Followers Remaja Purba

Friday, April 10, 2009

Bulan Februari 2009

02 – 11 Februari 2009

Rawatan dekat tangan kanan adik diteruskan, selang sehari macam biasa aku kena pergi untuk cucian luka tangan kanan dia hinggakan pembantu perubatan dekat situ dah kenal dengan adik, walaupun tangan berbalut tapi terserlah kenakalannya, bagi morfin pun tetap nakal, morfin ni kena bagi every time nak cuci luka kat tangan dia.

Dalam pada tu, aku belikan adik jeli gamat Healin color biru, color hijau dah habis masa tu (kat farmasi ada jual). Setiap hari aku bagi jeli gamat tu akibat tak nak kena bedah tampal kulit.

Akhirnya pada 06 Februari 2009, balutan tangan adik dibuka sepenuhnya dan nampaklah tak comel tangan dia. Lepas Dr. Margaret check tangan adik, beliau minta kami terus pergi ke Bahagian Pemulihan anggota badan berdepan dengan Delifrance, Menara Utama. Kat situ, diorang ukur tangan adik untuk buat glove khas, kena pakai 24 jam, yang hanya boleh buka ketika nak mandi. Adik kena pakai glove tersebut sebab tak nak bagi jari tangan adik terus bengkok, juga kena selalu urut tangan adik jangan bagi terus bengkok. Dalam masa yang sama kena pakai glove khas tu bagi mengelakkan kulit tangan adik luka balik sebab kulit tangan adik baru nak sembuh dan masih lembut, tempoh nak kena pakai glove tu lebih kurang 2 tahun.

Sementara nak tunggu glove tu siap (kena jahit dulu), adik kena pakai glove sementara bagi jari dia tangan dia tu - macam ni.






Selain adik, ada jugak kes-kes macam ni berlaku dan mendapatkan rawatan di PPUM. Ada lagi teruk dari adik, di sini dapatlah aku kenal pasangan yang anak diorang pun lebih kurang kesnya macam apa yang jadi pada adik.

Sekurang-kurangnya aku dah lega sikit tengok keadaan adik cuma still risau kalau tangan adik tak boleh nak lurus balik dan lega sekejap tak perlu hari-hari pergi PPUM untuk sesi rawatan tangan adik. Aku kena datang balik pada 16 Mac 2009 ni kat Klinik Surgeri, Tingkat 1, Menara Utama PPUM (dekat je dengan tempat Cucian Luka tu…

Macam tu lah keadaan adik sepanjang mendapatkan rawatan kat PPUM.

No comments:

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...