Wednesday, September 2, 2026

From BTS to ENHYPEN and now STRAY KIDS


Dulu..
Aku suka layan lagu-lagu daripada BTS sampai kumpulan lain pun macam tak wujud dalam radar tapi bila Jungkook mula membuat tattoo di tangannya, entah kenapa aku perlahan-lahan mula kurang minat. Selepas mereka kembali daripada latihan ketenteraan pula, album terbaru BTS tak ada yang betul-betul menarik perhatian aku.

BTS
BTSARMY

RM, Jin, Suga, JHope, Jimin, V, Jungkook
[my bias in BTS is RM and Jimin]


Sebelum aku teruskan, sekali lagi aku nak cakap — aku tak membandingkan mana-mana kumpulan. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Kau suka group A, aku suka group B. Selagi kita saling menghormati, aku okay saja.


Kemudian..
Bila tengok dak Nuha asyik layan lagu daripada ENHYPEN, aku pun turut sama terjebak. Sama macam BTS dululagu, video dan moments mereka pun banyak yang aku simpan.


ENHYPEN
ENHYPENENGENE

ENHYPEN continues as a six-member group featuring:
Jungwon, Jay, Jake, Sunghoon, Sunoo, Ni-ki.
[my bias in ENHYPEN is Jay and Ni-ki]


Tapi tak lama..
Selepas salah seorang ahli kumpulan mereka keluar, perlahan-lahan aku mula 'rasa kehilangan'.

Lee Heeseung left ENHYPEN on March 10, 2026 to pursue a solo career.


Tapi kisah ni tak habis di situ.

Sekarang..
Aku jatuh hati dengan STRAY KIDS. Kali ni memang betul-betul lain perangai aku. Sampai anak-anak sendiri cakap, masa ibu layan BTS dulu pun tak adalah teruk macam ni.

Sampai aku paksa anak-anak tengok sekali moment Stray Kids yang lalu dekat socmed aku, walaupun mereka dah tak hairan dengan kumpulan itu. Kali ni memang tak sama macam masa aku minat BTS ataupun ENHYPEN.


STRAY KIDS
STRAY KIDSSTAY

Bang Chan, Lee Know, Changbin, Hyunjin, Han, Feliz, Seungmin, I.N
[my bias in Stray Kids is Bang Chan and Seungmin] [Hyunlix is another level]


Kenapa?
Lagu Stray Kids ni rancak, keras, bertenaga buatkan aku rasa macam kembali ke zaman Budak Purba. Sekarang dalam kereta, memang tak ada lagu lain selain dari Stray Kids, sampai aku tak sabar nak memandu sebab boleh pasang lagu kuat-kuat dan dengar sepuas hati. Kat rumah kena behave sikit walaupun sebenarnya anak-anak nampak aku ni terlebih excited.

'Takpelah ibu.. asalkan ibu suka, kami okay je'.

Kadang-kadang kita memang akan melalui fasa minat yang berbeza. Hari ni kita suka group A, esok group B pula yang berjaya curi perhatianlain orang lain minatnya.

Kalau sekarang penuh dalam folder aku tentang Stray Kids, bukan bermaksud aku dah 'buang' BTS atau ENHYPEN dari radar cuma buat masa sekarang.. Stray Kids tengah pegang remote control hati aku. Stray Kids tengah berada di tempat pertama dalam playlist, socmed dan hati Mak Budak.

Sampai bila?
Entahlah.. sebab aku ni jenis setia, cuma setia aku bermusim. Ada yang kekal dalam playlist, ada yang tinggal dalam memori, ada yang tiba-tiba jadi soundtrack kehidupan.

#RemajaPurba: sumber gambar dari en. Google..

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...