Followers Remaja Purba

Monday, August 24, 2009

Hari Pertama Puasa

22 OGOS 2009 (Sabtu)

Hari pertama puasa aku tak bangun sahur gara-gara penat sangat dan pukul 3 am ammar menangis mengamuk2, habis daya pujuk, hubby dia tegur sikit je, dia punya merajuk naik letih nak dodoikan balik, kunci jam konon nak bangun untuk sahur tapi, aku tidur balik, sedar-sedar dan siang.

Hari nih aku terlebih rajin pulak:
Memula aku kemas bilik tidur, tv yang sebelum ni tempat ammar panjat aku guna balik, dvd kat depan aku bawa masuk bilik so diorang lepak layan cd kat dalam bilik dengan hubby. Sementara tu aku kemas rumah.

Petang:
Keluar pergi beli barang-barang untuk masak berbuka puasa. Takdelah sakan nak berbuka, aku tak nak beli dekat bazaar sebab apa kita masak tu boleh makan masa sahur nanti, kalau beli hanya untuk buka puasa jelah.

Buka puasa: kami di rumah - kenyang - Alhamdulillah.

Inilah kali pertama aku berpuasa dan berbuka puasa di rumah sendiri walaupun masih ada yang kurang tapi tetap bangga sebab tak payah nak share dengan sesiapa dan lebih-lebih lagi aku boleh makan seberapa banyak yang aku suka.

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...