Friday, July 1, 2011

Mood lapar

Tunggu punya tunggu hubby belum jugak sampai.. Petang tadi aku call dah sampai area Bukit Tagar, tadi aku call kata dah nak sampai.. aik..? sampai mana bang..? Rupa-rupanya dah sampai kat kedai member dia.. Rugi masa aku dekat 2 jam..

Sudahnya, aku capai lappy, amik baby hijau (maxis bb), aku lepas kat pondok bertemankan cahaya lampu jalan dan rakan setia ---> nyamuk..

Baru nak bw layan segmen BA yang aku join tadi, perut pulak meragam.. alahai perut, tadi tak nak pulak kau meragam.. Tapi masih under control lagi sebab belum sampai tahap berbunyi.. ish.. tak boleh jadi ni..

"abang.. nanti on the way balik, belikan nasi goreng boleh..? Laparlah pulak.."

eemm.. tapi aku rasa lambat lagi hubby balik ni dan confirm perutku semakin terseksa.. Terencat sekejap nak bw..

Tapi pepehal aku nak bagitau kat korang, kalau sehari dua ni aku takde layan blog korang atau aku takde entry terbaru.. aku minta maaflah ye.. sebab urusan keluarga perlu diutamakan.. lately ni aku agak sibuk dengan kenduri itu kenduri ini, ditambah pulak ada sesi makan-makan.. bertambah gebulah sebatian dalaman badanku ini..



psstt: mood lapar.. auuummmm...

GEGAR BLOG JULAI 2011





psstt: Ini blog mak budak a.k.a remaja purba <--- itulah aku..


Segmen BA ni dibuka sehingga 4hb. Julai 2011 pada jam 2 petang..



Pepatah KSW

Aku jarang tengok berita.. tapi malam tadi sajelah aku buka Buletin Utama TV3.. nak tengok reaksi anak-anak kalau aku tukar channel lain.. eemm.. mungkin sebab malam tadi babah dorang ada so aku boleh tengok dengan tenang tapi tak lamalah sekejap je..


Aku tak nak komen apa-apa tapi masa isu alam sekitar dipaparkan.. Karam Singh Walia (KSW) yang sinonim dengan pepatah-pepatah Melayu dan unik menggunakan pepatah ni..


'Tahi ditengah padang nampak, tahi di dalam hidung tak nampak..'


Ada yang perasan tak.. Aku ni takdelah hafal semua pepatah Melayu tapi ni kali pertama aku dengar pepatah tu.. Tapi KSW ni adakalanya menggunakan pepatah yang agak 'pedas'.. dan ada kalanya pelik dan kelakar..



psstt: Adakah aku yang ketinggalan atau pepatah tu diubahsuai mengikut keadaan jalan berita yang cuba disampaikan..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...