Followers Remaja Purba

Tuesday, August 11, 2009

Cancel Operation for my MQA

11 OGOS 2009 (Selasa)

PAGI:
Pukul 5 lebih aku dah bangun siap sedia nak bawa ammar ke PPUM. Kesian kat anak-anak kena bangun awal sebab nak kena ada kat PPUM tu pukul 7.30 am. Kesian kat ammar sebab pagi-pagi dah mandi.

Lewat sikit kami keluar, takdelah rushing sangat sebab dah tahu dah keputusannya yang mana ammar takkan dibedah atas sebab kesihatan, lepas dah hantar kakak Irah ke rumah pengasuh kami terus ke Daycare Operation, Tkt. 4, Menara Timur, PPUM.

Tak lama lepas tu (kami pun baru je sampai sebenarnya - 8 am), Dr. Margaret dan lagi seorang doc. sampai untuk sesi pembedahan ammar, bersemangat dia bila nampak ammar, hello! little boy (dia berkenan sangat dengan ammar).

Then bila hubby bagitahu keadaan ammar – batuk + selesema, 1st reaction Dr. Margaret – F.R.U.S.T. Jangan kata dia, aku pun sama, yelah sape tak nak tengok anak sembuh, lebih-lebih lagi keadaan ammar yang kerap batuk dan selesema.

Aku bagitahu, kitorang datang sebab nak bagi doc. tengok keadaan ammar dan dapatkan tarikh baru operation, biarlah doc. puas hati dengan penjelasan aku sebab tak naklah nanti dia kata aku mengelak untuk operate jari tangan ammar, at least dia tahu keadaan ammar macam mana.

Lepas dah dapat tarikh baru - pada 08 SEPTEMBER 2009 (bulan puasa) nanti, kami terus balik, singgah sarapan kat off aku then hubby bawa ammar balik, aku batalkan cuti - kerja lah.

THARI/PTG:
Aku kat office… tetiba ada satu kes:
Armada Hotel call tanya pasal LO asal penginapan panel, diorang masih tak dapat sedangkan panel tu nak check out hari ni, kebetulan bila check, LO tu memang belum dihantar sebab tiada pemandu.

Tahu apa aku buat? Call hubby yang kebetulan ada kat PJ, mintak tolong hantar ke Armada la ni juga. Ngam2 aku sampai kat lobi hotel tu, diorang call lagi, aku bagitahu aku sekarang ada di kaunter. Lega dah aku serahkan pada diorang.

Balik kerja:
Kali ni aku berjaya pujuk hubby belikan pokok rambutan yang mana aku merengek2 dari sebelum pindah rumah dulu. Akhirnya hari ni hubby sudi singgah kat nursery belikan untuk aku, sekali dengan pokok pulasan.

Kat umah, hubby dok ralit tanam pokok rambutan kat luar pagar rumah, dalam pagar pokok pulasan, ntah tahun bilalah agaknya baru nak besar dann berbuah tu.

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...