gak, blog yang jarang atau tak pernah tepek gambar makanan, dok asyik tepek makanan ---> aku lagiler tu..

last psstt: Last but not least.. buat pengubat rindu kengkawan.. Nuha bersama Abangnya.. dak Kakak dah tidur ---> penat sangat..


last last psstt: acik.. uncle.. jangan lupa kat kami ye.. ;)



Monday, July 23, 2012

Lappy vs Komputer vs Menulis..



Selamat kembali.. welcome back..
Hari ni adalah hari pertama aku mula bekerja..

Perasaan: Dari tadi tak berganjak dari tempat duduk.. dok hadap men'delete' emel yang berlambak *naik juling dah mata ni..*

Aku dah lama dok belek lappy rasa janggal pulak nak hadap balik komputer.. Nak menulis lagilah rasa 'pelik'.. Maklumlah sepanjang cuti panjang ni, dok kelek dak Nuha je..

Inilah yang aku kena hadap sekarang.. 3 bulan puas aku hadap picit tekan lappy kat rumah, la ni kena hadap pulak komputer kat office.. Guna tikus..? Tikus untuk lappy aku tak beli-beli lagi sampai ke sudah..


Minggu pertama kerja..

  • Tak pindah lagi rupanya.. masih ditempat lama..
  • Nak catch up balik kerja-kerja aku.. ada beberapa penambahbaikan sepanjang aku cuti panjang..
  • Ada penambahan ahli dalam Bahagian aku sejak bulan Mac hari tu..
  • Aku rasa.. nak sambung cuti lagilah.. tak pun 'cuti terus'.. best wooo dok rumah.. tapi hubby cakap lagi 2 tahun nak 'menambah'.. aku takmo cuti 3 bulan lagi.. nak 'cuti terus'..
  • Nak online..? Ni bukan rumahler..



psstt: Baru beberapa jam.. aku rindu gila kat dak Nuha ni.. sabar mak budak.. sabar..

psstt lagi: Banyakkkkkkkk aku nak update kat blog tapi bagi aku hadap yang kat office ni dulu..

last psstt: Sedih + sayu je nak tinggalkan dak Nuha pagi tadi..


Saturday, July 21, 2012

Kurma dah sampai, nak letak mana ni..



./TT_l"""""""""l
'-'o'-'o'----'00'--'


Pooooonn..!!
Pooooonn..!!




Tepi sikit..
Ni kite hantar buah kurma 1 lori untuk buat bekalan bulan puasa ni..



SELAMAT BERPUASA kepada kengkawan semua..




psstt: ..

psstt lagi: 3 Ramadhan bersamaan 23hb. Julai 2012.. jeng.. jeng.. jeng..

last psstt: Moga hubby sempatlah hendakNYA sampai ke rumah sebelum berbuka puasa petang ni..




Thursday, July 19, 2012

Apa kes ni..


Tengahari semalam boleh pulak dak Kakak gedik manja dengan aku mintak hantar ke sekolah.. Alah.. kalau nak diikutkan lebih dari sempat naik van acik Sabri tu.. saje nak gedik manjaler tu..

Sekolah dak Kakak ni dalam kawasan kampung ---> dari bandar aku pindah dok kawasan kampung.. tapi kerja masih kat tetengah Bandaraya P.J nun..


Kes Pertama:
On the way nak hantar dak Kakak.. aku dah standby signal nak masuk ke kiri aku.. tapi kereta bertentangan dengan aku boleh pulak masuk dulu.. dah tu.. teragak-agak.. Sepatutnya dia bagi aku masuk dulu sebab simpang tu memang berada di sebelah kiri aku ---> bukan bertentangan dengan aku.. (Korang bayangkanlah camane ek, nak terangkan dalam bentuk lukisan aku bukan major dalam lukisan..)

Walaupun geram tapi hatiku sejuk sikit sebab akak tu angkat tangan sebagai tanda mintak maaf.. ok.. aku puji tindakan akak tu.. Bila follow belakang kereta dia.. eeemm.. sama ramai anak-anak dalam kereta dia tu dengan kereta aku.. Takpelah kak.. lain kali jangan buat macam tu lagi.. bahaya.. tak kena semalam, lain kali belum tentu selamat.. Bukan mendoakan tapi mengingatkan..


Kes Kedua:
On the way balik rumah.. sorang makcik ni bawak motor + ada sorang budak dok belakang dia.. Kalau ikutkan takdelah laju pun.. aku follow pun takdelah rapat mana.. sekadar nak tengok reaksi makcik tu aje.. Tup tup.. masuk satu simpang kecik tepi jalan tu.. tak bagi signal.. oh! Makcik.. Tolonglah jangan buat aksi cenggitu makcik.. bagi makcik mungkin selamat.. tapi pengguna jalan yang lain..


Kes Ketiga:
Ni pagi semalam.. lagi sakit hati.. ni memang kena maki carut dek aku.. Aku dah dekat, dia boleh keluar simpang.. Dah tu.. buat selamba bodoh dia je.. yang ni kalau ada yang pandu laju masa tu memang tak sempat elak dah.. Ntah sekolah mana dia belajar memandu agaknya.. tak menyempat-nyempat nak keluar simpang..


Kes Seterusnya:
Tunggu aku lapor diri nanti.. tak lama dah.. minggu depan je..




psstt: Bulan Ramadhan hampir menjelang tiba.. Hari pertama puasa nanti turn taman aku menyediakan makanan untuk berbuka puasa di Masjid At-Taqwa..

psstt lagi: La ni.. kat sini hujan di waktu pagi yang agak lebat.. maka bolehlah bermalas-malasan kejap dengan lappy..



Wednesday, July 18, 2012

Dah taip.. padam.. dah taip.. delete..



Memang betullah kalau ikut entry semalam..

Dah taip.. padam.. dah taip.. delete..

Bukan takde idea nak buat cuma.. dalam kotak fikiran aku sekarang ni banyak pulak entry berunsur negatif.. Aku seboleh mungkin taknak share yang negatif berbanding positif tapi adakalanya yang negatif tu kita boleh jadikan iktibar dan pengajaran..

Aku nak bagi hint pun tak boleh sebab takut ada yang sentap pulak nanti dan mungkin jugak aku ni bukan penglipurlara yang pandai memanipulasi watak dan keadaan.. Sudahnya.. hubby yang jadi tukang tadah telinga.. Tak dapat cakap.. aku sms.. tak dapat sms aku misscall.. pastu return call.. kan jimat credit aku tu.. bijak kan aku..



psstt: ...

psstt lagi: ...

last psstt: sini pun taip.. padam.. taip.. delete jugak ke..?

Tuesday, July 17, 2012

Kepenatan


Semalam aku sibuk membantu nenek Uda mengemas rumah akak sebelah.. membantu apa yang patut memandangkan beliau dah semakin sarat dan menunggu hari.. Sekurang-kurangnya takdelah dia penat + susah masa dalam pantang nanti ---> dak Nuha babah dia temankan..

Lepas selesai mengemas, petang tu hujan lebat.. dapatlah aku rehat seadanya.. penat + letih menguasai diri.. dak Nuha macam memahami tapi malam tadi bertukar ganti baju dia <--- mandi muntah.. dah buat apa yang patut kat dak Nuha barulah dia tidur lena..


Hari ni..
Ntah kenapa.. aku rasa dah dekat sejam aku hadap entry ni.. taip.. padam.. taip.. delete..




psstt: sunyi pulak dak Kakak dengan dak Adik takde.. bila ada.. macam Tom and Jerry..

psstt lagi: sssyyy.. dak Nuha tengah layan perasaan nak tidur..

last psstt: sambil layan lappy mata dok jeling tengok dak Nuha bila dia nak tidur ni..


Monday, July 16, 2012

Berkebun dan xtvt makan-makan


xtvt yang tertangguh diteruskan semalam.. Memandangkan pulut kuning dan rendang daging dah siap pagi semalam (tak jadi buat hari Sabtu).. chef hubby menggunakan masa yang ada dengan..


Mengalihkan pokok cili ke dalam bekas yang disediakan oleh hubby.. Sambil buat sambil doa moga sihatlah pokok cili tu.. Sebelahnya tu daun sup (dah nak habis pantang hari tu hubby belikan.. masa kenduri dak Nuha hari tu berguna jugaklah..)

Pokok bunga tu dah lama beli, tu baru subur dan gebu lepas hubby 'trim' balik.. Masa dalam pantang hari tu macam nak mati aku tengok sebab tak dibelai mesra.. Pokok cili dalam polybeg tu pulak baru beli..

 Pokok limau ni aku yang request mintak hubby belikan.. Masa beli punyalah banyak buahnya tapi dalam diam dak Adik petik buat main.. Nak marah bukan boleh cantum balik buah tu tapi kena jugaklah dengan aku.. ggrrrrr..


Lepas dah selesai layan pokok cili tu, aku join tengok dorang ni lumba basikal.. (gambar dak Kakak dengan dak Adik takde sebab dorang merajuk ---> kalah berlumba.. apa pun tak boleh dorang ni).. aku tak join tapi sempat jugaklah seround dua dengan boyfriend baru aku..




DAN..

Kemuncak xtvt petang semalam.. makan pulut kuning vs rendang daging dan sambal ikan bilis.. menu sampingannya pulak bihun goreng dan jemput-jemput @ cekodok serta cili kicap ---> semua disediakan oleh chef hubby..

Pulut kuning ni dibuat khas untuk k.Hema a.k.a pengasuh anak-anak, memandangkan semalam birthdaynya..

 Kat luar rumah mak-mak budak.. kat dalam rumah bapak-bapak budak dok layan GP (kalau tak.. akuler yang tukang teman hubby layan GP).. Budak-budak pulak leka main kat taman..

Mood dak Nuha nampak ok sikit petang ni.. (memangler sebab dah kenyang + cukup tidur)



 

psstt: Pulut kuning tak berapa menjadikler kali ni..

psstt lagi: Isnin.. Selasa.. Rabu.. Khamis.. Jumaat.. Sabtu.. Ahad <--- menghitung hari..

last psstt: 16.. 17.. 18.. 19.. 20.. 21.. 22.. 23 <--- eeerrr.. hujung minggu ni aku cerita ek..




Saturday, July 14, 2012

Pak Li Kopitiam Klang Sentral



Pagi tadi sebelum ke office sebab nak hantar barang, hantar dulu dak Kakak ke SRABKB ---> Kelas Bimbingan Al-Quran (Iqra').. Start Julai onward dia akan ke sekolah tiap hari Sabtu.. Bagus juga, dari dia asyik main, layan kartun.. sekurang-kurangnya dapat memanfaatkan masa yang ada..

Nak kata aku terkejar-kejar taklah jugak tapi penat tetap ada.. rasa non-stop atas jalanraya.. Lepas amik dak Kakak, kitorang pusing balik pergi Giant Klang Sentral.. tapi beli tapauler kat Pak Li Kopitiam..

Dak Kakak jadi model sekejap..

Baru duduk sekejap.. dia ni cepat bosan..


Aku tapau nasi ayam lemon (confirm sedap), air durian belanda + ice cream soda + ice cream (aku suka sebab ada isi durian belanda) dan kari laksa..





Jangan tanya sebab dari pagi tak makan.. memang tak ingat pun nak amik gambar.. kari laksa tu aku tak suka.. dah cakap dekat dak Kakak, beli aje nasi ayam lemon tapi takmo.. dia tengok gambarnya menarik, tu yang terus tak.. sampai takmo tukar menu lain dah.. Sudahnya nasi aku jugak dia habiskan..


Dah kenyang makan, rutin harian kita ubah sikit.. bagi rehat.. longgarkan otot-otot yang kejang memandu tadi.. Dak Kakak dengan dak Adik dah keluar.. tinggal aku hadap lappy sementara dak Nuha tidur.. penat baring dalam kereta dari pagi tadi.. Tu pun nasib baik dak Angah anak nenek Uda yang teman sepanjang perjalanan <-- terima kasih ye Angah..

InsyaAllah malam nanti baru proses buat pulut kuning berlaukkan rendang ayam.. Bahan-bahan dah mintak nenek Uda belikan.. Hubby bagi arahan dari Alor Setar apa yang perlu aku buat..



psstt: Tengok dak Nuha tidur.. mata aku pun turut memberat.. Nak pulak tengok dia senyum je.. lagilah buat aku nak tarik bantal tidur sebelah dia..

psstt lagi: on your mark.. get set.. go..

last psstt: zzzzzzzzzzzzzzzz...


Friday, July 13, 2012

Dah tak nampak macam gegurl pulak aku tengok..


Entry semalam ramai yang suruh aku carik balik folder yang aku terdelete tu kat recycle bin.. Masalahnya bukan kes kat dalam lappy atau external hard disk tapi dari 3310-i aku.. Frust jugak tapi nak buat camne.. kita snap gambar lain jelah.. Walaupun tak sama tapi orangnya tetap sama..


Hari Isnin lepas, dak Nuha telah dibotakkan oleh atuk sedara.. Sebelum tu aku bagi dia kenyang dulu.. nak bagi dia diam.. Syukur.. sepanjang proses mengerjakan kepala dak Nuha, dia tak meragam.. tukang pegang --> mestilah babah dia.. dan itulah antara gambar yang aku terdelete..


Buat pertama kali, semalam dak Nuha menyusu menggunakan botol..
Bila posing cenggini, aku tengok botol tu lagi besar dari dak Nuha pulak..


Nampak macam dah boleh pegang sendiri kan..?
Napkin tu pulak untuk mengawal muntah dak Nuha.. takdelah lencun baju dan bantal dia tu..




psstt: Walaupun dak Nuha dah botak tapi tetap kiut + miut..

psstt lagi: Malam tadi tapau KFC yang kononnya rangup tu, bagi aku ---> tak sedap.. ke terlebih masak sebab aku tengok ayam dia macam terlebih masak.. tak taulah kalau cawangan lain ayam dia sedap..

last psstt: Pasni nak try chicken Foldover McD tu pulak.. sedap ke tak..



Thursday, July 12, 2012

Macam mana pulak aku boleh ter delete ni..?!


Petang semalam boleh pulak aku tak perasan aku tersilap 'kosong'kan folder yang tak sepatutnya.. Hasilnya.. habis gambar dak Nuha lepas kenduri tu.. Ada antara gambar tu aku nak share kat sini tapi sayangnya..

Nasib baik aku tak kosongkan semua folder tu.. aku delete satu persatu folder tu.. Masa kejadian tu, sambil upload simpan dalam external hard disk sambil layan tv.. maka tak perasan aku tersilap folder.. Nak menangis marah pun tak guna.. menda dah jadik.. senyap jelah.. salah sendiri..



Hari ni, aku akan memulakan sesi penyusuan menggunakan botol susu kepada dak Nuha ---> memandangkan tak sampai 2 minggu dari sekarang aku akan kembali bertugas.. dan yang paling penting moga dia tak keliru puting susu.. tu yang sampai aku sanggup redah ke Setia City Mall cari botol susu untuk dak Nuha.. Jenama usah tanya tapi aku carik kat Mother Care ---> alah kat tempat lain pun ada..

Dipendekkan cerita, abaikan je tajuk kat atas tu sebab bila dah siap entry ni, ada dua kisah pulak rupanya..




psstt: dak Kakak pantang aku hilang sekejap.. mesti nak dukung dak Nuha.. 'sabar kakak.. tunggu Nuha besar sikit ye..'

psstt lagi: Asal petang je dak Adik merengek nak main kat luar.. tapi semalam aku geram.. aku kunci rumah tak bagi keluar.. aku 'rasuah' dia dengan kartun kat astro..

last psstt: dak Nuha.. moga aku berjaya dengan misi aku kali ini..


Wednesday, July 11, 2012

Kisah selepas kenduri dak Nuha


Bak kata atok sedara, kenduri mana yang tak penat..


Hari ni aku nak share entry tanpa gambar.. sebab.. loading lambat, aku yang penat ni bertambah penat menunggu..

Hari Isnin (9hb. Julai 2012)

Pagi:
Sesi mengemas semua barang-barang yang telah digunakan sepanjang kenduri dak Nuha.. Syukur.. barang yang aku pinjam dari TDBi, cukup semuanya takde hilang.. tapi barang aku pulak tak cukup.. biasalah.. tu adat kenduri.. hubby dah pesan, letak nama tapi aku dok tangguh-tangguh jugak..

Petang:
Hubby jaga dak Nuha.. aku pulak ke Mothercare kat Setia City Mall.. akhirnya berjaya jugak aku sampai kat situ.. tapi tak boleh berlama-lama sebab takut dak Nuha meragam kat rumah..



Hari Selasa (10hb. Julai 2012)
Petang semalam, jemput jiran-jiran terdekat makan bubur kacang hijau + durian yang dimasak khas oleh chef hubby.. Aku..? makan bubur kacang hijau tanpa durian.. Lewat petang kitorang buat agihan bagi pada jiran-jiran kat lorong rumah aku..


Hari ni back to normal.. rutin harian seperti biasa..


Ops.. lupa pulak.. korang boleh layan kenduri dak Nuha kat SINI..



psstt: Awal pagi hari kenduri tu hujan lebat..

psstt lagi: Aku penat tapi mak-mak dan bapak penanggah lagiiiii penat..

last psstt: Aku rasa entry hari ni ---> entry ekspress.. banyak nak share tapi... off record pulak..


Tuesday, July 10, 2012

Kenduri Aqiqah dak Nuha


Alhamdulillah syukur kepadaNYA, kenduri yang dirancang berjalan dengan lancar ---> tanpa bantuan warga TDBi, belum tentu kami dapat merealisasikan.. kecualilah kalau guna catering kan..

Banyak nak share sebenarnya tapi disebabkan keadaan aku yang masih belum pulih dari kepenatan teramat, itu yang tergendala.. Ini kugagahkan jua.. Perasaan nak update tu membuak-buak tapi..

Memandangkan ini kenduri 'terbesar' kami setakat ni, maka chef hubby dilarang sama sekali terlibat secara langsung. 'Tuan rumah' duduk tengok je..

Untuk penanggah (belakang tabir).. ada yang mengusik.. 'takkan bunga kosong je..' hikhikhik..
Jumaat malam baru sibuk nak menyusunnya..

Masa ni dah lewat malam tapi dak Adik lapar nak makan, kebetulan ada nasi lemak yang hubby beli dari Jalan 223, di P.J



Pagi Sabtu, sarapan nasi lemak sebelum pergi ambil mak di P.J

Cuba teka di mana lokasi ini..

Ops.. bukan itu je tapi untuk gambar-gambar seterusnya bagi sesi sehari sebelum, meh jengah kat TDBi <--- awas.. kerana terlampau banyak gambar..



dak Nuha yang tengah..
Baju pink baru 52 hari ( anak member sekolah)
Baju belang baru 42 hari (baby boy blogger Kinna)

Dipendekkan cerita, blogger Kinna ni datang tanpa call, tau-tau je dah ada depan khemah, senyum-senyum datang kat aku tanya kenal dia tak.. Fuh! Jenuh nak mengingat dan nasib baik ingatan masih kuat.. Dah jumpa.. haruslah borak sakan.. Nasib baik dia tak salah rumah.. tapi macam dia cakap.. 'senang jugak nak carik teratak akak'.. Terima kasih Kinna sudi datang..


Ini pulak anak-anak blogger Rai.. Kitorang tak dapat nak chit-chat lelama.. tapi sempat jugaklah ambik gambar anak-anak.. Anak Rai yang sulung mesra camera.. adiknya pulak malu-malu..


Blogger Rai pulak sampai time Kinna nak balik.. kira tak sempat nak suai-kenal.. takpelah maybe next time.. dan sekali lagi.. gambar-gambar semasa kenduri berlangsung, korang boleh jenguk kat ---> SINI pulak..

Syukur.. smooth je aku rasa perjalanan kenduri dak Nuha ni.. sebab semua tak datang serentak, seolah-olah dah tau lepas ni turn sape pulak yang sampai.. Dari warga TDBi, member sekolah, kawan blogger dan member office ---> sempatlah beramah mesra dengan semua..



psstt: Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kenduri dak Nuha ni, aku mohon maaf andai ada terkurang sebelum, semasa atau selepas kenduri.. pinjam ayat kat SINI..

psstt lagi: Semalam selesai mengemas barang-barang yang kami pinjam dari TDBi.. Hari ni selesai mengemas barang-barang sendiri..

last psstt: Kenduri selesai.. tak lama lagi lapor diri bertugas pulak..



Monday, July 9, 2012

Boleh tak begini dulu..


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Timbulnya entry ni tak bermakna aku dah boleh online macam biasa tapi dek kerana jemariku ini ter ter gatal nak online walaupun penat..

Segala macam gambar akan diupload kemudian memandangkan siang nanti aku, hubby dan beberapa orang warga TDBi perlu kemas semula segala macam perkakasan yang telah digunakan sepanjang kenduri dak Nuha berlangsung..



psstt: Malam tadi, walau dalam kepenatan, aku dan hubby gagahkan juga hantar mak balik rumah kat K.L.. dak Kakak dengan dak Adik tinggal + tidur kat rumah atok sedara.. bagi dorang rehat lama sikit sebab takmo dorang lewat bangun pagi nanti..

psstt lagi: Masa entry ini di publish kan.. aku rasa mata aku pejam, jemari je yang masih menaip..

last psstt: Sebelum lappy ni off sendiri, baik aku yang off kan sebelum zzzzz...



Saturday, July 7, 2012

Bersedia untuk bersilat..


Kalau semalam aku simpan baik punya tenaga + lemak kesayangan aku.. Hari ni aku perlu menggunakan tenaga + lemak yang aku simpan semalam..

Yeah.. hari ni dan sehingga esok aku akan mula 'bersilat' dari depan ke belakang.. dari belakang ke depan.. tapi aku rasa banyak mengulit dak Nuha je rasanya ni.. tapi tak patutlah kan.. Kena pulun bagi susu sampai dia puas, tidurkan dalam bilik barulah boleh buat kerja dengan tenang..

Untuk itu, aku stop sekejap di sini ---> kang tak memesal hubby jeling manja kat aku.. tak pun 'amik je laptop tu, rebus.. pastu minum airnya.. laju sikit nak upload cerita kat dalam blog tu..'

Sebelum jadi cenggitu, maka perlu STOP dulu..



psstt: Nak uruskan dak Kakak, dan Adik dan dak Nuha dulu..

psstt: Ibuuuu...

psstt: ye bang.. ai datang ni.. ye.. ye.. nak tutup dah ni..


Friday, July 6, 2012

Ku susun sepuluh jari..


Kalau dalam filem P.Ramlee ada lagu 'Pukul 3 pagi'.. tapi takkan aku nak nyanyi lagu tu pulak kan.. Bangun pun sebab dak Nuha bagi 'high note' kat aku.. Kira sempatlah aku jalan selangkah dua macam budak baru bertatih nak jalan, kat 2 3 (bukan dua puluh tiga) blog.. Lepas tu.. dak Nuha tak bagi chance dah.. dia ajak aku kuak lentang atas katil lepas puas menyusu termasuk pakej muntah dan sendawa..

Itu kisah awal pagi tadi..


La ni..

Sekejap je dah hari Jumaat dan semakin hampir ke penghujung minggu.. Adakah kita masih sempat bertemu selepas ni atau adakah ini entry terakhir..?

Di kesempatan ini, aku menyusun sepuluh jari di keyboard lappy ni ---> walau tak kesemua jari aku guna tapi tetap nak mencuba.. Korang pernah try tak..(cheh.. baru nak tangkap leleh..).. Aku mohon ampun dan maaf andai ada yang terasa hati dengan entry dalam blog aku ni.. Rasanya takde kot sebab aku baca komen korang siap senyum + gelak lagi.. (memanglah mak budak.. dah kau share cite yang manis and sweet sour je..)

Apa yang ada dalam entry aku ni hanyalah dari rasa hati dan pengalaman aku sendiri.. Adalah sikit-sikit yang bikin panas tapi kebanyakkannya on d road je.. (wah.. dah lama takde cite on d road kan ---> dah lama tak main cucuk belakang ni..)


Ok.. straigh to the point.. takmo 'kona baring'..

Kita tak tau apa yang akan berlaku selepas ni.. Kekadang biarlah kita beralah walau tau bukan kita yang salah.. sekurang-kurangnya terlepas satu beban bila kita suarakan rasa hati kita kan.. Aku lebih suka suarakan di sini sebab aku tau ada silent readers yang mengikuti perkembangan teratak aku ni..



psstt: Apa yang terlintas di kepala, itulah yang ada dalam entry ni..

psstt lagi: Aku doakan moga korang semua dikurniakan kesihatan yang baik dalam menghadapi rutin harian..

last psstt: Moga persiapan dan perjalanan kenduri dak Nuha nanti berjalan dengan lancar.. insyaAllah..



Thursday, July 5, 2012

Aku cite ni.. Korang jangan gelak kuat sangat tau..



Pagi tadi aku ada urusan di bank, nak jadikan cerita, aku duduk barisan hadapan sekali, ada sorang pelanggan yang berurusan kat kaunter boleh pulak ter ter kentut depan aku.. Kalau korang bayangkan, jarak dia hanya setengah depa dari aku.. bayangkan lagi.. aku memang betul-betul berada di belakang dia.. Okay dah.. jangan gelak sangat.. sebab aku dah puas menahan nak gelak masa kat bank tadi.. kahkahkah.. nasib baik takde bau sekali ---> auntie tu pulak mesti malu sebab kuat gak bunyinya.. cuma dia takdelah nak say sorry to me..


Disebabkan rutin aku lari (tak larat aku nak kejar), maka semuanya berubah dari biasa..
  • Masak ---> walaupun chef hubby ada, menu tengahari hanya menu tunjuk-tunjuk je (beli kat kedai.. hikhikhik)
  • Dak Kakak ---> memandangkan kitorang sampai rumah pun dah lewat, aku kena hantar dak Kakak ke sekolah, daripada dia terkejar-kejar biarlah aku yang hantar tapi balik sekolah macam biasalah.. naik van cik Sabri belakang rumah (weh.. itupun nak cite ke..)
  • Dak Adik ---> rutin untuk dia takde yang berubah, lepas makan.. tidur.. bangun tidur merengek nak pergi rumah Haziq sebelah rumah je kejenye..
  • Dak Nuha ---> sementara aku hantar dak Kakak, hubby jagakan sekejap tapi dia punya rengek usah cakaplah.. gara-gara dari pagi tadi dia tak dapat tidur dengan nyenyaknya..
  • Aku ---> bantal dah memanggil-manggil sebab penat teramat..

Sebahagian barang-barang untuk kenduri dak Nuha dah beli terutama barang-barang yang aku perlukan. Barang-barang basah hubby dengan atok sedara yang akan pergi beli kat pasar borong nanti.. Kebetulan hubby ada pagi tadi, tu yang keluar sekejap yang tak sekejaplah sampai rasa kelam-kabut setengah hari ni..



psstt: masih tak boleh nak lupakan kes kat bank pagi tadi.. lalalala..

psstt lagi: duduk depan rumah hadap hujan yang turun walaupun tak lebat mana.. syukur.. hujan jugak akhirnya..

last psstt: Berkemungkinan aku tak dapat nak BW dengan jayanya sehinggu hujung minggu ni.. tak pasal-pasal kena jelingan manja hubby nanti..



Wednesday, July 4, 2012

Pembunuh Upahan..


Sebenarnya kes ni berlaku kelmarin tapi baru hari ni aku nak share ---> yang sebenarnya aku lupa, dok asyik fokus kat dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha je (kan lebih mudah guna je word 'anak-anak')

Memula aku memang tak perasankan si Jerry tu tapi bila nak sidai baju baruler aku perasan.. apalagi terus je amik 3310-i snap gambar 'Tom and Jerry' tu..


'Manje' ibu kucing k.Lela sebelah rumah bersama mangsa si Jerry..



Korang nampak tak anak-anak si 'Manje' kat batu-batu tu.. sikitpun tak heran pada si Jerry yang terbaring kat tepi pagar tu.. Anak-anak kucing zaman sekarang tak layan tikus-tikus ni.. Kalau dapat pun dibuatnya main..



Dah jadi macam CSI pulak aku.. tengok si Jerry tu masih bernyawa rupanya cuma aku tak tahulah kecederaan dia camne kan.. maklumlah peralatan tak mencukupi untuk periksa..


Sudahnya, Kaklong jiran depan rumah yang kutip si Jerry tu letak kat kawasan sebelah (rumah k.Lela ni end lot ---> sebelah taman ni kawasan pokok kelapa sawit).. Sempat pesan kat si Jerry tu ---> jangan masuk rumah kitorang ---> itupun kalau nyawa si Jerry tu panjangler..



psstt: entry boleh muntah pink..

psstt lagi: Entah hidup entah mati si Jerry tu.. tak pulak aku cuba siasat..

last psstt: Aku rasa ada yang terus keluar dari sini tanpa sempat baca sampai habis.. ada tak agak-agaknya..



Tuesday, July 3, 2012

Mana datang bau ni..


Ada beberapa kisah nak share tapi sebab aku takde masa nak tolong + bantu hubby update blog lagi satu tu, maka entry tu terperam buat sementara..

Hari ni mak budak lewat online sebab kena pergi bank dulu.. Dah namanya pergi bank.. dah tentu keluarkan duit tapi bukanlah beli TAB.. hikhikhik ---> gelak gedik..

Dipendekkan cerita yang memang tak pernah pendek ni.. Kubawa dak Adik (dia boleh taknak ke sekolah hari ni) dan jugak dak Nuha ke bank.. Bank sikit punya dekat aku pergi ---> Setia Alam kat sebelah Tesco tu.. Bukan apa.. kat situ senang parking, kalau aku pergi pekan Kapar menangisler jawabnya sebab takde parking.. Cheh.. Alasan parking rupanya..

Sampai kat bank, macam biasalah mestilah kena beratur ---> Tak ramai pun orang sebab bank pun belum bukak lagi.. TAPI.. yang tak bestnya..

Ada sorang mamat negro ni.. kuat betul bau badan dia.. Ntah mandi ntah tidak.. tapi mungkin jugak bau badan dia macam tu.. tak pulak aku tanya.. Nak pulak aku sebelah dia.. Alahai.. Nasib baik urusan aku tak lama.. tekan sana tekan sini sambil cakap.. 'cepatlah.. cepatlah..' dapat duit terus blah..

Selesai sudah.. dak Adik pau aku.. kat situ ada Pizza, KFC tapi dia nak McD.. Aku pujuk dia sebab pagi cuma ada breakfast.. Tapi (berapa banyak tapi daaa..) dia pujuk pulak makan kat kedai Cik Dollah.. Adik.. adik.. sudahnya aku tapau kan je sebab dak Nuha mula merengek nak susu..

Sampai rumah, rutin harian macam biasa..



psstt: Apasal entry aku hari ni nampak macam tak teratur.. macam kelam-kabut pun ada..

psstt lagi: Dak Kakak leka makan udang yang dipancing oleh babah dia baru-baru ni..



last psstt: insyAllah esok chef hubby ada.. wajiblah gedik manja lagi ---> lately ni aku suka pulak perkataan ni.. kihkihkih..



Monday, July 2, 2012

Nasi lemak vs EURO 2012



Dah lama aktiviti ni tak berjalan hinggakan ada yang mengeluh ---> lama tak buat sejak aku sarat hari tu..

DAN..



Menu: Nasi lemak diiringi ayam masak merah selain sambal ikan bilis..


Gambar mak dan bapak budak tak pulak aku ambil sebab aku pun sama join anak-anak makan.. Hubby cakap.. mana tak kembang.. takut abang tengok sekarang ni.. asyik makan je..

Aku bukan setakat perasan malah dah mula risau ni sebab makan.. makan.. makan.. Jangan kembang-membang sudah.. Nanti tak pasal-pasal baju raya tak muat.. hahaha..



psstt: Tiap kali buat makan-makan, paling aku risau ---> cukup ke..? Tapi syukur.. tiap kali buat tak pernahnya tak habis..

psstt lagi: ...

last psstt: Tak kira.. nak update jugak.. 'Abang.. SPAIN menang bang.. (nasib baik takde audio kat sini ---> kalau tak muntah pink dibuatnya..).. Ni gedik manja yang luarbiasa ni.. sebab hubby kalah tak dapat TAB.. fuh.. selamat, kalau tak.. terbang duit aku.. kahkahkah..


Sunday, July 1, 2012

Main Baling Selipar..



Kalau semalam kisah bersiar-siar dengan dak Adik, hari ni nak share kisah dak Kakak pulak..



Dorang ni kalau bab bergambar memang sanggup je jadi model aku walaupun aku hanya guna 3310-i je.. DSLR aku masih kat kedai (belum beli lagi daaa..)


Dak Kakak jarang nak join aku berbasikal --> dia lebih suka main baling selipar.. tak cukup petang sambung main waktu malam tapi dengan syarat mengaji dulu.. Biasanya aku bagi chance hari Jumaat atau Sabtu --> tengok jugak, kalau hubby takde, tak dapatlah dorang main kat luar waktu malam..

Kat TDBi ni memang best + happening.. boleh dikatakan tiap-tiap petang + malam mesti ada je aktiviti bebudak ni ---> kecuali musim exam dan hujanler kan.. Tapi kalau hujan dak Adik pulak merengek nak  mandi hujan.. Ada je alasan dia nak main kat luar rumah..

Berbalik pada dak Kakak.. Patutnya kat sekolah time Pendidikan Jasmani tu buat aktiviti ni.. Memang confirm bebudak taman aku yang menang.. Mana taknya.. tak jemu-jemu dorang main.. sampaikan ada je selipar yang hilanglah + ter ter baling atas bumbung rumahlah.. Satu kerja pulak nak beli yang baru.. Yelah.. sebelah ada.. sebelah lagi atas bumbung.. Kalau nak dihitung, aku rasa boleh jual bundle selipar tu semua..

Jangan kata budak-budak.. mak budak pun sama main tau tapi bukan akuler.. Keinginan nak main tu ada tapi sape lak nak jaga dak Nuha kan ---> alasan..





psstt: Dak Kakak ---> berbaju biru.. dak Adik ---> naik basikal tu ler..

psstt lagi: Dulu.. aku puas gak main baling selipar ni.. Geng aku ramai budak lelaki ---> nampak 'ganas' sikit.. hahaha..

last psstt: Kalau malam minggu memang happening bebudak ni.. Lagi happening kalau ada buat makan-makan kat pondok depan rumah ---> dah lama tak buat xtvt tu.. insyaAllah sambut puasa nanti akan buat..



Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...