03 OGOS 2009 (Isnin)
Pagi:
Lepas hantar kakak Irah ke rumah pengasuh, aku dan hubby bawa ammar ke Klinik Surgeri, PPUM untuk medical check up. La ni 3 bulan sekali bawa jumpa doctor. Dr. Margaret tengok keadaan tangan ammar, Lily pun ada (Bahagian Pemulihan Anggota Badan). Keputusannya, diorang bagi tarikh untuk operate jari tangan ammar (ambil kulit dari bahagian peha untuk tampal kat jari tangan dia) sebab dah lebih 6 bulan keadaan tangan ammar masih takde perubahan yang memberansangkan. Kalau yang ikut perkembangn ammar, tangan kanan dia yang paling teruk, tengok entry masa mula-mula dulu.
Doctor Margaret bagi penerangan jelas agar aku faham situasi ammar (yang mana memang sebelum ni pun perkara yang sama doc. ulang-ulang pada aku tapi masa tu memang ammar always tak sihat). Aku tanya hubby macam mana? Biarlah dia yang buat keputusan sebab dia pernah cakap dia ralat dia takde masa ammar kena jahit jari tangan dulu.
Akhirnya kami buat keputusan operate dalam masa terdekat jadi doc. bagi tarikh 11 Ogos 2009 (Selasa ni), hanya tarikh tersebut yang kosong, then doc. buat surat untuk kitorang register di Pusat Pembedahan Harian, Tingkat 4, Menara Timur, PPUM.
Lepas dah di interview & diberi penerangan oleh staff kat tingkat 4 tu, kitorang kena tunggu Pakar Bius datang untuk check keadaan ammar. Pakar Bius terangkan keadaan ammar kalau dalam masa seminggu sebelum operate ni dia tak sihat, sama ada batuk, selesema @ demam, automatic operate tu dibatalkn sebab kalau bab nak baik demam kena tunggu selepas seminggu, doc. tak berani ambil risiko.
Ok, aku faham dan aku berharap serta berdoa biarlah ammar sihat tapi aku tahu peluang untuk dia kena operate tipis sebab memang ammar ni always selesema dan batuk.
Kemudian kitorang pergi ke Bahagian Pemulihan Anggota Badan untuk buat pelapik khas baru untuk ammar, yang lama tak muat dah, ammar meronta-ronta masa nak ukur dekat tangan dia sampai akhirnya dia tertidur, penat nangis, penat menunggu
Malam:
Tolong kaka Irah buat kerja sekolah, hubby pulak call bagitau awal pagi nanti sampai sebab tak jadi ke Singapura, hanya transfer barang je, tak kisahlah janji hubby selamat sampai rumah. Hari yang meletihkan dan aku berharap agar ammar selamat dibedah.
No comments:
Post a Comment