26 Disember 2025 - Jumaat (05 Rejab 1447H)
Dalam lipatan sejarah, dua puluh satu tahun dahulu, satu kejadian dahsyat — tsunami besar telah berlaku di Acheh, Indonesia
Dalam lipatan sejarah, dua puluh satu tahun dahulu, satu kejadian dahsyat — tsunami besar telah berlaku di Acheh, Indonesia
TSUNAMI BESAR — 26 DISEMBER 2004:
Gempa bumi dasar laut kira-kira 9.1 - 9.3 magnitud berhampiran Acheh, Sumatera mencetuskan gelombang tsunami besar yang melanda pesisir Lautan Hindi, mengorbankan lebih 230,000 nyawa di lebih 14 buah negara — dengan kemusnahan harta benda serta kehilangan nyawa.
Tragedi ini menjadi antara bencana alam paling dahsyat dalam sejarah moden dan membuka mata dunia tentang kepentingan sistem amaran awal tsunami serta kesiapsiagaan menghadapi bencana.
=======================================
NOVEMBER 2025
Satu lagi kejadian bencana alam telah berlaku di Indonesia.
BANJIR BESAR — NOVEMBER 2025:
Hujan lebat luar biasa pada akhir November 2025 hingga Disember 2025 sebahagian besarnya akibat monsun kuat dan gangguan cuaca tropika menyebabkan aliran sungai melimpah dan berlaku gelonsoran tanah.
Situasi paling teruk terutama di Wilayah Acheh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.
Dua kejadian ini amat meninggalkan kesan yang mendalam buat semua. Dalam duka dan ujian, hadir tangan-tangan yang ikhlas membantu. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Buat mereka yang dilanda musibah ini, kuatkanlah semangat walau dah tak sekuat mana. Moga semua urusan berkaitan dipermudahkanNYA. Aamiin..
@RemajaPurba: Tsunami — dak Kakak baru berusia 3 bulan 5 hari.
@RemajaPurba: Tsunami — dak Kakak baru berusia 3 bulan 5 hari.
aamin YRA
ReplyDelete