Saturday, December 17, 2022

Pertandingan Menulis Skrip Komik


Baru nak simpan sini sebagai kenangan.

Dua minggu sebelum cuti sekolah, dalam pertandingan menulis skrip komik, dak Nuha mendapat tempat Ketiga. Bangga dia bila bercerita pada aku. Aku pulak.. Terkejut. 

Minggu Pusat Sumber 2022
Pertandingan Menulis Skrip Komik
Tahun 4
Tempat Ketiga

Aku rasa genetik dia lebih ke arah dari kalangan family en. Hubby. Aku berlari retilah. Nak melukis menulis bukan kepakaran aku, sebab tulah aku rela berlari dari kena masak di dapur.. 🤣 Nasib baiklah en. Hubby pandai masak.

Dulu.. BudakPurba tahu nak melasak je. Bila dah dah masuk RemajaPurba ni dah tak larat nak lari, makanya kenalah masak.. hahaha..

#RemajaPurba: ...

Kenapa tak tenang, kusut, apa masalahnya?


-Simpan sini sebagai pengetahuan-

Tanya pada diri kita, kenapa tak tenang, kusut, apa masalahnya?
Ada beberapa cara yang boleh dipraktikkan supaya kita menjadi lebih tenang dan tidak kusut dengan cara jangan tinggalkan perkara-perkara berikut:


PERTAMA:
  • Banyakkan selawat ke atas Nabi sebanyak mungkin. Maka Allah dan malaikat akan selawat ke atas kita pula - mendoakan kesejahteraan kita.
  • 'Orang yang paling kedekut adalah bila dia sebut nama aku dia tidak berselawat'.
  • 'Orang yang paling baik di sisi aku ketika kiamat nanti adalah orang yang banyak berselawat ke atas aku'.

KEDUA:
  • Kita jadi tak tenang dalam rumahtangga kita sebab banyaknya dosa.
  • Kena sabar. Manusia ni tak sempurna, tak lari dari membuat salah.
  • Banyakkan istighfar 'Astaghfirullahalazim' - buatlah seberapa banyak yang boleh.
  • Kelebihan istighfar ni bila kita baca banyak-banyak, pada buku amalan kita (yang malaikat catat dosa kita), bila kita istighfar - akan terpadam satu dan seterusnya. Mudah-mudahan kita dapat ketenangan dalam keluarga.

Sebagai contoh:
Bila solat berjemaah/sendiri - habis ucap salam kanan dan kiri terus hilang/cabut, takde istighfar, takde doa. Kalau tak nak jadi manusia sombong, kalau malas sangat bila dah habis beri salam, sebutlah astaghfirullah 3x dan baca 'doa makan' yang memberi maksud 'Ya!Allah, berikanlah keberkatan ke atas diri kami, kepada rezeki kami dan jauhkanlah dari azab api neraka'. - complete doa ni. Nampak hantu pun itu doanya, yang ini tak sempat baca doa, kalau tak cabut lari, pengsan dekat situ.


KETIGA:
  • Hati Al-Quran - Surah Yassin
  • Persoalan: Sejauh mana kita letakkan hati Al-Quran dalam hati kita? Berapa kali baca Yassin (dalam bahasa mudahnya).
  • Seminggu sekali pada hari Khamis malam Jumaat, lazimkan baca Yassin setiap hari. Paling tidak sebelum tidur, sekejap je bukan lama. Cuba tetapkan hati Al-Quran dalam hati kita.

KEEMPAT:
  • Perbanyakkan Hawqala.
  • Merupakan satu khazanah dari syurga yang Allah s.w.t turunkan hanya untuk umat Nabi Muhammad, tiada untuk umat sebelumnya.
  • Apa dia?
  • لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ (lā ḥawla wa-lā quwwata ʾillā bi-llāhi l-ʿaliyyi l-ʿaẓīmisumber dari SINI..
  • Kita ni kurang sangat ibadahnya kerana umur tak panjang tapi memang betul, solat sunat malas, apa pun malas. Bila sebut serah kepada Allah s.w.t, itulah antara tips untuk menuju kepada keluarga Sakinah.

#RemajaPurba: Sumber asal - Syamsul Debat (Keluarga Sakinah)

Thursday, December 15, 2022

Menuju ke Puncak Piala Dunia FIFA 2022 (FIFA World Cup)


Akhirnya.. teka-teki telah terjawab dan sejarah terlakar pada Piala Dunia FIFA 2022 (FIFA World Cup) di Qatar.

Imbas kembali:
Perlawanan pada Separuh akhir (semi-finals):
14 Disember 2022 - Rabu (3 am)
Argentina vs Croatia (3 - 0)



Tahniah buat pasukan Argentina di atas kemenangan 3 - 0 ke atas Croatia untuk mara ke pentas akhir Piala Dunia FIFA 2022. Perlawanan kali ini membuktikan kata-kata aku di SINI berjaya 'dipatahkan' oleh Argentina. Badi Penalti di mana pasukan yang mendahului satu gol (penalti) terhadap pasukan lawan, pasukan tersebut akan kalah tidak berlaku di dalam perlawanan ini. Argentina menang besar pulak tu.


15 Disember 2022 - Khamis (3 am)
France vs Morocco (2 - 0)




Kalah atau menang itu adat perlawanan. Siapa yang tak nak menang tapi walau telah berusaha sedaya upaya, kemenangan bukan milik Morocco. Bayangkan betapa meriah sekiranya pasukan mereka menang tapi jangkaan France menang mengatasi impian Morocco.

Croatia vs Morocco akan merebut tempat ketiga (3rd place) selepas masing-masing tewas pada peringkat separuh akhir. Perlawanan ini nanti akan diadakan pada 17 Disember 2022 di Khalifa International Stadium nanti.



Manakala.. Argentina vs France
Dua pasukan ini akan bertemu dalam perlawanan akhir yang akan diadakan pada 18 Disember 2022 (Ahad) - 18:00 di Lusail Stadium.



Jauh disudut hati, sedikit kecewa apabila Morocco tewas. Walau aku bukan peminat setia tapi seperti di awal persaingan dahulu di SINI, siapa menang aku sokong dan harapnya penjaga gol (tak kisah pasukan mana pun) dan pengadil perlawanan memenuhi kriteria mataku ini. Kalah takpe, janji aku suka.

#RemajaPurba: Gambar sumber dari en. Google.

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...