Kadang-kadang kita sendiri tak sedar bila minat tu perlahan-lahan bertukar menjadi 'aku nak tahu semuanya' sampai berita tiket konsert mereka SOLD OUT pun rasa macam satu benda yang aku nak cerita.
Stray Kids World Tour <RUN IT SINGAPORE>
Tarikh: 6–7 Mac 2027 (Sabtu & Ahad)
Masa: 6.00 petang
Lokasi: Singapore Indoor Stadium
Sebelum ni tak adalah sampai tahap over tapi dengan Stray Kids ni — apa saja perkembangan, release lagu baru, aktiviti, konsert.. semuanya datang dengan pakej 'aku nak tahu semuanya'.
Mungkin itulah bezanya bila kita betul-betul menikmati sesuatu. Kita bukan sekadar suka hasilnya tapi mula mahu mengenali perjalanan di sebaliknya. Kali ini, Stray Kids berjaya buat aku kembali rasa teruja dengan sesuatu yang aku sendiri tak sangka.
Another level aku punya minat kali ni.
Kalau boleh, timur ke barat, selatan ke utara — aku nak tahu.
Entah sampai bila fasa ini akan bertahan tapi buat masa sekarang, aku memang sedang menikmati setiap satunya. Dari lagu, album, content, perkembangan member sampailah ke cerita konsert — semuanya ada tempat tersendiri untuk aku ambil tahu.
Bila dah sampai tahap nak tahu perkembangan dari timur ke barat, selatan ke utara.. itu bukan lagi sekadar minat. Itu sudah masuk kategori 'aku nak tahu sebab aku nak tahu..' — layan ajelah.
#RemajaPurba: STAY dulu.. yang lain kita sembang kemudian.

No comments:
Post a Comment