Followers Remaja Purba

Friday, April 3, 2009

cerita mengenai anakku - ammar

ok macam yang aku janjikan sebelum nih, ceritanya bermula begini.

Pada 16 Januari 2009, seperti biasa aku akan ambil anak-anakku di rumah pengasuh. Macam biasa aku melayan kerenah anak-anakku. Menangis, menjerit, bergaduh tu biasa dorang berdua tu.

Masa tu dah pukul 7 pm aku terus masak air untuk buat susu MQA, memang setiap kali balik dari rumah pengasuh dia pasti nak susu. Kebetulan plug dalam bilik dah rosak jadi aku gunakan plug kat sebelah depan (rumahku kecik je, kira macam biliklah bukan macam sebuah rumah). Nak jadikan sebab, aku tau air tu dah masak (aku masak dalam kettle sebab takde cerek), aku pulak leka dengan baju kotor yang nak dibasuh. Terus terlupa alihkan kettle tu, aku terus masuk bilik air untuk mandi dan basuh baju.

Sedang aku leka dalam bilik air, aku dengar kakak menjerit dan adik menangis takut, aku lagilah takut sebab masa tu dah dekat maghrib Akuku keluar, tengok adik ada kat atas air panas tu, kettle tu dah terbalik, tapak kaki dan tapak tangan adik atas air panas. Meraung-raung dia, aku tak boleh lupakan keadaan dia masa tu.

Aku terus angkat adik dan rendam dia dalam besen kat dalam bilik air yang kebetulan penuh. Aku terus capai handphone dan call hubby (aduh! Geramnya sebab hp dia off). Call kak G panic tak tau nak buat apa. Memang kebetulan dorang je yang aku ingat masa tu.

Kebetulan masa tunggu dorang datang (hubby, mummy dan kaklong), azan maghrib berkumandang. Hubby sampai jeterus ambil adik, aku pulak capai beg terus ikut dia tuju ke PPUM. Kakak aku tinggalkan pada mummy dan kaklong. Dalam kereta, adik meraung-raung menangis sakit, aku panic, hubby pulak mengomel menyalahkan aku. Aku diam je sebab dahlah dia pandu kete laju, aku pulak pujuk adik dengan keadaan dia yang meronta-ronta.

Sampai kat PPUM terus masuk kat emergency bahagian kanak-kanak, doctor datang check dan terus buat apa yang patut pada adik. Masa tu memang kena soal macam-macam, yelah, doctor takut kes dera. Aku jangan cakaplah, dok ulang-ulang jawapan yang sama pada doctor yang berlainan. Memang serius kes tu sebab doctor takut aku dera anak. Doctor cakap keadaan tangan dan kaki anak aku 7% melecur. Tangan kanan yang paling teruk, aku pulak mana pernah ada pengalaman kena soal macam tu tapi lagi takut kalau-kalau polis datang.

Memang lama kat emergency, aku call semua yang rapat dengan aku bagitahu keadaan adik macam mana. Hubby jangan cakaplah memang kalau boleh tak nak cakap dengan aku, memang menyalahkan aku sepenuhnya atas apa yang berlaku.

Masa kat emergency tu, kawan-kawan hubby datang jenguk. Bapa mertua, botak pak itam, botak scott & wife, anakku yang sulung pun datang jenguk. Datang bawa susu & pampers adik. Lepas adik dapat susu baru dia senyap sebab dari lewat petang dia tak minum susu dan menangis sakit.

Hampir kat tengah malam baru selesai dan adik kena tahan wad, wad 6U (Plastic Surgery n Burn Unit), Menara Utama Kebetulan masa tu adik sorang je baby sebab kat PPUM takde wad khas untuk kanak-kanak kalau yang melibatkan burn macam yang terjadi pada adik.

Malam tu kitorang tidur kat wad, temankan adik. Lepas dah selesai urusan kemasukan adik ke wad aku curi masa balik untuk mandi dan ambil barang-barang yang penting untuk digunakan masa kat wad nanti. Dekat pukul 1 am baru selesai urusan dan lepas ambil barang-barang aku hantar kakak ke rumah pengasuh. Kesian dia tapi nasib baik kakak irah memahami keadaan yang berlaku dan dia ada tanya sambil menangis tengok adik dia. 'Nape ibu masak air panas kat situ...?' huhuhu... sedihnya.




Ini gambar adik masa kat wad 6U unit. Kaki dan tangan berbalut. Sepanjang malam dia merengek, aku dan hubby bergilir-gilir jaga adik.

Sebelah malam (waktu tertentu), nurse datang amik tekanan darah dan suhu badan adik, diorang tanya adik minum susu berapa kali dah, banyak mana. Pampers adik pulak tak boleh terus buang kena timbang dulu.

Pagi esoknye (17 Januari 2009), Doctor Margaret dan anak-anak buahnya datang melawat setiap pesakit beliau termasuklah adik. Doctor Margaret bagitahu yang adik dah boleh keluar hari ni dan perlu datang kembali untuk bukak balutan untuk cucian luka. Semua tu kena buat kat tingkat 1, Menara Utama, Unit Cucian Luka.

Dalam pada tu aku teringat kat sorang kawan baikku kerja kat PPUM ni cuma tak ingat kat tingkat berapa, sempatlah aku pinjam charger dia lepas aku bagitahu keadaan anakku dan kebetulan dia kerja kat tingkat 12, bangunan yang sama.

Dekat tengahari dia datang jenguk adik, adik pulak merengek-rengek sebab tak dapat nak pegang makanan, kesian dia.
Lepas dah selesai urusan discaj adik, kami balik rumah.

oklah, nanti aku story pula rutin harian aku di Unit Cucian Luka.

8 comments:

Eyrique Ettiqaz. said...

kesian ur baby..ur hubby x leh salahkan u 100% coz kita manusia yg x tau ape akn terjadi pd masa akn dtg.

My name is Dinie and I love to EAT said...

saya ade pengalaman sendiri. 1jug air terbalik and tersimbah kat dua dua belah kaki. mmg sakit sangat, perit nye tuhan je yang tahu. saya 13% burn. sebulan jugak check in hospital .

aizamia3 said...

Memang sedih sangat masa tu tapi takdelah sampai gaduh cuma terkilan hilang sikit kecomelan tangan anak.

Nini Hartini said...

ermm...sedihnya.. lagi2 bila kakak tanya knp ibu masak air kt situ? spt sgt memahami :(

ok. nini nk teruskan baca..

aizamia3 said...

Dinie:
walaupun tak rasa tapi bila tengok betapa perit nak hadapinya.. sedih terkilan semua ada..

aizamia3 said...

Nini:
inilah punca nape akak buat blog..

IntaNBerliaN said...

thanks akak bg sy link ni.. siannya anak akak.. mesti sedih & fobia kan..

adik saya pun prnh kne air panas.. mak saya pun fobia smpai skrg.. ckup risau kalau air panas..

mk sy slalu pesan saya mcm akak.. insyaAllah.. saya akn slalu perhatikan ank saya.. tp tu la, betul kata akak.. malang tak berbau kan.. tp arap2 anak kita baik2 je la..

apa2 pun, thanks tau akak..

slm perkenalan dr saya.. :-)

aizamia3 said...

IntaNBerliaN:
dak Adik memang fobia dengan kettle air tu.. tak berani dah dia.. akak memang tak boleh lupa pengalaman menjaga dia.. sedih usah cakaplah..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...