Wednesday, October 31, 2012

dak Nuha nak tumbuh gigi..


Untuk maklum ---> sila rujuk entry semalam.. entry yang saling berkait..


Pagi raya hanya sempat beraya di rumah atok sedara dan rumah pengasuh je..
Lepas tu dak Nuha dah mula meragam merengek menangis, kitorang terus gerak balik kampung yang tak berapa jauh mana tu..
 
on the way ke rumah MIL.. dari cantik berbaju gaun, terus tak berbaju dah..
masa ni baru aku perasan ada 2 gigi sebelah bawah bakal tumbuh keluar..
 

Baru bangun tidur selepas penat meragam sepanjang perjalanan ---> macam jauh sangat.. tak sampai pun 30km..
Aku pulak lupa bawa mainan dia, maka handphone jadi mainan..
 

Hari kedua..
Makan sup gear box..
 
Ni aku share dengan dak Kakak.. dak Adik tak minat.. dak Nuha hanya dapat merasa supnye ajelah..
 
 
Hari Ketiga..

Bakal dijadikan sup kepala lembu..
 

Untuk makluman.. bukan hubby yang kerjakan tapi jiran kat rumah..
 

Alhamdulillah.. selesai sudah..
Seronok dan meriah.. yang pasti.. marvellous.. kalau tak.. takkan tinggal tulang je kan..



dak Nuha dilanda selesema dan batuk ---> melarat hingga ke hari ini
(semasa entry ni di publish, suara dak Nuha semakin serak)..
 
 
Dia punya ragam.. memang tak puas tidur dibuatnya..
Aku gagahkan diri memujuk dan menyusukan dia.. Tapi syukur malam tadi babah dia ada.. lega sikit aku.. sama-sama jaga dak Nuha..



psstt: By hook or by crook, hari ni aku kena pergi renew lesen.. Jangan jadi macam tahun lepas.. Dah dua minggu 'mati' baru sedar..

psstt lagi: Nampaknya awek hubby lambat lagi sembuh memandangkan doctor peribadinya sibuk dengan pesakit-pesakit yang dah menunggu lagi lama..

last psstt: Masih tercari-cari nama sesuai untuk 'my new baby' belum ada nama tu..

Tuesday, October 30, 2012

Rentetan peristiwa Aidiladha 2012..


Jumaat - Aidiladha 2012
  • Selepas selesai urusan 'my new baby' belum ada nama tu, aku tak bercadang nak buat persiapan raya ---> memandangkan pinggang aku semakin berdenyut-denyut sakitnya..
  • Sambutan raya tahun ni bukan hambar tapi pergerakan aku jadi terbatas, tak boleh nak agresif macam biasa..
  • Pagi raya di rumah MIL..
  • Petang raya di rumah mak aku ---> mak sempat urutkan pinggang aku..
  • Malam ---> zzzzz.. semua kepenatan..



Sabtu - Aidiladha 2012
  • Hubby berkebun kat belakang rumah, pindahkan pokok-pokok cili yang semakin membesar kat tanah sekangkang gajah tu ---> gambar lupa nak amik..
  • Petang.. makan sup gear box kat rumah jiran.. marvellous.. dalam sakit-sakit tu habis aku makan..
  • Malam.. makan ikan bakar kat lorong 4 TDBi.. paling tak tahan.. satu taman tahu aku sakit pinggang ---> habis hubby dok kena sakat dengan dorang..
  • Lepas tu.. ronda-ronda, pusing-pusing, jalan-jalan sekitar Shah Alam..

Tiba-tiba dak Kakak tanya..

K: 'Ibu.. kat bank cuma ada kereta ni je ke..?'
A: Kenapa pulak kakak tanya cenggitu..
K: Yelah.. nanti ibu kena pulangkan kereta ni balik kat bank kan..?

Huhuhu.. oh! Anakku..

Padan muka aku.. main-mainkan lagi dak Kakak.. sebab masa 'my new baby' tu sampai kat rumah dak Kakak ada tanya
'Ibu beli ke..?' Aku bagitau 'Taklah.. ibu pinjam kat bank, nanti nak kena pulangkan balik..'



Ahad - Aidiladha 2012
  • Pagi.. ke pasar pagi Shah Alam.. dalam sakit tu masih larat lagi nak berjalan..
  • Tengahari.. makan sup kepala lembu pulak kat pondok depan rumah..
  • Marvellous.. makan lagi.. kenyang lagi.. habislah diet aku..
  • Sudahnya.. sampai ke pagi Isnin aku cirit-birit sebab banyak sangat makan daging lembu + vitagen.. best kan.. 
  • Malam.. k.ana jiran lorong satu datang urut pinggang dan pergelangan tangan aku.. (syukur sehingga entry ni dipublish, rasa sakit agak berkurangan)



psstt: Itulah sebahagian rentetan peristiwa sepanjang Aidiladha 2012 kali ni..

last psstt: SEMUA GAMBAR berkaitan akan diupload kemudian gara-gara EHD aku tertinggal kat rumah..





Monday, October 29, 2012

Dak Nuha dah ada saingan..?


  •  Alhamdulillah..
  • Semua urusan berkaitan 'my new baby' yang belum ada nama ni berjalan seperti yang dirancang.. 'My new baby' keluar sehari sebelum Aidiladha.. Punyalah berdebar-debar + excited sebab hubby yang uruskan pengeluarannya..
  • Kenapa B bukan W..? Kalau ambil B nampak muda sikit.. sesuailer dengan aku 'remaja purba'.. Kalau ambil W, cepat sangat tuanya..
  • Buat pertama kali, aku siap buka buku nak mahirkan diri dengan segala macam fungsi kat dalamnya..
  • Macam mana pun aku lebih memerlukan awek hubby dari 'my new baby' yang belum ada nama tu.. Kena tunggu doctor peribadi dia balik dari Terengganu dulu..
  •  Buat pertama kalinya, aku perkenalkan kepada korang 'my new baby' yang belum ada nama ni..

Ini je yang mampu aku 'tangkap' sebab tak muat nak masukkan dalam 3310-i aku yang tak besar mana tu.. hikhikhik..



psstt: Nantikan kisah perjalanan berhari raya bersama 'my new baby' belum ada nama tu..

psstt lagi: Aku tak boleh nak agresif + lasak buat sementara.. pinggang aku 'cedera' balik.. malam tadi baru berurut.. segala pergerakan jadi terbatas dibuatnya..

last psstt: Seronok dalam sakit.. :(



Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...