Followers Remaja Purba

Wednesday, April 8, 2009

rutin harian

(21 – 25 Januari 2009)


PAGI:
Masa ni Dr. Elina yang buka balutan tangan dan kaki adik. Masa balutan tangan kanan adik dorang bukak, Dr. Elina kata nampak macam dah kena infection jadi kami kena beli krim khas dan jelonet (something macam jaring untuk tutup bahagian yang melecur supaya kulit baru tumbuh semula). Ini adalah kerana dorang tak sponsor benda tu (kena beli kat farmasi hospital jugalah, free sebab keje gomen tapi untuk jelonet kena beli kat farmasi luar PPUM. Satu kotak RM31.90, takpelah pasal anak kurelakan jua. (jelonet tu ada lagi kat umah tak tau nak wat, simpan buat kenangan termasuk krim khas tu)


Dr. Elina cakap kena setiap hari datang untuk cuci dan tukar balutan tangan dan kaki adik. Dahlah plan nak balik kampung raya cina ni tapi apakan daya, nak lagi penting… kenalah berkorban masa untuk dia, sampaikan kakak irah jeles sebab kami lebihkan adik dia.


Begitulah rutinku selang sehari mesti kena pergi untuk cucian luka tangan dan kaki adik. Pagi kat hospital petang kat office, masa raya cina (cuti 4 hari tu, orang lain pergi bercuti kami bercuti juga tapi dekat wad 6U Burn Unit sebab Unit Cucian Luka tu cuma buka office hour je jadi kitorng kena buat kat wad, tu pun sebab adik ada masuk wad, kalau tak kitorang kena buat kat luar. Time cuti kena bayar RM15 (time weekday kena RM5 je) tapi selamat juga sebab guna GL. Boleh dikatakan setiap hari hubby dan Isa teman, kakak Irah ikut time cuti je. Kesian dekat adik sebab pergerakan dia terhad.


Di antara semua balutan tu, balutan kaki kiri dah dibuka dan ok, tangan kiri pun sama, diikuti kaki kanan. Akhir sekali tangan kanan, tak ingat tarikh tepat tapi begitulah keadaan sepanjang rawatan tersebu Tapi tang tangan kanan ada story sedih. Nanti aku cerita. Letihler nak mengarang nih. tungguuuuu.

No comments:

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...